Thursday, July 9, 2015

LAILATULQADAR

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dah masuk 22 Ramadhan dah, dan skarang ni kat Group Whatsapp dah aktif dengan ucapan ucapan menunggu lalilatulqadar.  Banyakkan berjaga malam, banyakkan bertadarrus, hari-hari mintak hajat pada allah yang maha kaya sebab salah satu tanda malam lailatulqadar ialah doa dimakbulkan.

Ada ustaz kat TV bagi tips, kalau nak minta hajat kepada Allah SWT, minta biar spesifik.  Contoh minta hajat untuk pergi ke tanah suci, dimurahkan rezeki, semoga jadi anak yang soleh dan solehah, dll.

Lagi satu, antara sebab umat islam ni nak sangat bertemu dengan Lailatulqadar ialah siapa yang mengerjakan sembahyang dan melakukan ibadah lain, nescaya akan terampun dosanya yang terdahulu.

Huhuhu siapa tak nakkan?

So, Shazrina jom berusaha untuk dapatkan malam lailatulqadar.  Jangan asyik nak layan sangat penat tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...