Tuesday, December 6, 2011

Mukaddimah seorang bakal ibu

Alhamdulillah selepas setahun aku berkahwin dengan Fariq, akhirnya penantian kami berakhir apabila aku disahkan hamil 10 minggu pada 24 Ogos 2011, maksudnye EDD pada Mac 2012 lah :D.

Mase tu dah start heavy morning sickness, sakit2 belakang, kurang selera makan, m
untah2 sampai keluar air kuning (makcik aku kate itu air taik ..uwekkkk), asik terbangun2 malam je sebab badan tibe2 menggeletar. Banyak betol simptom die, 1st baby la katekan. Nak dijadikan cerita, bulan Ogos tu bulan ramadhan, memang rongak la puase aku tahun lepas. MC pon banyak, sampai kene tegor dengan boss suruh kurangkan MC :P (boss aku tu tak pernah ade anak, die ingat aku suke suke lak nak amik MC).

Sepanjang tempoh mengandung ni aku tak de pantang ape2 pon, cume tak makan nanas, tak minum air kelape and kafein. Makan ikut piramid makanan lah. Tiap2 hari, tak miss makan folic acid, b complex
dengan ion tablet sampai usia kandungan 23 minggu. Lepas dari tu, doc suruh makan obimin je. Anmum Materna pon aku tak miss 2 gelas sehari. Atas nasihat sepupu sepapat dan juga blogger tempatan, dorang soh makan kurma, kacang badam, dan banyakkan makan ikan (tapi jangan makan kepale die). Untuk merangsang otak baby lak, banyakkan buat latihan matematik. Tapi aku buat sudoku je, mane datang aku nak carik buku latihan matematik :). Lagi 1, elakkan makan asam k, tak baik untuk ibu dan baby.

Amalan aku banyakkan sket contoh banyakkan bace Quran:
* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan) - bace sebelum bace surah2 panjang kat bawah ni.
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
*
Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
*
Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat) - surah ni cam biase ar, bace mase malam Jumaat.
*
Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
*
Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
*
Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)
* Surah Al-Mulk (Untuk pendinding) - ni aku selalu bace mase duduk kat asrama mase skola dulu.

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung lak:
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)

* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )

* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)


Banyak rasenye yang aku da share ni. Apepon, semoga kehadiran bayi yang bakal dilahirkan ni akan jadi penyeri kami berdua dan bende yang aku da share ni hope boleh bawak manfaat kat semue. Wassalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...