Thursday, December 8, 2011

Perkembangan Janin dari Minggu ke Minggu

Salam sore semue, hari ni Juju nak kongsi tentang perkembangan janin dari minggu ke minggu dengan semua. Memang tak dinafikan Juju memang excited sangat nak tau pasal perkembangan janin ni,. Juju selalu search internet untuk carik info pasal ni, ye la nak tau ape perkembangan baby dalam perut yang asyik menendang2 je ni. Check it out k.

Minggu ke-1 : Proses pembentukan antara sperma dan telur yang memberikan informasi kepada tubuh bahawa telah ada calon bayi dalam rahim.

Minggu ke-2 : Sel-sel mulai berkembang dan terbahagi kira-kira dua kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut pada endometrium.

Minggu ke-3 : Embrio terbentuk sepanjang 0,08 inci / 2 mm.

Minggu ke-4 : Janin mulai membentuk struktur manusia. Saat ini telah terjadinya pembentukan otak dan tulang belakang serta jantung dan aorta (urat besar yang membawa darah ke jantung).

Minggu ke-5 : Terbentuk 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk system saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Minggu ke-6 : Terbentuk kepala dan badan.

Minggu ke-7 : Bentuk bayi semakin jelas.

Minggu ke-8 : Wajah bayi sudah mulai terbentuk diantaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang tipis. Anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun belum sempurna.

Minggu ke-9 : Penyempurnaan telinga dan bayi mula menggerakkan anggota badannya.

Minggu ke-10 : Payudara bayi perempuan akan sedikit membengkak kerana sudah terdapat hormon estrogen dan progesteron.

Minggu ke-11 : Alat kelamin luar mula terbentuk tetapi ukurannya masih kecil.

Minggu ke-12 : Proses penyempurnaan seluruh organ tubuh bermula. Bayi membesar beberapa millimeter setiap hari. Jari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata.

Minggu ke-13 : Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain. Badannya juga semakin membesar selari dengan pembesaran kepala.

Minggu ke-14 : Detak jantung bayi mulai menguat tetapi kulit bayi belum tebal kerana belum ada lapisan lemak.

Minggu ke-15 : Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan mengisap ibu jari. Kelopak matanya masih lagi tertutup.

Minggu ke-16 : Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan memerlukan nutrisi melalui plasenta. Bayi telah mempunyai tulang yang kuat dan mulai boleh mendengar suara. Dalam proses pembentukan ini sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi.

Minggu ke-17 : Rambut, kening, bulu mata bayi mula tumbuh dan garis kulit pada hujung jari mula terbentuk. Jejari sudah mulai terbentuk.

Minggu ke-18 : Bayi sudah boleh melihat cahaya yang masuk melalui dinding rahim ibu. Hormon Estrogen dan Progesteron semakin meningkat.

Minggu ke-19 : Bayi mengeluarkan verniks yang berfungsi untuk melindungi kulitnya.

Minggu ke-20 : Proses penyempurnaan paru-paru dan sistem pernafasan. Pigmen kulit mula terlihat.

Minggu ke-21 : Bay mulai membesar.

Minggu ke-22 : Struktur gigi bayi mula berkembang.

Minggu ke-23 : Tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan sempurna, jari juga terbentuk sempurna.

Minggu ke-24 : Kulit bayi mulai menebal.

Minggu ke-25 : Tulang bayi semakin mengeras dan bayi menjadi bayi yang semakin kuat. Saluran darah di paru-paru bayi sudah semakin berkembang. Garis di sekitar mulut bayi sudah mulai membentuk dan fungsi menelan sudah semakin baik. Deria bau bayi sudah semakin baik kerana pada minggu ini bahagian hidung bayi (nostrils) sudah mulai berfungsi. Berat bayi sudah mencapai 650-670 gram dengan tinggi badan 34-37 cm.

Minggu ke-26 : Bayi sudah boleh mengedipkan matanya selain itu retina matanya telah mula terbentuk. Aktifitas otaknya yang berkaitan dengan pendengaran dan pengelihatannya sudah berfungsi, ibu dapat memperdengarkan lagu yang ringan dan mencuba untuk memberi cahaya lebih disekitar perut, mungkin ibu akan merasakan anggukan kepala si kecil. Berat badan bayi sudah mencapai 750-780 gram, dan tingginya 35-38 cm.

Minggu ke-27 : Deria rasa mula terbentuk. Bayi juga sudah pandai mengisap ibu jari dan menelan air ketuban (plasenta) yang mengelilinginya. Berat umum bayi seusia si kecil 870-890 gram dengan tinggi badan 36-38 cm.

Minggu ke-28 : Lemak dalam badan mula bertambah. Walaupun gerakan bayi sudah mula terbatas kerana beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mula boleh berkedip bila melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar dapat bertahan hidup.

Minggu ke-29 : Sensitiviti dari bayi semakin jelas, bayi sudah boleh mengidentifikasi perubahan suara, cahaya, rasa dan bau. Selain itu otak bayi sudah boleh mengendalikan nafas dan mengatur suhu badan dari dirinya sendiri. Postur dari bayi sudah semakin sempurna sebagai seorang manusia, berat badannya 1100-1200 gram, dengan tinggi badan 37-39 cm.

Minggu ke-30 : Mata indah bayi sudah mulai bergerak dari satu sisi ke sisi yang lain dan dia sudah mula belajar untuk membuka dan menutup matanya.
Plasenta (amniotic fluid) di rahim bunda semakin berkurang. Kini si kecil pun sudah mula memproduksi air mata. Berat badan bayi 1510-1550 gram, dengan tinggi 39-40 cm.

Minggu ke-31 : Perkembangan fizikal bayi sudah mula melambat pada fasa ini, hanya berat badan bayi yang akan bertambah. Selain itu lapisan lemak akan semakin bertambah di bawah jaringan kulitnya. Tulang pada tubuh bayi sudah mulai mengeras, berkembang dan mula memadat dengan zat-zat penting seperti kalsium, zat besi, fosfor. Pada fasa ini juga, perkembangan otaklah yang berkembang dengan sangat pesat dengan menghasilkan bermillion sel. Berat badan bayi 1550-1560 gram dengan tinggi 41-43 cm.

Minggu ke-32 : Kulit bayi semakin merah, kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna. Kuku dari jari tangan dan kaki si kecil sudah lengkap dan sempurna. Rambutnya juga semakin banyak dan semakin panjang. Bayi sudah mula bermimpi. Berat badan bayi sudah mencapai 1700-1750 gram, dengan tinggi badan 40-42 cm.

Minggu ke-33 : Bayi telah memiliki bentuk wajah yang menyerupai ayah dan ibunya. Otak bayi semakin pesat berkembang. Pada saat ini juga otak bayi sudah boleh berhubung di antara satu sama lain, bayi sudah menghisap ibu jari tangannya dan sudah boleh menelan. Walaupun tulang-tulang bayi sudah semakin mengeras tetapi otot-otot bayi belum benar-benar bersatu. Bayi sudah boleh mengambil nafas dalam-dalam walaupun nafasnya masih di dalam air. Sekiranya bayi itu adalah lelaki, maka testis bayi sudah mulai turun dari perut menuju skrotum. Berat badan bayi 1800-1900 gram, dengan tinggi badan sekitar 43-45 cm.

Minggu ke-34 : Kedudukan bayi berada di pintu rahim. Bayi sudah dapat membuka dan menutup mata apabila mengantuk dan tidur, bayi juga sudah mulai mengedipkan matanya. Tubuh ibu akan menghantar antibodi melalui darah ibu ke dalam darah bayi yang berfungsi sebagai sistem kekebalan tubuh dan proses ini akan terus berlangsung bahkan lebih kerap pada saat payudara ibu mula mengeluarkan susu. Berat Badan bayi 2000-2010 gram, dengan tinggi badan sekitar 45-46 cm.

Minggu ke-35 : Pendengaran bayi sudah berfungsi secara sempurna. Lemak dari tubuh bayi sudah mulai memadat pada bahagian kaki dan tangannya, lapisan lemak ini berfungsi untuk memberikan kehangatan pada tubuhnya. Bayi sudah semakin membesar dan sudah mula memenuhi rahim ibu. Sekiranya bayi itu adalah lelaki maka di bulan ini testisnya telah sempurna. Berat badan bayi 2300-2350 gram, dengan tinggi badan sekitar 45-47 cm.

Minggu ke-36 : Kulit bayi sudah semakin halus. Lapisan lemak sudah mula mengisi bahagian lengan dan betis bayi. Ginjal dan hati bayi sudah berfungsi dengan baik. Saat ini paru-paru bayi sudah bekerja baik bahkan sudah siap bertemu dengan mama dan papa. Berat badan bayi 2400-2450 gram, dengan tinggi badan 47-48 cm

Minggu ke-37 : Kepala bayi turun ke ruang pelvik. Bentuk bayi semakin membulat dan kulitnya menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah 5cm. Kuku terbentuk dengan sempurna. Bayi sudah boleh melihat cahaya di luar rahim. Bayi pada saat ini sedang belajar untuk mengenal aktiviti harian, selain itu bayi juga sedang belajar untuk melakukan pernafasan walaupun pernafasannya masih di lakukan di dalam air. Berat badan bayi di minggu ini 2700-2800 gram, dengan tinggi 48-49 cm

Minggu ke-38 hingga minggu ke-40 : Proses pembentukan telah berakhir dan bayi siap dilahirkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...