Friday, January 20, 2012

Tips Elak Sembelit Mase Mengandung

Minum dengan mencukupi iaitu 11 ke 12 cawan air sehari. Jumlah ini biasanya diperolehi daripada minuman dan makanan yang diambil setiap hari. Ibu-ibu akan cuba minum dengan banyak mengikut keperluan kerana mekanisme dalaman memberi isyarat ‘ Saya dahaga” apabila badan kekurangan cecair. Namun mekanisme dalaman ini kadang-kadang tidak memberi isyarat yang cukup. Wanita mengandung yang terdedah kepada cuaca yang panas mungkin gagal mengesan untuk mendapat cecair yang mencukupi jika mereka bergantung pada isyarat tadi. Wanita yang muntah perlu mendapatkan cukup cecair. Mereka perlu dapatkan dari air dan jus. Ini akan mengekal tenaga dan elak kekeringan.

Sembelit pula adalah perkara biasa ketika mengandung. Untuk elak sembelit pastikan ambil makanan berkandung fiber yang tinggi. Sumber fiber adalah dari bijirin seperti bran, oatmeal, conflakes dan roti whole-wheat, buah-buahan seperti mangga, epal, pear, strawberi atau pisang, sayur-sayuran seperti jagung, ubi kentang, brocoli, karot, kacang hijau, terung dan sayur hijau. Pilih sumber yang anda suka dan boleh memenuhi diet anda. Anda akan tahu anda mendapat fiber yang mencukupi jika najis anda lembut. Namun jika berlebihan fiber mungkin mengalami cirit birit. Dan anda juga akan alami sembelit jika mendapat fiber yang cukup tetapi kurang air. Ini kerana air akan membantu pembuangan lebih lancar. Kadang-kadang kita rasa dah ambil buah atau sayur dengan banyak namun masih sembelit. Cuba minum mencukupi.

Tuesday, January 17, 2012

Diabetes Ketika Hamil

Ada ketika ibu mengalami diabetes ketika hamil sedangkan semasa tidak hamil tidak mengalaminya. Terdapat 3 jenis diabetes tahap 1, tahap 2 atau gestational. Gestational berlaku ketika hamil sahaja. Biasanya tiada tanda tertentu yang boleh dipantau. Untuk mengetahuinya perlu membuat pemeriksaan antara minggu ke 24 ke 28 hamil. 

Ketika hamil, badan anda akan menghasilkan juga glukosa untuk bayi yang disalurkan melalui uri. Uri juga menghasilkan hormon tertentu untuk membantu pembesaran bayi. Hormon ini menyebabkan badan anda sukar menggunakan insulin. Jika badan anda menghasilkan terlalu banyak hormon anti insulin, ia akan menghalang pergerakan glukosa dari aliran darah ke sel. Pankreas pula tidak mampu menghasilkan insulin yang cukup, ini menyebabkan berlaku diabetes bila terlalu banyak glukosa dalam darah.

Risiko mengalami diabetes ketika hamil jika
- sejarah keluarga yang alami diabetes
- pernah bersalin bayi pra matang atau bayi terlalu berat melebihi 4.5 kg
- Gemuk
- Berumur lebih 25 tahun

Diabetes akan memberi kesan kepada saiz bayi. Jika terlalu tinggi, bayi akan mendapat terlebih khasiat dan bayi terlebih besar. Ini boleh menyebabkan bayi gemuk atau dikenali mascromia. Bayi akan membentuk lemak di bahu dan menyebabkan sukar bersalin secara normal. Bayi juga akan mengalami kandungan gula dalam darah yang rendah, kemungkinan bayi juga alami diabetes tahap 2 di kemudian harinya atau alami demam kuning.

Kesan pada ibu pula, ibu mungkin terpaksa bersalin secara pembedahan, alami tekanan darah tinggi dan bengkak tangan dan kaki, jangkitan saluran kencing dan mengalami diabetes ketika semakin berumur dan alaminya lagi untuk kehamilan seterusnya.

Jika anda alami diabetes, anda boleh kawalnya dengan menjaga pemakanan, tahap aktiviti anda, insulin dan stres. Dapatkan nasihat dari doktor atau pakar pemakanan. Anda perlu memeriksa glukosa dalam darah mengikut yang disarankan oleh doktor anda dengan membuat ujian glukosa.

Untuk memastikan bayi sihat, sepanjang hamil boleh lakukan beberapa ujian
- ujian ultrasound perlu dilakukan untuk memeriksa perkembangan bayi.
- Ujian alpha-fetoprotein untuk mengesan protein tertentu yang dihasilkan dalam hati bayi.
- Amniocentesis – ujian mengambil cecair amniotic (cecair di sekeliling bayi). Penting untuk tentukan paru-paru bayi matang jika terpaksa bersalin awal
- Ujian anti stress - merekod denyutan jantung bayi untuk memeriksa kesihatan bayi di akhir hamil. Sejenis alat akan diletak di perut ibu
- Pantauan terhadap bayi semasa bersalin. Membuat pemeriksaan denyutan jantung bayi untuk mengesan jika terdapat tanda stress.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...