Thursday, February 23, 2012

Barang Keperluan Bersalin

Sekarang ni da masuk 37 minggu usia kandungan, dan rasenye cam waktunya hampir tiba.  Sebab da ade rase sakit2 kat rahim, perut pon da kerap mengeras, ermm tu transaction awal laaa kan?  Perasaan pada waktu ni ade sikit tegang dan ade rase cam kuat tido lak skang :D .. Walaupun doktor dah tentukan tarikh kelahiran, namun begitu, masih ada kemungkinan waktu kelahiran tersebut boleh berlaku lebih cepat. Jadi, kite pon prepare laaa barang-barang yang perlu dibawa ke hospital nanti. Jom mulakan dengan mencari beg sekarang, kemudian, masukkan barang keperluan yang disenaraikan ini. Mudah-mudahan senarai ini dapat menjadi panduan kepada anda . Insya Allah.
Keperluan Ibu:
(Masukkan Ke Dalam Satu Beg)

Kad Pengenalan Diri, Buku Mengandung (Kad Pemeriksaan Kesihatan Ibu Hamil), Kad Insuran Kesihatan, Kain Batik, Selipar, Stokin, Minyak Afiat (Dari Set Produk Bersalin yang anda beli), Maternity Pad (i gune brand pureen - itu ler satu2 nye maternity pad yg i jumpe :D), Pakaian Dalam, Seluar Dalam Pakai Buang (jika ada), Breast Pump, Selipar, Bahan-Bahan Bacaan (mmg dicadangkan, sbb boring dok kt hospital nanti), Kelengkapan Mandi (Tuala, Berus Gigi, Pencuci Muka), Perlengkapan Kecantikan, Baju Yang Akan Digunakan Untuk Pulang (Pilih Yang Longgar Dan Butang Di Depan Agar Mudah Untuk Menyusukan Bayi), Termos, Gelas, 'Mineral Water', Makanan Ringan (Roti, Biskut Dan Sebagainya), Minuman Segera (Misalnya ; Milo, Nesvita Dan Sebagainya) Dan Lain-lain Barang Yang Difikirkan Perlu.


Kelengkapan Bayi:
(Masukkan Di Dalam Satu Beg)

Kain Lampin, Kain Selimut & Pakaian, Sarung Tangan dan Sarung Kaki, Tuala, Bedak Bayi, Minyak Bayi , Pampers, Tisu Basah, Botol & Susu (Ada Sesetengah Hospital Tidak Menggalakan Ibu Membawa Botol Susu, Ini Adalah Bertujuan Agar Ibu Memberikan Susu Badan Sepenuhnya Kepada Bayi), Bekas Bertutup Untuk Menyimpan Susu Perahan (ni skali dgn breast pump) dan lain-lain yang dirasakan perlu.


Keperluan Ayah:

Kamera / Handycam, Filem, Bateri / Charger, Pakaian, Makanan Ringan, Buku, Majalah Sebagai Bahan Bacaan dan lain-lain yang dirasakan perlu.

Semoga senarai ringkas ini dapat memberikan serba sedikit informasi yang berguna kepada anda untuk menempuh saat-saat kelahiran bayi anda. Selamat melahirkan bayi dan selamat mendapat cahaya mata yang soleh & solehah. Insya Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...