Saturday, March 17, 2012

Kurangkan Sakit Semasa Bersalin

Da plan nak bersalin kat mane ke?  Juju memang plan nak bersalin kat Hospital Batu Gajah ni.  Mase 1st tyme masuk HBG ni mase mengandung 7 bulan (terkeliru dengan Braxton Hicks Contraction), awal2 lagi nurse tu da bagitau oleh sebab HBG ni District Hospital, tiada dokter pakar, jadi tiada laaa penggunaan ubat tahan sakit.  Yang ade cume ubat bius gune mase nak jahit luke.  Dan DH ni hanya terima orang yang bersalin normal je.  Kalo czar, die terus refer ke General Hospital, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Jadi wahai ibu2 yang plan nak bersalin kat DH, kene laaa carik inisiatif sendiri untuk meminimalkan kesakitan ketika bersalin.

Teknik Menahan Kesakitan Bersalin Tanpa Menggunakan Ubat

Berkedudukan Tegak
Lakukan semasa kontraksi awal, sokong badan anda pada dinding, katil atau kerusi semasa anda sedang berdiri atau duduk.

Duduk Ke Hadapan
Duduk, silangkan tangan di atas meja, dan rehatkan kepala anda pada tangan yang disilangkan tu.  (alaaa gaye macam anda tengah tido mase kelas tutorial, hahaha )

Melutut Ke Hadapan
Melutut depan sofa, atau himpunan bantal atau ape2 je laaa, silangkan tangan, dan rehatkan kepala anda pada tangan yang disilangkan.  Selesakan diri anda.

Posisi Merangkak
Melutut dengan keadaan tangan dan lutut berada di lantai, condongkan pelvik anda ke depan dan ke belakang.  Tapi jangan melengkungkan badan k.

Meniup
Mase tengah sakit kontraksi tu, jangan meneran tau sampai laaa nurse soh teran, baru teran k.  Jadi sementara nak tunggu waktu meneran tu, anda bernafas dengan kaedah meniup.  Cane tu?? bernafas dan hembus dengan mulut, kuar bunyi huff ..hufff ..hufff pon x pe, nurse tu faham.

Tapi kalo tetibe anda kene di referkan ke GH atau anda berubah fikiran nak deliver di private hospital, anda pasti akan diberikan painkiller. Kene check it out lah ....


Penahan Kesakitan Menggunakan Ubat

Suntikan Narkotik
Selalunye suntikan ni dilakukan di bahagian pungggung di beri mase tahap pertama proses bersalin.  Ini membolehkan anda berehat ataupon tido, sebab ubat ni merupakan sedatif dan membuat rasa mengantuk, ia juga digunakan sebagai ubat lawan muntah.  Oleh sebab suntikan narkotik ni akan buat bakal ibu dan baby jadi mengantuk, ia x akan disuntik antara 1 hingga 4 jam sebelum proses kelahiran kerana anda mungkin gagal meneran dengan baik.  

Epidural
Suntikan ini dilakukan di bahagian belakang.  Ianya baik jika anda tidak tahan sakit, atau melahirkan anak pertama, atau proses kelahiran mengambil masa yang panjang, atau mengalami tekanan darah tinggi.  Suntikan ni diberi oleh doc setelah kontraksi semakin kuat.  Ia membuatkan bakal ibu menjadi tenang dan tidak stress. Tetapi akibat terlalu selesa, mungkin bakal ibu sukar untuk meneran dengan baik dan meningkatkan risiko penggunaan vakuum atau forsep untuk mengeluarkan baby.

Etanox
Ianya menggunakan topeng yang disalurkan dengan campuran gas nitrus oksida dan oksigen.  Bakal ibu diberikan Etanox ketika awal hingga lewat tahap pertama proses bersalin sahaja.  Bakal ibu nni kene la sedut dengan kaedah betul iaitu dengan menghidu gas sedalam2nya dan kemudian tarik nafas dan hembus seperti biasa.  Kesannya dapat dirasai selepas 15saat.  Tapi kalo sedut tak betul, still x dapat ilangkan rase sakit bersalin tu.  Kesan menghidu topeng Entonox akan hilang dalam tempoh 1 minit, jadi kalo kontraksi berlaku, sedut laaa lagi topeng Entonox sampai baby keluar.  Mase doc nak kuarkan uri, da x yah gune topeng tu dah.

Terapi Alternatif
Aromaterapi - Urut tubuh dengan menggunakan minyak aromaterapi membantu mengurangkan kesakitan.
Hemeopati - Dapat mengelakkan komplikasi kelahiran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...