Thursday, July 26, 2012

Fadhilat Bersahur

Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.
[ Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1835 ]

Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya:
Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat.
[ Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1837 ]

Hadis Sahl bin Saad r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa.
[ Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1838 ]

Haaa pagi pagi lagi da berhadith hadith bagai.  ye ar, orang ni slalunye awal2 puase je berie2 bersahur pagi2, bile da tengah2, nak hujung2 tu bersahur waktu tengah malam, ntah2 tak bangun sahur pon ..hehehe kat sini aku letak entri fadhilat bersahur untuk renungan kite semue k.  Untuk aku dan juge semue.  

OK jom bace pengajaran hadith plak kat bawah ni ..


Pengajaran hadis:

1. Orang yg hendak makan sahur disunatkan melambatkan berbuat demikian sehingga hampir dengan waktu subuh.

2. Jarak yg paling afdal untuk bersahur dengan masuknya waktu subuh ialah sekadar lama bacaan lima puluh ayat Al-Quran.

3. Umat Islam digalakkan bersahur kerana perbezaan antara puasa orang-orang Islam dengan puasa ahli kitab ialah dengan makan sahur.

4. Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaiut kira-kira 10 atau 15 min sebelum bilal melaungkan azan subuh. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

5. Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yg berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, disamping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yg berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yg dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yg makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

6. Pengambilan makanan sahur adalah titik yg membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

7. Waktu sahur adalah waktu yg paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT. 

8. Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yg secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yg terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.


Sebagai orang rumah, memang aku memasak waktu pagi ..ape yang aku masak pepagi bute tu??? ermm aku masak ikut tekak laki aku, kalo die kate nak makan roti je pagi2 tu, aku wat air Milo je la ..kalo tetibe kate nak makan megi, aku buat laaa megi ..kalo kate nak makan nasik goreng, aku buat laaa nasik goreng ..gitulah :) ..yang penting bersahurkan?? walopon sebijik kurma .. :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...