Sunday, July 29, 2012

Jawapan Soalan Terkumpul Yang Ke-26 - 30 : Kuiz 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Gitew.'

Soalan yang last minute baru ku tahu kene buat karangan, dan setelah melalui berbagai halangan dan rintangan, baru dapatku siapkan karangan pendek ni ..harapnye Kak Sha masih terime jawapan saye ye, walopon lambat ..ermm da lame tinggalkan dunie pembuatan karangan ni ..huhuhu maaflah kalau kalau tatabahasa ke mane, pemahaman pon tak berape nak paham ..baiklah, terus sahaja ke jawapan yang ke 26.

shashasuka.blogspot.com membuatkan kita tahu siapa Shahriah Abdullah sebenarnya.  Lihat saja header blog ini sudah tahu apa yang cuba penulis ingin kongsikan kepada pembaca dan follower beliau.  Disebalik peribadi cerianya, dapat juga pembaca mengetahui minat dan hobi beliau selain dari menulis. 

shahriahnovelis.blogspot.com ialah blog yang beliau gunakan untuk mempromosikan nukilan beliau juga berkongsi aktiviti sebagai seorang penulis novel, penulis buku masakan dan juga sebagai peserta Masterchef yang pertama.  Sebagai seorang penulis di bawah terbitan Buku Prima, semestinya memerlukan beliau mempromosikan nukilan beliau contohnya baru baru ini beliau telah ditemubual secara eksklusif di Putra fm 90.7.  Klik SINI untuk cerita lanjut.  

shahriahnovelisresipe.blogspot.com memaparkan resepi yang mudah dan juga menarik.  Sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang penulis, setiap resepi ada ceritanya.  Cerita yang mampu membuatkan pembaca tersenyum dengan gaya bahasa yang ringan dan juga mesra.  Sekali menerjah ke blog ini, pasti membuatkan anda mahu sentiasa mengikuti masakan apa yang akan di sajikan untuk keluarga beliau.  Yang pastinya ada saja peristiwa menarik disebalik masakan yang disajikan.


heartofshahriahnovelis.blogspot.com banyak menceritakan tentang kehidupan beliau yang penuh warna warni.  Beliau amat obses bercerita tentang anak-anak beliau menampakkan sifat keibuan di dalam diri kak Shahriah Abdullah.  Apa sahaja yang terlintas di benak fikiran, pasti akan diselitkan di dalam blog yang hampir memuatkan kesemua kisah keluarga dan pengalaman di gelanggang Masterchef yang pertama.


cuticutishahriahnovelis.blogspot.com Shahriah berkongsi pengalaman beliau bercuti dan meluangkan masa bersama sama  keluarga beliau.  Di sini juga diselitkan tempat tempat makan yang menarik yang pasti akan menjadi rujukan pembaca yang berminat untuk mencuba pelbagai jenis juadah istimewa yang disyorkan oleh beliau.  Apa yang menariknya, beliau menceritakan secara terperinci tentang lokasi, menu, harga dan juga waktu operasi bagi memudahkan pembaca mengetahui serba sedikit tentang kedai makanan tersebut.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...