Friday, July 20, 2012

Roti bakar Putera Charles dilelong AS$361 ???



LONDON 20 Julai - Sekeping roti bakar yang ditinggalkan oleh Putera Charles ketika bersarapan pada hari perkahwinannya dengan Puteri Diana pada 1981, dilelong dengan harga AS$361 (RM1,119).

Roti bakar tersebut disimpan oleh seorang bekas pembantu istana, Rosemarie Smith sebagai kenangan perkahwinan Charles dan Diana yang ditonton oleh 750 juta orang di seluruh dunia.
Roti bakar tersebut dijual dalam satu acara lelong anjuran Syarikat Charles Hanson di Etwall, Derbyshire, semalam. - REUTERS

Sumber :  Utusan Online

Seliper masuk tandas Putera Charles tanak jual ke?? Hattoiyaa, macam macam care orang nak buat duit skarang ni laaa ..



Berite Lain???   Nyelit sket k ..

Rohingya adalah rakyat Myanmar - Bangladesh

DHAKA 19 Julai - Menteri Luar Bangladesh, Dipu Moni berkata, etnik Rohingya adalah rakyat Myanmar dan Yangon perlu mengambil semula etnik itu dari negara ini.

Perkara itu disampaikan oleh Moni kepada Duta Myanmar ke Bangladesh, Myo Myint Than dalam satu pertemuan, di sini semalam.

Agensi berita nasional Bangladesh, BSS melaporkan Moni sebagai berkata, Myanmar mempunyai tanggungjawab untuk mengambil balik semua pelarian etnik Rohingya yang kini dipercayai berjumlah kira-kira 500,000 orang di negara ini, bagi mengukuhkan hubungan dua hala.

''Bangladesh akan menawarkan bantuan bagi memulakan proses penghantaran pulang (pelarian Rohingya) yang mengalami jalan buntu sejak beberapa dekad lalu,'' kata Moni.

Statistik rasmi menunjukkan hampir 30,000 pelarian Rohingya berdaftar dan 450,000 pelarian lagi tidak berdaftar, kebanyakannya meninggalkan Myanmar pada awal 1990-an bagi mengelak ditindas oleh Yangon.

Beliau memuji langkah kerajaan Myanmar bagi membendung konflik etnik dan agama di Rakhine sejak beberapa minggu lalu.

Bangladesh menerima tekanan antarabangsa untuk menerima pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar ekoran peningkatan keganasan di wilayah itu. - Agensi

Sumber :  Utusan Online

Adusss  camne lak tu, bak sini perlembagaan persekutuan due2 negara ni ..meh sini, bagi aku yang setlekan masaalah negare dorang ni ..haaaa boleh gitu? brani punya budak ..dusssshhh hamik ko ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...