Monday, July 16, 2012

Undang-undang baru atasi jenayah hina Islam

JEDDAH 16 Julai - Kerajaan Arab Saudi dilapor mempertimbangkan untuk menguatkuasakan undang-undang baru sebagai usaha membanteras jenayah menghina Islam, termasuk dalam media sosial, dengan mengenakan hukuman yang berat.

Akhbar al-Watan yang memetik kenyataan sumber berkata, dalam tempoh dua bulan akan datang, Majlis Syura akan mendedahkan keputusan kajian yang dijalankan untuk mewujudkan undang-undang baru itu dalam menangani jenayah tersebut.

Keputusan untuk melaksanakan undang-undang tersebut dibuat selepas kolumnis dan blogger Arab, Hamza Kashgari, 23, ditahan pada lima bulan lalu atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang menghina Nabi Muhammad dalam laman Twitternya. - REUTERS

Sumber : Utusan Online

Tindakan kerajaan Arab Saudi ni menunjukkan yang mereka sangatlah tegas tentang isu ni.  Walaupon masih dalam pertimbangan, tapi nampak usehe kerajaan Arab Saudi nak benteras dan menghukum orang2 yang memperlekehkan agama islam ni.

Kerajaan Malaysia plak buat ape bile ade individu bername Namewee yang menghina Melayu Islam?

Etnik rohingya yang beragama Islam kat Myanmar sane tu nak mintak perlindungan dari sape ea? sejauh mane ASEAN boleh memantau nasib Etnik Rohingya ni.  Tanah x de, pendidikan x de, Myanmar campak ke Bangladesh, Bangladesh taknak ..sudahnye dicampak ke negara dunie ke 3, tu pon kalo dorang sudi nak terime etnik Rohingya ni ..kesian kesian

Negara2 Islam yang da kene tindas, tanah diamik, rakyat disekse, nak mintak pembelaan dari sape?

International Islamic Conference buat tiap2 tahun.  Tapi ape yang dorang bincangkan ea?

Tak paham aku ..

brani punya budak ..boley plak ko bincang isu ni dalam personal blog ..??? dushh dushh dush ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...