Wednesday, August 8, 2012

Air Kacang Soya dan khasiatnye

Air Kacang Soya memey laaa my fev.  bukan air soya je, tauhu, taufu fa, tempe, seme yang daripada kacang soya seme aku suke ..kicap pon aku suke jugak ..hehe pastu ade plak orang kate kalo banyak minum air soya mase mengandung, kulit anak nanti putih ..hoh punye ber gelen aku minum air soya ni, tak putih pon Adriana ni ..hehe tapi minum air kacang soya ni memang banyak khasiat nye selain kaye dengan protein ...cekidaut bawah ni ..
 
1 . Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.


2 . Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.


3 . Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.


4. Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.


5 . Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.


6 . Protien soya boleh mengurangakn risiko penyakit kanser dan jantung.


7 . Mudah dicerna mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.


8. Sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.


9. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.


10. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.


11. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.


12. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.


13. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.


14. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon


Haaaa hamik ko, 14 khasiat kacang soya aku bagi ..bace jangan tak bace ..kalo tak faham, google search k ...haaaaaaaa

Tapi rasenye aku sorang je yang minum air kacang soya kat dalam rumah ni ..Fariq tak minum pon ..pernah aritu aku hidangkan air kacang soya kat Fariq mase nak sahur ..leh pulak die cakap 'tak sakit perut ke minum ni???' ..heellloo, air tu i buat sendiri tau, dijamin kebersihannye ..kalo beli kat luar tu yang tak tentu bersih lagi, bukan main berteguk2 lagi minum kan????

Kalo ragu2, meh aku bagitau camne aku buat air kacang soya tu ..memule rendam satu senduk air kacang soya tu selame 8 jam.  Pastu masukkan kacang soya dan 1 liter air dalam blender dan blend sampai hancur, betul-betul hancur tau ..pastu masukkan dalam periuk dan masak laaa sampai masak.  Da lepas masak tu toskan laaa ..pastu masukkan gule secukup rase ..

haaaa hape yang leh buat sakit perutnye?????

ha tengok kat atas tu, da lepas posing2 air i tadi, terus i minum soya tu ..sedap u minum suam suam ..haaa habis licin, tinggal buih je ..

ehem ehem ..nak duit raye x? klik SINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...