Monday, August 13, 2012

Oh Pinggang ku Sakit

Woooooohoooooo ..pinggang aku sakit banget deyhhh ..tak silap aku, start sakit pinggang ni 3 hari lepas, lepas balik dari jalan jalan cuci mate kat PKNS ..puncenye??? ermm tak tau laaaa, aku pakai selipar je g sane, bukan pakai heel pon ..fariq yang dokong Adriana, jadi aku memang tak tau ape punce aku sakit belakang ni ...sakit sangat ..

semalam bile da sakit sangat tu, aku try ler merilexkan diri dengan membaringkan diri atas tilam ..ermmm lege habis, sakit pon hilang ..pagi bawak ke tengahari pon still tak de rase sakit ..aku ingat dah baiklah, rupe rupenye, haaaa petang tadi, mase tengah membongkok nak letak Adriana kat tilam die, prakkkkk macam bunyi ranting patah ...ohhhh pinggangku ..macam kene letrek kat pinggang aku ni ..adussssss ..

jadi malam ni, aku memcari2 laaa punce aku leh sakit belakang tetibe ni ..huhu ni la yang aku jumpe ..
Punce Sakit Belakang (Faktor Risiko)


1. Postur badan yang tidak betul
Berdiri, duduk atau bergerak seperti orang malas, kedudukan sebelah pinggang lebih tinggi daripada yang sebelah lagi. Tabiat seperti ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan. (aku selalu duduk tak tegak, duduk ala ala gengster arrr ..hehe mesti gengster2 ade masaalah yang same cam aku ni, sakit belakang sebab postur badan tak betul :))

2. Kurang senaman
Otot yang menyokong tulang belakang perlu senaman untuk regangan dan mengekalkan otot itu supaya kuat. (mungkin tidak ....aku buat keje rumah ..care unik aku tidorkan Adriana pon da macam joging satu taman ..hehe)

3. Kegemokan
Perut buncit akan menarik otot belakang dan menegangkan otot abdomen. Mengurangkan berat badan boleh meringankan beban kepada belakang dan baik untuk jantung. (hahahaha akukah itu???)

4. Stres
Kerunsingan boleh mengakibatkan otot belakang menegang dan hilang keseimbangan badan  dan boleh cedera belakang. (tak de lak stress sejak kebelakangan ni??)

5. Tersalah urat belakang
Anda boleh menegangkan atau mengoyak bahagian belakang dengan hanya membongkok, mencapai/ mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat barang dengan cara yang salah. (mungkin jugak ini, sebab Adriana ni berat sangat, mungkin mase aku membongkok nak letak atau nak amik Adriana, urat belakang tergeliat sket kot ...sad )

6. Piring ruas tulang belakang tergelincir
Kadangkala piring/ cakera ruas tulang belakang tergelincir atau tergencat daripada kedudukan asalnya dan akan menekan saraf dibelakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas-kebas di kaki. Anda perlu mendapatkan rawatan Doktor. (ini bukan, sebab aku tak rase kebas kebas kaki pon )

Oleh kerana da sakit, camne nak merawat sakit belakang ni??  haaaayang ni aku amik kat Harian Metro.

“Kebanyakan masalah sakit belakang khususnya sakit pinggang boleh dirawat tanpa pembedahan. Antara kaedah rawatan ialah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, mengembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang serta mencegah kecederaan daripada berulang.

“Menekap bahagian yang sakit dengan ais atau pek panas boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan; membantu sesetengah pesakit untuk bergerak. Sejurus selepas mengalami trauma, pesakit seharusnya menekap pek ais yang dibalut dengan tuala pada bahagian sakit selama 20 minit beberapa kali sehari.


“Selepas dua atau tiga hari melakukan kaedah ini, tuam bahagian berkenaan dengan tuala atau pek panas untuk seketika bagi merehatkan otot dan merangsang aliran darah.


Mandi air suam juga boleh membantu merehatkan otot.


“Selain itu anda juga boleh berehat di katil (baring) tetapi hanya untuk satu atau dua hari saja. Berehat (baring) boleh membuatkan sakit belakang bertambah teruk dan menyebabkan seseorang pesakit mengalami tekanan, kemurungan, melemahkan otot dan kemungkinan berlakunya darah beku pada kaki. Pesakit seharusnya kembali melakukan aktiviti harian secepat mungkin,” katanya.


Menurutnya, bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.


Doktor juga akan memberikan ubat untuk merawat sakit belakang akut dan kronik. Selain itu terapi intervensi (termasuklah suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf) dan suntikan epidural.


Pembedahan adalah pilihan terakhir, selepas semua kaedah lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan. Dapatkan pandangan kedua jika anda disyorkan menjalani pembedahan kerana kini ada banyak kaedah baru yang lebih mudah dan berkesan.

Selain dari cara di atas, boleh juga gune care di bawah ni ...

Semasa berdiri :
Rehatkan sebelah kaki di atas papan lapek rendah untuk menyokong belakang sebelah bawah.

Kebiasaannya kerja hendaklah di buat pada paras ketinggian siku samada sewaktu anda duduk atau berdiri. Walau bagaimana pun kerja yang berat hendaklah dibuat pada paras lebih rendah daripada ketinggian siku.

Semasa memusing badan :
Berpusing dengan mengerakkan kaki, bukan memusing badan.  Badan yang berpusing boleh menyebabkan kecederaan belakang.

Semasa duduk :
Gunakan kerusi yang boleh menyokong belakang. Tapak kaki di rapatkan ke lantai dan badab bersandar di kerusi.

Semasa berjalan
Kepala tegak kedepan dan angkat dada sedikit.

Sewaktu tidur.
Tidur diatas belakang dengan menyelit bantal kecil di celah lutut, tidur mengiring dengan kaki membengkok atau tidur seperti kedudukan janin dalam perut ibu.

Semasa mengangkat barang.
Mengangkat barang hendaklah dengan menggunakan otot kaki, bukannya otot belakang. Berat barang yang selamat untuk diangkat hendaklah lebeh kurang 3  kg
( anggaran purata berat bayi baru lahir)

Mencapai untuk mengambil sesuatu barang
Satu cara yang baik untuk memikirkan berkenaan kawasan yang boleh di capai dengan tangan ialah ruang hayunan lengan semasa digerakkan. Mencapai sesuatu benda di dalam kawasan ini adalah selamat.

Care untuk merawat sakit belakang ni plak, kite bersenam lah ikut care kat bawah ni ...aduyaiiiii ..

 pix_topright

 satu due tige, satu due tige ..tige lagi, satu due tige, satu due tige ........iyarrhh iyarhhh iyaaarh ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...