Friday, September 7, 2012

Apam Polka Dot


Apam Polka Dot yang ceria yang sangat sesuai untuk semua majlis ..sedap memang sedap ..cekidaut resepi bawah ye ..

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 1 sudu kecil ovallete - dari peti sejuk jugak
  • 275 gm tepung gandum 
  • 220 gm gula halus - kurangkan jadi 200gram
  • 170 gm susu segar yang sejuk
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Filling blueberry@strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 hingga 8 minit sehingga likat dan agak ringan.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya. - jangan letak banyak sangat, kalo x nnt filling die jatuh ke bawah ..
  6. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah.
satu adunan ni dapat laaa dalam 50 biji apam polka dot ..saiz kecik laaa ..kalau papercup size 2, dapat dalam 40 centu ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...