Saturday, September 1, 2012

Kek Coklat Lembap untuk sambut mertuaku ..

Harini ibu dan bapa mertuo eden nak bertandang ke rumah den ni haaa ..nebes nebes ..hehehe tak kire lah berape kerap orang atau tetamu datang ke rumah, berape rapat u alls dengan mertua, tapi bile kate mertua tu yang nak datang, terus jadi kelam kelibut, hati jadi libanglibu ..aku rase bukan aku sorang je kot yang berperasaan gini kot, ramai ag cam aku ni kan, cume deme segan nak ngaku je kot ..hahaha tapi siyesss, walau cool mane pon pompuan tu, walau garang mane pon pompuan tu, kalo kate mertue yang nak datang, mesti tak keruan jadi nye ..kan kan kan? seme jadi serbe tak kene ..ade yang 'ter'hidangkan air panas dalam gelaslah, terhidangkan kuah dalam piringlah, lauk termasinlah, teh termanislah, hyeee macam macam lah ..

Mase mule2 mak mertue aku kate nak datang, bende pertame yang berlegar kat pale aku ialah 'nak masak ape?' ..berhari2 aku fikir, sampai nak pening ..hehe last last Fariq kate buat macam lauk biase je laaa, yang aku pandai ..hehe btol gak tu, membazir je aku fikir berhari2 nak masak nasik hujan panas lah, kuah dalca lah, itulah, inilah ...padehal, aku bukan pernah buat bende tu pon, kalo tak jadi, abis jatuhlah reputasi aku depan mertue aku ...jadi harini, aku masak lauk ikan masak taucu je ..ermm mungkin ade sayur goreng dan telur goreng ..simple je kan?? hehe air kosong je ok kan???


pencuci mulut lak aku buat kek ..amik resepi kat blog mat gebu, haruslah aku copy, aku tak de kebolehan laaa mereka cipta resepi niii hehe ..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum* (aku gune tepung kek)
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula perang (soft brown sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe* (aku gune serbuk kopi)
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
200 g coklat masakkan (aku gune 100gm coklat je)
150 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair) - (75ml UHT whipping cream)
1 camca teh mentega (1/2 camca teh mentega)
segenggam badam hancur disangai untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci (aku gune 7 inci) dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula perang hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dab boleh tuang atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda.

tapi, mane laaa mertue aku ni ...? tak sabar Adriana nak jumpe opah dengan atok die ..lalalaaaa~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...