Thursday, September 20, 2012

Petua Untuk Merampingkan Badan


Fuuiii oh mak ngaih, ..pas bersalin ni aku rase banyak baju aku yang x muat ..huhu senam senam ..mari bersenam ..fuhh fuhhh satu, due, tige, empat, lime, enam, tujuh, lapan ..lapan lagi, due, tige .......aarghh tak kuase aku nak bersenam deyyhh ..jom tengok petue nak merampingkan badan ..rujukan dari Ensaiklopedia Petue Melayu Lama.

1. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif di pejabat atau rumah, cubalah naik dan turun dengan tangga. (aku ni surirumah sepenuh masa, ke depan ke belakang je la keje aku, tak pon gi ke luar nak sidai and angkat kain)

2. Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan. (tak tau la cukup ke idak 8 gelas sehari, sebab kalo haus je aku minum, kalo tak haus tak de laaa aku minum)

3. Sarapan setiap pagi jangan diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari. (orang putih mane ntah yang cakap orang melayu terkebelakang sebab makan berat mase sarapan)

4. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan. (ade la jugak makan sayur and buah2, bukan hari2, tapi kerap)

5. Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan. (ini susah sikit nak buat, korang akan faham kalo korang memasak sendiri di rumah huhu ..tapi kalo orang lain yang masak atau beli kat luar, senang senang je aku buang tanpe rase bersalah huhu)

6. Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan. (errrrr garu pale)

7. Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari. (lebih dari cukup ..hehe)

8. Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan. (aku klik like sini k)

9. Jangan berlapar. Makanan memberi anda tenaga dan apabila anda menggunakan tenaga kurang daripada apa yang anda ambil, tubuh akan terkejut. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan dengan lebih banyak. (kadang kadang aku berlapar sebab aku malas nak masak huhu )

10. Amalkan yang pahit. Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini tekak akan berasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. (garu pale lagi, aku ade migrain, tak leh minum kopi, nanti aku pening kepale)

12. Elakkan minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan ia tidak baik untuk kesihatan tubuh. (arrgghh kene garu kepale lagiii)

13. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat badan disebabkan air. (saye ialah penawar) :D

14. Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding orang yang mengambilnya. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori. (ade orang putih mane ntah kate, makan berat mase sarapan cthnye nasi dagang, punce melayu jadi lembap)

15. Makan Perlahan-lahan. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Sebab, apabila anda makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. (sunat kunyah 44 kali makanan tu sebelum telan)

16. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan, kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. (ermmm lalalala)

17. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. (lalalala aku makan berat waktu malam je, makan dengan laki aku ..waktu siang aku makan roti je ..kalo x de aku makan bihun goreng, bihun sup, bihun hailam, megi ..yang ringan dan senang buat lah)

18. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa “mint” atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda. (ooo begitukah?? )

19. Kurangkan pengambilan marjerin atau mentega dalam makanan anda. (aku suke makan kek ..huhu camane?)

20. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren. Ini kerana, minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula. (yang ni no prob lah)

20. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah. (bukan hari hari, tapi selalu)

21. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet. (aku tak nak timbang, tak dapat terime kenyataan ..huhu)


22. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili atau biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. (hari hari aku makan cili )

23. Banyakkan bijiran dan kekacang. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. (suke makan kacang, tapi jarang dapat makan)

24. Tumpukan perhatian anda untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan. (tak pernah fikir)

25. Cara memasak paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. (susah sikit nak buat ni, huhu )

26. Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika anda ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat, apa lagi sambil menonton tv. Sebab, semakin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda akan habiskan. (yakah?)

27. Kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan, 1 kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu sahaja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru sahaja terisi.  (pas makan, aku berjalan ke dapur bawak pinggan kotor, basuh ..rasenye bergune jugak untuk buang kalori tu)

28. Anda juga perlu perhatikan tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda elakkan. (pas berbelanje balik rumah, masak kat rumah dan makan di rumah ..huhu)


Mari mari klik SINI ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...