Friday, September 7, 2012

Proses pertuturan yang normal


 Adriana ni kecik lagi, patutnye aku tak yah risau pon pasal proses pertuturan Adriana ni ..tapi oleh sebab da keluar artikel kat utusan semalam, jadi aku taip laaa balik proses pertuturan kanak2 yg normal ni ..bukan ape, sekadar rujukan kot Adriana ni dah melampaui atau tertinggal proses pertuturan kanak2 yg normal ..nak disimpan artikel tu, memang boleh, tapi takut gak kalo dimakan anai anai atau Adriana ..jadi baik aku salin je dalam blog aku ni ...hehehe

1 hingga 6 bulan - ada tindak balas terhadap bunyi - sudah

6 hingga 9 bulan - babbling - umo 5 bln da stat babbling plus main air liur

10 hingga 11 bulan - meniru bunyi-bunyian, pandai mengungkapkan perkataan ma atau abah tanpa mengetahui makna

12 bulan - pandaimengungkapkan perkataan ma atau abah dengan maknanya sekali, pandai meniru ucapan yang mempunyai dua atau tiga suku kata.

13 hingga 15 bulan - menguasai empat hingga tujuh perkataan.  Kurang 20% pertuturan difahami pendengar.

16 hingga 18 bulan - menguasai sehingga 10 perkataan, 20 hingga 25% pertuturan difahami pendengar.

19 hingga 21 bulan - menguasai hingga 20 frasa kata, 50% pertuturan difahami pendengar

22 hingga 24 bulan - menguasai lebih 50 frasa kata.  Kurang perkataan yang tidak difahami pendengar, 60 hingga 70% pertuturan difahami pendengar.

2 hingga 2 1/2 tahun - menguasai perbendaharaan kata sehingga 400 perkataan termasuk nama-nama, dua hingga tiga frasa, penggunaan frasa nama, 75% perkataan difahami pendengar.

2 1/2 hingga 3 tahun - tahu menggunakan kata nama, tahu umur dan jantina, mengira tiga objek dengan betul, penggunaan tiga hingga lima perkataan dalam satu ayat.  80 hingga 90% perkataan difahami pendengar.

3 hingga 4 tahun - menggunakan tiga hingga enam perkataan dalam satu ayat, tahu menanyakan soalan, berbual, tahu bercerita dan kebanyakan pertuturan dapat difahami pendengar.

4 hingga 5 tahun - enam hingga lapan perkataan dalam satu ayat, mengenali empat jenis warna, mengira 1 hingga 10 dengan betul.

Di copy dari MegaMode, Utusan Malaysia tarikh semalam. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...