Tuesday, October 9, 2012

10 Perkara Memeranjatkan Dalam Suatu Perkahwinan!


ku letak gambo aku kawen

1. Berkahwin tidak bermakna korang tidak akan keseorangan lagi.
“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan. ”
tidak akan keseorangan lagi sebab dah ade Adriana :), very the sweetest, masamest ..
2. Berkahwin tidak bermakna korang akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala korang akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.
kalo aku komen yang ni, mesti Fariq akan cakap 'banyak sangat tengok drama kat tv ni' hehe

3. Korang masih perlu menghangatkan suasana.
“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”
kentut sesama sendiri mungkin ialah cara lain untuk menghangatkan suasana ..Adriana skang pon da suke main kentut kentut ..chittt

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar… kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”
sms yang kerap dihantar ialah list nak beli barang dapur ..hehe selalunye smsnye berbunyi 'balik kang beli roti' atau 'balik kang beli telo, telo da abis' ...

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
“Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir. ”
yang ni teman setuju sangat ni ...tekan butang like jika setuju ye .. :D

6. Pasangan korang akan berubah mengikut masa.
Korang harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.
betol betol ..kalo nak wife yang kurus tak berkedut kedut, kawin laa dengan dengan tiang lampu ..

7. Korang tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.
duitmu duitku, duitku duitku ..Ustaz Azhar pon de cakap, 'Memang tugas suami cari duit, isteri habiskan duit. Suami jangan marah, isteri besar jasanya'. tapi agak agak laaa, nak berbelanje pon ikut la kemampuan ..huhu

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.
mase berkapel tak kire ea ..sebab zaman berkapel totally diffirent dengan zamam berumah tangge ni ..

9. Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.
no komen lah ..

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.
Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, korang mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan korang mungkin akan berubah hati.
haaaaaaaaaaaaaa 

sanggup ke korang? sebelum amik keputusan nak kawen tu, fikir masak masak ..jangan sebab kene pakse dengan parent soh kawen, korang ikut je ..yang nak kawen tu korang ..nak kawen tu senang je ..ikut je la rukun nikah tu, sediekan duit mas kawen dengan hantaran, haaa kawen dah. hantaran tu x bg pon tak pe ..lepas kawen tu? kalo tak cukup sabar, tak kukuh financial tu, boleh bercerai berai korang ..parent tu senang je cakap, 'pas kawen pon mak abah leh tanggung', name pon berCAKAP, modal air liur je ..hik hik tapi da name pon mak bapak, kalo da mintak tu mesti bagi punye, cume kene tahan je laa telinge tu kot ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...