Thursday, November 29, 2012

Roti Pelbagai

Tau tak kenape aku selalu terajin nak buat roti.  Padehal boleh je beli roti Gardenia kat kedai Acheh yang hanye beberape langkah je dari rumah aku ni.  Macam macam jenis roti Gardenia boleh beli, contohnye macam Twiggies, Waffles, High Fibre, Light Fibre, Sunflower Seed.  Haaa yang paling sedap Delicia Butterscotch .Tapi pernah tak korang makan roti buatan tangan korang sendiri, yang masih panas, yang baru keluar oven.  Cubelaaa sekali, sangat nikmat dan akan membuatkan korang rase nak buat roti berkali kali.
 

Jom kite layan gambar roti jap :)





Aku sebenarnya dah cube beberape resepi nak buat roti, resepi yang aku kongsi kat bawah ni ialah resepi yang aku sangat puas hati.  Dan selalunye, dengan menggunakan resepi yang same aku akan buat koktel roll, cinnamon roll dan ape saje yang terlintas kat fikiran aku lah.  Tak salah rasenye nak mempelbagaikan resepi tu kan??? Bagi aku tak yah laaa nak rigid sangat dalam buat roti ni, dalam masa yang sama, jangan sampai lari sangat dari basic membuat doh tu. 

Ok

Bahan-bahan
  • 300 g tepung roti
  • 200 g tepung gandum
  • 250 ml air
  • 50 g susu tepung 
  • 3/4 camca teh bread improver 
  • 3/4 camca teh bread softener
  • 180 g gula kastor
  • 100 g shortening
  • 11 g yeast segera
  • 1 camca teh esen vanilla
Cara-cara
  1. Masukkan yis, 50ml air dan gula dalam satu mangkuk.  Biarkan sehingga yis itu mengembang.
  2. Satukan semua bahan di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.
  3. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.

Wednesday, November 28, 2012

Karipap Karipap Sardin

Karipap Karipap Sardin ngkoo ...haaa hari ni tak de karipap karipap cinta ..Gambit penat shooting Fear Factor Malaysia ..huhu

Nak tau cerite tak? Setiap resepi kan ade cerite?  Cerita di sebalik karipap ni ialah apabila ade balance sardin dalam peti ais, dan terajin nak buat karipap plak.  Haa gituu.

Aku ingat lagi mase aku tingkatan 1 kat Sekolah Agama Menengah Rawang, aku ni duduk hostel tau. Pastu setiap malam Ustazah Shima akan jual karipap sardin ngan karipap kentang.  Ustazah Shima tu guru Bahasa Melayu kat sekolah aku merangkap warden untuk hostel aku.  Selalunye die akan jual lepas kitorang prep, sebelum masuk dining hall untuk makan  moreh.  Memang aku tak dapat lupe laaa rase karipap sardin die sampai sekarang.  Sedap sangat sangat. 

Ustazah tu memang pandai masak dan rajin sangat memasak.  Pernah hari tu die mintak tolong aku ngan kawan kawan aku potong artikel dari surat khabar untuk jadikan die punye bahan mengajar.  Yang kitorang tolong tu ape laaa sangat, setakat carik artikel pastu potong.  Tapi die membalas dengan bagi kitorang makan macam macam.  Bihun goreng, ayam goreng, kuih talam lagi.  Alaahai, best nye kalo dapat jadi anak die.  Dapat makan sedap sedap.  

OK Tutup cerita :).

Karipap ni da 2 kali aku buat.  Yang buat mase first tyme tu, tak berape nak puas hati sangat, sebab kulit die tak rangup.  Yang kali kedue ni lebih rangup dari yang pertama.  Masih lagi menggunakan resepi kulit karipap yang sama.  



Tiada komen dari juri tetap kite, Chep Fariq.  Die makan je, tak banyak bunyi pon.  Jadi aku consider sedap je laaa :) ..

Da gitu critenye, kite tengok resepi lah ye :D .. 



RESEPI KARIPAP SARDIN
Kulit Karipap 
Bahan-bahannya:

  • 2 cawan tepung
  • 1sudu besar marjerin/butter dipanaskan  
  • 1/4 cawan minyak masak dipanaskan dengan margarine/butter
  • air sejuk dari peti ais secukupnya
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak masak dengan marjerin
  2. Tuangkan kedalam mangkuk tepung gandum yang telah di campur & digaul garam terlebih dahulu 
  3. Tuangkan air sedikit demi sedikit kedalam tepung gandum tadi
  4. Uli hingga doh tidak melekat ditangan.Rehatkan sejam dalam peti ais.
Sementare tu boleh laa siapkan inti karipap tu pulak.

Inti Sardin
Bahan-bahannya:

  • 1 tin sardin ditoskan sosnya.  (gune Ayam Brand, sebab ikan die lebih kenyal)
  • 1 labu bawang besar.-diracik halus
  • 2 ulas bawang putih.-diracik halus 
  • 4@5 biji cili merah ikut citarasa masing-masing diracik halus
  • 1 sudu besar cili boh
  • Garam secukup rasa.
Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar
  2. Masukkan cili boh dan tumis hingga naik baunya
  3. Masukkan cili merah
  4. Masukkan sardin dan kacau hingga hancur
  5. Masukkan garam secukup rasa 
  6. Masak hingga inti sardin kering.
  7. Angkat dan sejukkan.
Pastu keluarkan doh yang da disejukkan tadi, bulat bulatkan doh(saiz kecil sikit dari bola ping pong) dan gelekkan hingga nipis.  Isikan inti dan diklim.  Goreng hingga masak keperang-perangan.

Siap dihidang.

Kalo frozenkan karipap tu, goreng half cook, pastu masuk dalam tupperware, letak kat peti ais belah atas.  

Ataupon, masukkan dalam oven sepuluh minit sekadar nak matikan tepung.  Senangkan?

Senang dan sedap di makan bersama keluarga.  Lagi sedap kalau makan depan TV sambil tengok bola.  Jangan lupe malam ni  Malaysia lawan Laos.  

Midfield main elok elok ea .. :D 

Tuesday, November 27, 2012

Cara untuk promosikan iklan Churp churp

Assalamualaikum semua.  Entri kali ni aku nak share salah satu care yang paling senang untuk promote iklan atau kempen Churp Churp.  Tak perlu nak pecah otak buat entry untuk satu satu kempen.  Yang korang perlu buat hanyelah paste je kat header blog korang tu.  Cam kat bawah ni. 
 Dan care carenye ialah:
  1. Mule mule skali, korang perlu KLIK SINI untuk mendaftar
  2. Log in kat Blog korang - Reka bentuk - Reka Letak - Tambah Alat - Html/JavaScript
  3. Copy kod di bawah dan paste bahagian Html/JacaScript tu :
<div style="background: #FFFFFF repeat; repeat; padding: 5px; border:2px dotted #000000; border-top-left-radius: 20px 20px; border-top-right-radius: 20px 20px; border-bottom-left-radius: 20px 20px; border-bottom-right-radius: 20px 20px;"><center>

<center>

<a href="http://my.churpchurp.com/shazrina/share/BuddyzNever"><img src="http://i.imgur.com/51xOk.jpg" /></a>

<a href="http://my.churpchurp.com/shazrina/share/NESCAFEonthelife"><img src="http://i.imgur.com/gklFx.jpg" /></a>

<a href="http://my.churpchurp.com/shazrina/share/MegaTweetRace"><img src="http://i.imgur.com/dUcSd.jpg" /></a>

<a href="http://my.churpchurp.com/shazrina/share/Windows8Launch"><img src="http://i.imgur.com/A374B.jpg" /></a>"

<a href="http://my.churpchurp.com/shazrina/share/FearFactorMY"><img src="http://i.imgur.com/uHrj4.jpg" /></a>

<a href="http://my.churpchurp.com/shazrina/share/MRuncitWOW"><img src="http://i.imgur.com/txutk.jpg" /></a>"

</center>
</div>



4. Warna Biru ialah COPY daripada link kempen korang.  Contoh link nye ialah:
 http://my.churpchurp.com/shazrina/share/churpchurp-invite .

5. Warna Merah tu lak, amik gambar dari churp-churp, tapi kene upload masuk  DI SINI dulu.


CARA NAK UPLOAD DI imgur.com/
  • Mule-mule sign up dekat imgur.com/ dulu.  Free je. 
  • Pergi ke web churp churp - pergi ke gambar kempen anda - klik kanan - pilih copy image location
  • Pergi ke web imgur.com/ - upload images (web) - masukkan URL gambar - enter - klik START UPLOAD
 

  • Korang boleh pilih sama ada nak gune original size, large ataupon small.  Pilihan di tangan korang.  :D 
  • Kemudian copy URL yang dekat Direct Link tu.


6. Tekan SAVE.  

Itu saje.  Cer tengok blog korang tu, jadi ke idak.  Tapi aku konfem, mesti jadi nye lah :D

Bende yang aku ajar untuk sesi hari ni ialah untuk tujuan promosi.  Sape sape yang lalu kat page korang tu, kalau die seorang blogger, mesti die tau ape nak buat.  

Buat ape lagi, KLIK KLIK KLIK laaa

Setiap kali churp churp ade iklan atau kempen yang baru, korang leh laaa buat care yang same untuk membanyakkan earning korang tu.  

Tak susahkan??

Monday, November 26, 2012

6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :


1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit
Credit to Ustaz

Sunday, November 25, 2012

Aktiviti aku hari ini

Lepas je balik dari kenduri aqiqah kawan Fariq kat Gombak tadi, kami pergi laaa membeli belah barang barang rumah dan juga membeli barang barang Adriana.  Barang untuk kami senang je dapat carik.  Tapi barang untuk Adriana, sampai kene carik kat hypermarket lain.

Susah sangat nak mencarik Drypers size L.  Yang banyak size M je.  Adriana mane nak muat Size M da, Adriana da gumuk hihi.  Selain itu, barangan lain yang terpaksa kami beli di tempat lain ialah Head to Toe Syampoo Drypers.  Pernah pakai jenama lain, tapi tak serasi laaa.  Adriana cam tak selesa dengan body syampoo lain selain jenama Drypers.  Cerewetkan?

Da penat penat bershoping, mase da sampai kawasan perumahan aku, ermm nampak pulak orang jual kuih peneram dengan kopok lekor.  Aku soh Fariq beli.  Kuih peneram @ telinga monyet aku beli singgit, kopok lekor yang tebal dan nipis, masing masing aku beli singgit.



Haaa bile da sampai rumah, tak saba pulak rasenye aku nak makan.  Huhu  luluh hatiku apabila kuih itu rasenye cam hampeh.  Kopok lekor sejuk, liat.  Kuih peneram hangus.  Haiiii orang melayu ni, da dapat peluang berniaga tu, berniaga laaa elok elok, jual barang yang elok.  Ni tak, mane dapat je, tak kire hangus ke tak, tak kire da lemau ke per, main bungkus je bagi kat pembeli.  Ingat orang beratur panjang nak membeli tu, maknenye stall tu yang terbaik laaa.  Tapi rupenye hampeh.

Tapi aku makan jugak laaa, makan kuih yang tak sedap tu sambil tengok Piala Suzuki AFF, Laos lawan Indonesia.  Go Go Go Laos.  Belasah Indon tu.  Dush dush.  Akhirnya terpaksa akur terikat 2 sama.  Huhuhu

Tak pe, tunggu malam ni plak, tengok Harimau Malaya lawan Singapore.  Go Go Mat Yo Lembik ...

Fear Factor Malaysia 2012

Memberi penilaian kepada diri sendiri, sebenarnya saya amat takut kepada gelap atau dikenali juga sebagai Nyctophobia.  Saya bukan sahaja takut untuk tidur di dalam gelap, bahkan takut untuk pergi ke tempat yang gelap.  Beberapa contoh, sekiranya saya ingin masuk ke tandas, saya akan pastikan lampu di dalam tandas menyala dahulu, kemudian baru saya akan melangkah masuk ke tandas.  Dan sekiranya saya ingin ke dapur kerana haus pada waktu malam, dek kerana rasa takut berada dalam gelap, saya akan membuka semua lampu di dalam rumah saya.  


Apa yang saya tahu, sekiranya penyakit ini makin menguasai seseorang itu, ia akan membuat orang itu merasa lemas dan ketakutan ketika berada di tempat yang gelap.  Alhamdulillah, penyakit saya bukan berada di tahap kritikal yang membuatkan saya tidak dapat menikmati aktiviti luar di waktu malam.  Saya tiada masaalah untuk berkhemah di waktu malam dengan syarat saya tidak bersendirian di dalam gelap.  

Pernah juga saya berusaha untuk menghadapi rasa takut pada gelap ini, dan ianya berhasil.  Tetapi apabila saya sudah berkahwin, penyakit psikologi ini datang menghantui saya kembali. 


Bercerita mengenai fobia,  Astro bakal menayangkan rancangan Astro’s Fear Factor Malaysia yang sememangnya menguji ketahanan mental dan fizikal peserta untuk melawan segala jenis ketakutan atau fobia serta menawarkan hadiah yang lumayan sehingga mencecah RM200ribu kepada juara.  Peserta pula  terdiri daripada 30 orang selebiriti tempatan antaranya ialah Didie Alias, Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Gambit Saifullah, Ezlynn, Mejar Dr Faiz, Zawen Anwar, Hafizul (On Air), Norisham Ismail dan Johan As’ari yang dengar khabarnya telah pun menjalani Program Boot Camp di Cape Town selama seminggu sebagai persediaan untuk menjayakan rancangan itu nanti.

Selebriti pilihan saya ialah Mejar (Dr.) Faiz Khaleed kerana seperti yang diketahui umum, Dr. Faiz ialah Angakasawan Kedua Malaysia.  Saya percaya dengan latihan tubi yang berat untuk mengikuti program Angkasawan itu telah menjadikan Dr Faiz seorang yang kuat dari segi mental dan fizikal untuk melawan fobia yang diciptakan di rancangan Astro’s Fear Factor Malaysia itu nanti.


Astro’s Fear Factor Malaysia itu nanti akan ditayangkan di saluran Astro Ria dan Mustika HD bermula Disember 2012.  Dan yang lebih mengujakan, program itu akan menampilkan Aaron Aziz sebagai pengacara.  Sudah tentu ianya formula yang tepat untuk menaikkan rating penonton di Astro.
 

“Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!”

Jom Nuffnangers, ceritakan pula Fear Factor anda pula untuk dikongsi bersama sama.  

Friday, November 23, 2012

Adriana buat Bungee Jumping

Bende bende yang buat orang tercekik tak payah nak diajar.  Inilah budak Adriana ni.

Memule elok je die bersandar kat sofa sambil gigit tayar lori atok die bagi, pastu tetibe Adriana depakan tangan die, kemudian jatuhkan diri sendiri cam buat bungee jumping tu.  Nasib baik die jatuh kat tilam.  Kalo tidak, bertambah penyet laaa hidung anak Ma nanti.

Aku yang jarak tak sampai 1 meter dengan Adriana, tak mampu buat ape ape, mampu menjerit je.

Yang Adriana nye tak nangis lak, lagi tersengih sengih buat muke tak bersalah ade laaa ..

Pas Adriana buat bungee jumping, aku ape lagi, membebel laaa kat Adriana.

'Lainkali nak buat pape fikir dulu, buat persediaan rapi, orang ostrolia sane sebelum buat bungee jumping pon dorang ikat tali kat pinggang dulu.  Adriana kat sini suke suke hati je nak buat bungee jumping sane sani tak fikir aspek keselamatan.  Ingat da ekstrim sangat lah tu.'


Thursday, November 22, 2012

Parti Lambchop di Klang

Mase cuti Awal Muharram aritu aku telah dijemput untuk menghadiri majlis BBQ kat Klang.  Hati di dalam membuak buak nak join, namun apekan daya, ketike itu saye berade di Perak, Amanjaya.

Jadi mase aku ngan Adriana balik ke Klang baru baru ni, aku pon dihidangkan dengan sajian lengkap lambchop ni ..kambing yang siap berperap ade baki lagi.  Jadi dengan rajinnye adik ipar aku Al Hariz membakarnye lepas balik kerje petang tu.  Adik aku, Kaka sediakan sos, mushroom soup dengan potato wedges.

Aku jadi tukang tengok je :).  Memule ingatkan die gune instant balck pepper sos je, tapi rupenye, haaaaaaaa engko, makin sedap jadinye sos tu.  Dari yang aku tengok, adik aku memule cairkan butter, pastu masukkan sos lada hitam, pastu masukkan tepung, kacau sampai tepung tu masak.  Pastu letak susu cair, kacau, pastu letak air, kacau sampai tak berketul, pekat dan berkilat.  Adik aku tak letak bahan perisa yang lain pon.  Itu je resepi nye.

Yang mushroom soup tu gune sup campbell je.  Yang sup mushroom campbell tu masak cam biase laaa, masukkan soup instat tu dalam periuk, pastu letak air same nisbah dengan soup tadi.  Kacau sampai tak berketul, pekat dan berkilat. Siap.

Potato wedges lak, panaskan 2 cawan minyak kelapa sawit, amik sebungkus plastik potato wedges dalam peti ais mak aku, amik gunting dan potong plastik tu kat belah atas, bile minyak dah panas, deep fry kan 1 cawan potato wedges tu.  Goreng garing dan angkat.  Siap.

Untuk kambing lak, aku tak sure adik ipar aku perap pakai ape.  Yang aku nampak die ade letak 2 jenis sos BBQ.  1 jenama Heinz, lagi 1 tak sure laaa jenama ape.  Yang aku tau kambing tu sedap je :D.


Yang lapisan bawah tu ialah mushroom soup, atas die daging kambing bakar, sos lada hitam dan potato wedges.  Enjoy the plate babes.

Doktor kate aku kene kurangkan makan daging merah sebab bp aku tinggi.  Bile aku bagitau gitu kat adik aku, adik aku cakap kandungan kolestrol kambing laaa yang paling rendah, lagi rendah dari ayam.  Hoho gitu.  Tapi pas makan kambing jangan laaa minum air sejuk, minum laa air suam.  Haaaaa gitteww.  Baru laaa bp tak naik meninggi.  Ni sikit sikit nak minum air sejuk, kalau boleh setiap mase nak minum air berais, mane lemak tak bertimbun kat arteri tu.  Huhu.  Laser adik i, u ..

Papepon makasey kaka bagi kite makan lambchop aritu :D .. 

Wednesday, November 21, 2012

Pulut Panggang yang tak dipanggang :)




Haaa haritu mase aku balik Perak, aku de buat projek Pulut Panggang kat sane.  Alkesahnye, sehari sebelum tu mak mertue aku ade buat kuih seri muke.  Aku tengok banyak pulak beras pulut yang my MIL beli.  Jadi aku apelagi, nak juga test power buat Pulut Panggang.  Sejujurnye, inilah first try aku.


Belek punye belek buku 'Senangnya Memasak bersama Chef Hanieliza' mak mertue aku, tak de lak resepi nak buat pulut panggang.  Yang ade resepi nak buat kuih cucur badak je.  Jadi aku amik resepi buat serunding kelapa untuk cucur badak tu, aku apply kat pulut panggang aku.  Haaaa same je kan???

Haaaa resepi serunding kelapa die cam kat bawah ni laaa ..

Bahan:
1/2 biji kelapa parut muda
2 helai daun kunyit mayang
100 gm udang kering kecil

Bahan Mesin
1 sudu kecil jintan manis (aku tak letak)
3 batang serai
3 ulas bawang merah

3 biji cili merah
5 biji cili padi
2 sudu besar udang kering
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin hingga wangi.
2. Masukkan kelapa parut, udang dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
3. Bila nampak kering taburkan hirisan daun kunyit dan sedikit gula. Kacau rata
4. Masukkan dalam pinggan dan sejukkan. 


Yang tang pulut tu pulak, sepatutnye orang buat pulut lemak kan? tapi aku buat pulut yang tak lemak.  Maksudnye pulut tu tak letak santan laaa.  Aku cume letak air ngan garam je.  Jom tengok cane aku kukus pulut ni lak.


PULUT

Bahan

2 cawan beras pulut [rendam semalaman, basuh dan toskan]
2 cawan air
garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam loyang.
2. Letakkan loyang dalam kukusan.
3. Masakkan pulut.

4. Bila dah masak gaulkan sikit pulut tu
5. Hidangkan dengan serunding kelapa muda.



Cenggitu je aku buat.  Tak panggang pon, sebab tak dapat carik daun pisang.  hihi


Cume ade pulut yang aku bulat bulatkan, pastu sadur dengan serunding kelape.  Namenye Pulut Ball.


Ade jugak yang aku gulungkan, inti die aku letak kat dalam.  Cam Sushi ler kunun.  Yang ni aku namekan Pulut Roll.

Pada pendapat aku, rasa ok.  Aku rase kalo kite panggangkan pulut tu mungkin lebih sedap.  Dan aku fahamlah nape orang yang cipta kuih pulut panggang ni memanggang pulut dan serunding kelape tu.  Sebab tak ummmpphh kalo tak panggang.   

Dan resepi yang hebat untuk dicube :D ..

Monday, November 19, 2012

Stress balik Klang bile ....

Wohooooo perjalanan 40 minit kalo da jadi 1 jam memang boleh buat aku stress.  Tu laaaa nak berjalan sangat tadi, kalo aku dok diam diam je kat umah tadi, tak de stress cani.

Alkisah aku keluar rumah kol 9.40 pagi dari Saujana Utama bergerak ke Klang.  Memule aku pegi Klinik Dr Rozita dulu amik dusting powder untuk Adriana.  Pastu pegi isi minyak kat Petronas, baru gerak ke Klang.

Aku ingat perjalanan aku harini akan tenang laaaa, Hari Isnin kan?? Kol 10 lak tu, mesti jalan lengang punye.

Tapi jangkaan aku meleset sama sekali.  Baru sampai dekat Bkt Jelutong, da kene beratur panjang, banyak betul krete arini.  Jemnye sampai laaa nak masuk highway federal, baru boleh bernafas sikit.  Tu pon tak lame, sebab masing masing bawak tak lebih 80km/j.  Takut AES ler tu.  Bayangkan dekat highway bawak 80km/j je.  Cam haram je.

Darah aku da start naik dah.  Da ler dengan Adriana yang tetibe merengek rengek tak memasal.  Tapi pas aku bagi die duit singgit kertas, terus die diam.  Dibelek beleknye duit tu.  Lantak kamu ler, asalkan kamu diam.  Jangan kamu makan duit tu udah.

Bile da masuk Klang pulak, tetibe hujan turun lebat giler.  Dalam hati aku memang menyesal aku keluar harini.  Kalo aku tau gini, baik aku dok umah je berselimut dengan Adriana.  Huhuhu

Dah ler hujan lebat, krete belakang aku baik punye ikut rapat rapat, tak bukak lampu lak tu, kot kalo die tercium krete kancil aku tadi, memang kene sembur kaw kaw dengan aku tadi.

Dari Bandar Klang nak ke Taman Klang Jaya, masing masing bawak krete cam siput.  Lembabun.  Tak de laaa banjir sampai ke telinge ke hape tadi.  Tapi sebab masing masing tak nak langgar air yang paras buku lali tu, jadi daripada ade 3 lane, dorang gune 1 lane je yang tak tenggelam dek air paras buku lali tu.  Sabo je aku ni.  Nak kate bawak mercedes, tak jugak.  Kerete buatan gombak je korang naik.  Ermm kalau tak lalu kat banjir paras buku lali tu boley tahan lama kot kerete tu agaknye ..huhu

Sampai je rumah mak aku, terus aku pening pale sebab stress.  Stress disebabkan pengguna jalanraya di Klang ni.  Badigol so'od btol.

Sunday, November 18, 2012

Aku dan Adriana

Huhu jarang aku dapat bergambor berdue due dengan Adriana ni.  Segan, sebab Adriana sangat somelzz, aku ni ape laaa sangat ..huhu

Gambar ni aku ambil dalam posisi yang same, tapi rasenye Adriana ni yang berposing sakan ..ermm macam macam pose die bagi ..cayalah, comel laaa anak Ma :D ..

Next tyme, bile kite da kurus, kite amik gambar banyak banyak ye cayang ...

Adriana buat muke toye.

 
 Adriana buat muke tercarik carik abah die.

 Adriana buat muke gedikzz.

 Adriana buat muke orang rabun.

 Adriana yang serabai.

Yang kat bawah ni gambar Adriana dengan abah die yang tersayang ..Ade mase nanti kite amik gambar bertige cantik cantik, pastu kite framekan letak kat rumah eaaa ..


 Adriana mase berambut 'spike' ..
Mmuuahh laaa kat u allzz ..

Friday, November 16, 2012

Adriana da tumbuh gigi

Yeay.. Gigi Adriana yang pertama dah nampak tande tande nak tumbuh.

Pagi tadi, lepas aku bagi Adriana makan celerec, aku nak basuh mulut die.  Memule basuh mulut dulu, pastu aku masukkan jari aku dalam mulut Adriana, nak bersihkan yang belah dalam pulak.  Sat sat aku rase cam ade sesuatu yang keras kat gusi Adriana ni.  Terkejut aku, takut die masukkan dawai kokot dalam mulut die ke.

Belek punye belek, rupenye da tumbuh gigi yang pertama. 

Akhirnye, pada usia 7 bulan 3 minggu dan 5 hari, Adriana sudah mula tumbuh gigi.

Ermm tapi tak meragam laaa pulak ea?? Bagus laaaa, Adriana kan good girl.  :D hihi ..

Thursday, November 15, 2012

Burger Malaysia


Da makin kerap lak aku buat Burger Malaysia ni.  Da jadi macam expert lak.  Buat pon da tak tengok resepi dah.  Haaaa hamik ko penangan Burger Malaysia aku ni.



Masa aku buat kuih Burger Malaysia ni kat rumah mak aku kat Klang, mak aku kate 'nape laa buat Burger Malaysia ni, mak bukan suke benor kuih ni, nak ngabihkan sebijik pon susah'.  Mase mak aku cakap camtu aku dah down dah, nak teruskan ke idak buat tu.  Huhu.  Last last, bile dah jadi, haaaaaa sekali hadap je kuih tu kitorang makan.  Aku buat setengah kilo, 5 orang dewasa dan 2 orang kanak kanak habiskan sekejap je.  Haaa nampak sangat sedap kan??  hihi

Mak aku kate, 'selalu yang kite beli kat kedai tu cam keras, tapi yang Kak Juju buat ni sedap lak, sampai 3 ketul mak makan'.  Hihi

Betul memang sedap.  Kalo kite beli kuih ni kat kedai pepagi, tekstur kuih ni keras, macam tepung bancuh dengan air pastu digoreng.  

Tapi tekstur kuih aku ni sangat gebu dan lembut.  Sebelum aku goreng kuih tu, aku tunggu sampai die kembang betul dulu.  Letak yis kan?  Wajib laaa buat macam tu. 

haaa yang atas ni belum kembang lagi ..

yang atas ni da kembang, dan sedia untuk digoreng.

Nak goreng lak kene dengan api sederhana, tak leh api kuat, nanti luar hangus, dalam tak masak lak.  


da siap goreng, toskan dulu

Pastu belah kat tengah tengah, jangan sampai putus tau.  Letakkan sambal ikan bilis dengan timun.  Sambal ikan bilis aku pon sedap.  Aku yang buatkan?  Takkan tak sedap .. :D


Kak Jiji pon ikut same puji.  Tapi adik aku, Kaka tak dapat rase lak, die ade koroje.  Tak pe ar, lenkali Kak Juju buatkan Kaka ye :) ..

Walaupon agak banyak step nak buatnye, tapi bile da siap dan orang makan pon puas hati, licin, buat aku jadi macam tak terasa renyah membuatnye .. 

OK jom kite tengok resepi plak ye ..resepi yang same macam aku buat Burger Malaysia sebelum ni.

Bahan-bahan:

- 3 cawan tepung gandum

- 3 sudu besar gula kastor
- 2 sudu besar susu tepung
- 3 sudu besar shortening @ lemak sayuran
- garam secukup rase
- 1 1/2 sudu teh yis (mauripan)
- 150ml air suam

Cara nak buat nye plak :


1)  Larutkan 1/2 sudu teh gula kastor dalam air suam, pastukan masukkan yis.  Kacau sket.  Ketepikan.

2)  Di dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, baki gula, garam, shortening dan susu tepung, kacau rata smpi jadi seakan2 serbuk roti.  Buat bulatan kat tengah2.  Masukkan campuran yis yang telah berbuih tdi ke dalam campuran tepung.
3)  Gaul sampai adunan tak melekat kat tangan.  Kalau agak2 doh tu keras, leh tambah sket air lagi.
4)  Bahagi doh kepada 5 bahagian.  Bulat2 kan dan penyetkan doh tu sket.
5)  Perap selama 45minit atau sejam atau sehingga saiz doh tu jadi berganda.
6)  Boleh goreng dengan api perlahan sehingga warna keperangan.
7)  Bile da masak, angkat
8)  Bile da sejuk, potong tengah2, tapi jangan sampai putus.  kemudian letak laa sambal ikan bilis dengan timun.


Aku harap korang cube resepi aku ni, sebab korang pasti takkan menyesal. Kalau menyesal pon, menyesal sebab tak cube resepi aku ni ..hihi 

Wednesday, November 14, 2012

Shoe Under Organizer

Aku percaye yang girls kat luar sane mesti ade lotzzz of shoes.  Leh potong jari ar kalo orang perempuan ni ade sepasang je kasut.  Tak percaye langsung.  Hihihi

Kalo bukan jenama mahal pon, mesti ade Sundace sepasang, Vincci sepasang, Nose sepasang.  Btol??? Lagi lagi kalau anda adalah seorang yang bekerjaya.  Tiap-tiap bulan mesti nak beli 2 3 pasang kasut kan?


Bile da banyak banyak kasut tu, masaalah utamanye ialah tempat simpanan kasut u allz tu.  Mane kasut yang ade dalam kotak lagi tu, boleh laa simpan bawah katil atau simpan dalam store kan? Ni kasut yang berpakai ni, tak tau mane nak simpan.  Udahnye, anda perosokkan kat tepi pintu masuk rumah anda.  Ishk ishk.  Yang student tu, haaa berduyun duyun laaa kasut berjenama kat bawah katil anda anda tu seme.  Saye faham,  Saye pon pernah bergelar student gak dulu.  huhu



Dengan Shoe Under Organizer ni, semua masaalah ruang simpanan kasut anda akan selesai.  Setiap organizer menyimpan 12 pasang kasut, dengan penutup yang lutsinar membolehkan anda melihat dimana kasut yang anda disimpan.  Pahtu, leh laaa simpan bawah katil ker, atas almari ker.  Sangat organize kan??


Shoe Under Organizer ni sangat laaa murah iaitu:
    • Buy 1 for RM26
    • Buy 2 for RM50
    • Buy 4 for RM80

  • Free Delivery within Peninsular Malaysia

     

 So, ape lagi.  Beli ler.  Limited Edition ni tau :D.  Beli online je, tak yah kuar gi mall beli Shoe Under Organizer ni.

Untuk lebih info, leh klik SINI k.

Ni aku pon nak gi beli ni :D ..

Monday, November 12, 2012

Churp Churp

Amende Churp Churp tu?  macam nak mintak take a break je. 

Sebenarnye Churp - Churp ni merupakan iklan secara online.  Bukan saje melalui blog , tetapi juga boleh juga diiklankan melalui facebook dan juga twitter.  Maknenye, walaupon anda bukanlah seorang blogger, anda juga dapat menjana pendapatan melalui iklan atau campaign yang anda sendiri pilih di Churp Churp kedalam laman sosial anda tu.

Konsep churp churp ni ialah, kalau korang dapat attract unique klik atau pembaca korang beli atau berurusan dengan iklan atau campaign yang korang promote tu, earning korang akan naiklah.  Jadi korang kene rajin promote dekat blog atau laman sosial korang tu.  Sape rajin promote, pandai attract orang, haaaa naiklah earning korang.  

Kenape nak naikkan earning? Sebab itulah income korang, boleh cashout tau.  Kalau dekat Churp Churp ni, earning RM50 pon da boleh cashout, tapi nanti die caj RM1 untuk caj pemprosesan kot.  

Kalau korang berminat nak berchurping dan mendaftar sebagai pengguna Churp Churp, tak payah keluar satu sen pon.  Ape yang korang perlu buat ialah sign up kat SINI dan masukkan detail korang je.  Nama, alamat dan No IC kene betul ye, supaya tak ade masaalah mase Churp Churp nak keluarkan cheque korang nanti.  Tak yah takut nak letak detail, sebab kesemua maklumat peribadi anda adalah 'kopidese' atau orang british kate confidential.    :D  



Jadi kepada kawan kawan blogger dan pembaca yang budiman, kalau ade blogger promote ape ape campaign, korang support laaa dengan klik mana mana yang blogger soh klik.  Sebab itulah punca pendapatan kami.  Huhuhu  

Aku kalau gi blogwalking pon, aku mesti akan tolong klik kan mane mane campaign yang blogger lain promote, jadi aku harap blogger yang datang singgah kat blog aku pon akan buat perkara yang same laa ea.  Hihihi

Macamane nak iklankan iklan atau campaign Churp Churp?  Kite tunggu entry yang seterusnya k :) ..Sebab korang kene Sign Up Churp Churp dulu.  

Sign Up kat SINI k.

Takkan Terpisah

takkan terpisah empat sekawan gila2 rambut tak sama tapi satu kepala tak sedarah tapi bersaudara sumpah untuk bersama-sama 


takkan terpisah biar tsunami melanda pusing dunia berjanji setia susah senang kami menang 

takkan terpisah ibarat k.l dengan traffic jam burung biru dengan muka buku tetap rapat kami hebat macam budak hipster dengan jeans ketat takkan koyak takkan goyah 

takkan terpisah kami buddyz bersama selamanya kami riuh kami gempak ngam ngam macam segiempat tepat suara berbeza pilihan sama fahami jiwa tanpa suara kami sembang gaduh sms kutuk lepak sebab kami muda sekali je bersama mencipta menggegar dunia kami bebas merantau merata-rata merayau-rayau mencari jati diri bersama selamanya kami buddyz kami 

takkan terpisah..

klik SINI

Puting beliung landa Kg Telok Gong

Nak pengsan jap mase memule bace muke depan Utusan Malaysia harini ..Puting beliung landa Kg Telok Gong' 27 ..Kg Telok Gong ke rumah mak aku kat Klang tu, perjalanan 10 minit je ..kalo Kg Telok Gong kene puting beliung, Taman Klang Jaya tu mesti ade kene sipi sipi sikit kot ...

Bile aku bukak berite penuh kat muke surat 27, ermm kat Alor Gajah rupenye ..Alor Gajah?? kakak aku dok kat Alor Gajah, tapi jauh dari pantai laaa ..kejadian puting beliung ni jadi kat area tepi tepi pantai ..sian dorang kan??

Utusan kate, sebelum ni pon kejadian yang same pernah berlaku, tapi tak banyak kerosakan yang berlaku compare dengan kejadian kali ni ..info lanjut klik SINI k ..


Saturday, November 10, 2012

Aku Seorang Beginner

Assalamualaikum semua ..ape kabor? mesti masing masing tengah blur lagi pas tengok Anugerah Skrin yang ntah pape ntah tu kan? ..haiyooo ..

Bukan pasal Anugerah Skrin yang aku nak citekan ni, tapi .....

Kalo korang pembaca setia blog aku, mesti korang perasan ape da jadi dengan wajah blog aku ..mungkin tak berape nak ketara sangat perubahannye ..tapi perubahan yang kecik tu membawa impact yang besar kepada traffic aku ..almaklum laaa, baru belajar kan? sikit sikit laaa ..slow slow cam Gary the Snail ..nampak slow, tapi sangat berisi ..eh ape aku melalut ni ..



Insyaallah, ilmu yang sedikit tu nanti akan aku share jugak dalam segmen tutorial blog aku ni ..cheewaaah da pandai sangat ke sampai nak bukak segmen tutorial ni ..ermmm tak lah, aku tak pandai, cuma aku nak kongsi pengetahuan tak seberapa aku ni kepada seramai yang boleh ..supaya lebih ramai orang berblog, berkongsi pengalaman dan pendapat yag dapat memberi manfaat kepada semua ..lagipon, lagi ramai kan lebih meriah ..kan kan kan????

Oleh itu, sayangilah dan supportlah aku ..Siapalah aku tanpa korang sebagai pembaca dan mungkin juga pengkritik.  Aku mengalu alukan komen anda semua :D ..



Salam sayang

ss


Friday, November 9, 2012

Gandakan RM100 kepada RM100,000

Haa tengok tajuk entry aku malam ni cam lain macam je kan? ni Skim Cepat Kaye ke ape ni??? Helloo, tengok kaki laaa ..tak de maknenye Skim Skim Cepat Kaye ni ..

Harini aku nak promote Promosi Bonanza, anjuran SSPN-i. Pemende SSPN-i tu? 


OK, SSPN-i tu ialah singkatan dari Skim Simpanan Pendidikan Nasional iaitu satu skim atau simpanan yang direka oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi.  

Haaa yang baru baru dapat anak ni, korang da bukak SSPN ke belom untuk anak korang tu?? baik bukak cepat2.  Adriana yang umor 7 bulan ni pon da ade Akaun SSPN die da ..

Nak tau dengan lebih lanjut lagi mengenai peluang keemasan ni?? 
.
.
.
.
.
.
Klik SINI
.
.
.
.
tarikh tutup penyertaan pada 23 Disember 2012 tau ..ingat tu ..


Party at Old Trafford with Mr Potato and Nidji

Whoot whootttt ..

Hi you allz ..ade sape sape yang fan kelab Manchester United tak???? Dan dalam lubuk hati kecil u allz tu tersimpan hasrat nak gi Old Trafford untuk tengok kelab pujaan hati u allz bermain secara live?? dan disamping itu, adakah anda peminat tegar kumpulan Nidji?? Nak berparti bersama mereka???

Anda akan dapat keduanya sekali kalo anda join ini peraduan lah ..

Peraduan ape? Party at Old Trafford with Mr Potato.


Apa yang u allz perlu buat ialah ....
1) Beli snack Mr. Potato kegemaran uols
2) Periksa unique code pada bungkusan canister atau pack
3) Submit code tersebut via SMS ataupon Facebook.  Nak submit banyak banyak pon tak pe, tak de masaalah punye ..

Peraduan ni akan berakhir pada 25 November 2012.  Jadi ape lagi, moh ler kite ..

Kalau anda bernasib baik dan disenarai pendek oleh Mr Potato, nanti deme akan call dan tanyakan beberapa soalan mudah untuk menang.  Senangkan?

Tapi kalo u allz still blurry lagi, leh ler layari link ni, http://www.facebook.com/misterpotatocrisps .

Aku doakan yang hajat korang nak ke Old Trafford dan berparti bersama Kumpulan Nidji tu tercapailah ye.  Good Luck :D

Thursday, November 8, 2012

Giveaway Avon Malaysia

Yuhuuuuu 

Assalamualaikum semua ..harini aku nak share mengenai Giveaway dari Avon Malaysia.  Soalan yang senang je dengan hadiah yang lumayan ..

Korang nak aku bagitau hadiah dulu ke, nak tau soalan dulu?? To be surprise, aku bagitau soalan dulu laaa ea?  


Soalan yang kacang 'merah' tu ialah:

What are the 4 products in this Anew Rejuvenate Flawlessly Smooth Skin Kit?

senang je kan? kat mane nak hantar soalan tu? OK korang boleh klik kat SINI.  Kemudian tag kepada 5 orang kawan kawan facebook anda.  senang je kan?  tapi kene cepat, sebab contest ni ends 8.30pm on 8/11/2012 tonight.

Dan pemenang bertuah akan memenangi Anew Rejuvenate Starter Kit bernilai RM98 ! 

Cepatan cepatan ya! and Good luck everyone!

Aku Yang Migrain

Kalo aku yang pergi melawat Dr Rozita, tak de lain, migrain laa tu, tak pernah ade sakit lain ..ermm da lame aku tak migrain teruk cam ni,  selalunye sikit sikit je ..pas makan paracetamol, tido, pastu baik dah ..tapi kali ni nye migrain membawak berhari hari ..tensi den ..

sebelum meneruskan pembacaan, apa kata korang baca dulu artikel bawah ni tentang migraine.
kredit kepada http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/02/migraine/

 

APA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

APA PENYEBAB MIGRAINE?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.

BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?
Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :
  •  Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  • Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  • Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?
Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.


Kalo boleh, seboleh bolehnye aku nak elak dari bergantung sangat dengan ubat ni.  Jadi kat sini aku nak share tips untuk mengurangkan rase sakit migrain ni.

1.  Mandi.  Bermula dari kaki membawa ke kepala.  Untuk info, leh klik SINI
2.  Rehat atau baring di tempat yang gelap dan senyap.  Kan ke orang migrain ni alah kepada cahaya dan bunyi kan???
3.  Urut bahagian atas mata.  Atas kening tu. Urut sampai ar rasa migrain tu lega sikit
4.   Elakkan terkena cahaya matahari atau cahaya lampu yang terang.  Jangan tengok TV pon.

ermm kalo ikut perubatan islam lak, korang leh amalkan baca 4 ayat terakhir surah al-Hasyr (ayat 21, 22, 23 dan 24) setiap kali sebelum tidur. Semasa membaca ayat-ayat ini, tangan hendaklah diusap-usapkan pada bahagian kepala. Dan niatkan dalam hati, dengan keberkatan ayat-ayat Quran ini, Allah akan menghilangkan sakit kepala @ migrain

ayatnye ialah:


 nak lebih info, leh klik SINI

Ini yang aku praktikkan laaa ..ermmm lagi jangan terlalu banyak fikir, jangan stress stress, dan amalkan cara hidup yang sihat ..bersenam. minum air masak. amalkan pemakanan seimbang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...