Thursday, November 8, 2012

Aku Yang Migrain

Kalo aku yang pergi melawat Dr Rozita, tak de lain, migrain laa tu, tak pernah ade sakit lain ..ermm da lame aku tak migrain teruk cam ni,  selalunye sikit sikit je ..pas makan paracetamol, tido, pastu baik dah ..tapi kali ni nye migrain membawak berhari hari ..tensi den ..

sebelum meneruskan pembacaan, apa kata korang baca dulu artikel bawah ni tentang migraine.
kredit kepada http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/02/migraine/

 

APA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

APA PENYEBAB MIGRAINE?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.

BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?
Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :
  •  Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  • Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  • Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?
Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.


Kalo boleh, seboleh bolehnye aku nak elak dari bergantung sangat dengan ubat ni.  Jadi kat sini aku nak share tips untuk mengurangkan rase sakit migrain ni.

1.  Mandi.  Bermula dari kaki membawa ke kepala.  Untuk info, leh klik SINI
2.  Rehat atau baring di tempat yang gelap dan senyap.  Kan ke orang migrain ni alah kepada cahaya dan bunyi kan???
3.  Urut bahagian atas mata.  Atas kening tu. Urut sampai ar rasa migrain tu lega sikit
4.   Elakkan terkena cahaya matahari atau cahaya lampu yang terang.  Jangan tengok TV pon.

ermm kalo ikut perubatan islam lak, korang leh amalkan baca 4 ayat terakhir surah al-Hasyr (ayat 21, 22, 23 dan 24) setiap kali sebelum tidur. Semasa membaca ayat-ayat ini, tangan hendaklah diusap-usapkan pada bahagian kepala. Dan niatkan dalam hati, dengan keberkatan ayat-ayat Quran ini, Allah akan menghilangkan sakit kepala @ migrain

ayatnye ialah:


 nak lebih info, leh klik SINI

Ini yang aku praktikkan laaa ..ermmm lagi jangan terlalu banyak fikir, jangan stress stress, dan amalkan cara hidup yang sihat ..bersenam. minum air masak. amalkan pemakanan seimbang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...