Sunday, November 25, 2012

Fear Factor Malaysia 2012

Memberi penilaian kepada diri sendiri, sebenarnya saya amat takut kepada gelap atau dikenali juga sebagai Nyctophobia.  Saya bukan sahaja takut untuk tidur di dalam gelap, bahkan takut untuk pergi ke tempat yang gelap.  Beberapa contoh, sekiranya saya ingin masuk ke tandas, saya akan pastikan lampu di dalam tandas menyala dahulu, kemudian baru saya akan melangkah masuk ke tandas.  Dan sekiranya saya ingin ke dapur kerana haus pada waktu malam, dek kerana rasa takut berada dalam gelap, saya akan membuka semua lampu di dalam rumah saya.  


Apa yang saya tahu, sekiranya penyakit ini makin menguasai seseorang itu, ia akan membuat orang itu merasa lemas dan ketakutan ketika berada di tempat yang gelap.  Alhamdulillah, penyakit saya bukan berada di tahap kritikal yang membuatkan saya tidak dapat menikmati aktiviti luar di waktu malam.  Saya tiada masaalah untuk berkhemah di waktu malam dengan syarat saya tidak bersendirian di dalam gelap.  

Pernah juga saya berusaha untuk menghadapi rasa takut pada gelap ini, dan ianya berhasil.  Tetapi apabila saya sudah berkahwin, penyakit psikologi ini datang menghantui saya kembali. 


Bercerita mengenai fobia,  Astro bakal menayangkan rancangan Astro’s Fear Factor Malaysia yang sememangnya menguji ketahanan mental dan fizikal peserta untuk melawan segala jenis ketakutan atau fobia serta menawarkan hadiah yang lumayan sehingga mencecah RM200ribu kepada juara.  Peserta pula  terdiri daripada 30 orang selebiriti tempatan antaranya ialah Didie Alias, Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Gambit Saifullah, Ezlynn, Mejar Dr Faiz, Zawen Anwar, Hafizul (On Air), Norisham Ismail dan Johan As’ari yang dengar khabarnya telah pun menjalani Program Boot Camp di Cape Town selama seminggu sebagai persediaan untuk menjayakan rancangan itu nanti.

Selebriti pilihan saya ialah Mejar (Dr.) Faiz Khaleed kerana seperti yang diketahui umum, Dr. Faiz ialah Angakasawan Kedua Malaysia.  Saya percaya dengan latihan tubi yang berat untuk mengikuti program Angkasawan itu telah menjadikan Dr Faiz seorang yang kuat dari segi mental dan fizikal untuk melawan fobia yang diciptakan di rancangan Astro’s Fear Factor Malaysia itu nanti.


Astro’s Fear Factor Malaysia itu nanti akan ditayangkan di saluran Astro Ria dan Mustika HD bermula Disember 2012.  Dan yang lebih mengujakan, program itu akan menampilkan Aaron Aziz sebagai pengacara.  Sudah tentu ianya formula yang tepat untuk menaikkan rating penonton di Astro.
 

“Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!”

Jom Nuffnangers, ceritakan pula Fear Factor anda pula untuk dikongsi bersama sama.  

2 comments:

  1. Bestnyer
    Nicely written

    Singgah blog saya juga ye
    Singgah ye

    ReplyDelete
  2. karangan awak tu laagi best ..takut ular ...ermm sape tak takut ularkan??? semoga kite dapat laa salah satu hadiah yang cambest sangat sangat tu .. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...