Wednesday, November 7, 2012

Misteri Rumah di Pinggir Bukit

Semalam aku didatangi oleh bende yang paling unwelcome dalam hidup aku ..sebenarnye ia datang sejak 2 hari lepas, aku ignore je, tapi semalam die membuatkan aku rase sakit pale sampai berdenyut denyut, urat belakang tegang di tengkuk dan bahu, loya, muntah, mate berpinar pinar, shaking, pitam, dan aku seperti anti cahaya dan bunyi.  Adakah ini yang drakula rasai setiap kali kala malam bulan mengambang???? ataupon adakah ini berpunca dari ketidaklancaran 'darah aku la'?? sesungguhnya aku migrain memikirkannya ..huhu


Aaaaarrgghh sepanjang hari aku tidak mampu melakukan rutin harian aku sebagai seorang surirumah ..aku hanya mampu berbaring dipembaringan ..Adriana hanya kusiapkan ala kadar sahaja, aku tidak mampu ..oh aku tidak mampu ..sedangkan diri aku sendiri tidak mampu kusiapkan, tetapi akan ku cuba well done kan dirimu sebaik mungkin wahai Adriana ..huhu

Bila malam menjelma, ku dengar deruman enjin motosikal kriss 100 masuk di perkarangan rumahku ..jantungku mula bergerak laju, sehingga kudengar detup detapnya ..enjin motosikal dimatikan, dan kudengar tapak kaki melangkah menuju ke pintu masuk rumahku ..pemilik tapak kaki itu seperti mengeluarkan sesuatu dari poket yang berdecing ..barangkali itu ialah kunci ..kunci??? adakah itu kunci pendua ibu kunci rumahku?? aku yang masih berbaring, bangun perlahan-lahan menuju ke pintu masuk utama ..dengan keadaan badan yang lemah tidak bermaya, aku memegang tombol pintu, dan ku putar alamkan ia ..klik ..aku menguak perlahan lahan pintu itu dan ..... 'abang, nanti bawak saya gi klinik ye, sakit pale ar' :D

Berminat dengan produk AVON? Klik SINI ..pastu klik SINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...