Thursday, November 29, 2012

Roti Pelbagai

Tau tak kenape aku selalu terajin nak buat roti.  Padehal boleh je beli roti Gardenia kat kedai Acheh yang hanye beberape langkah je dari rumah aku ni.  Macam macam jenis roti Gardenia boleh beli, contohnye macam Twiggies, Waffles, High Fibre, Light Fibre, Sunflower Seed.  Haaa yang paling sedap Delicia Butterscotch .Tapi pernah tak korang makan roti buatan tangan korang sendiri, yang masih panas, yang baru keluar oven.  Cubelaaa sekali, sangat nikmat dan akan membuatkan korang rase nak buat roti berkali kali.
 

Jom kite layan gambar roti jap :)





Aku sebenarnya dah cube beberape resepi nak buat roti, resepi yang aku kongsi kat bawah ni ialah resepi yang aku sangat puas hati.  Dan selalunye, dengan menggunakan resepi yang same aku akan buat koktel roll, cinnamon roll dan ape saje yang terlintas kat fikiran aku lah.  Tak salah rasenye nak mempelbagaikan resepi tu kan??? Bagi aku tak yah laaa nak rigid sangat dalam buat roti ni, dalam masa yang sama, jangan sampai lari sangat dari basic membuat doh tu. 

Ok

Bahan-bahan
  • 300 g tepung roti
  • 200 g tepung gandum
  • 250 ml air
  • 50 g susu tepung 
  • 3/4 camca teh bread improver 
  • 3/4 camca teh bread softener
  • 180 g gula kastor
  • 100 g shortening
  • 11 g yeast segera
  • 1 camca teh esen vanilla
Cara-cara
  1. Masukkan yis, 50ml air dan gula dalam satu mangkuk.  Biarkan sehingga yis itu mengembang.
  2. Satukan semua bahan di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.
  3. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.

3 comments:

  1. wahh sedap roti nehh..lama tak meroti..hihi..

    bloglistkan kamu..hehe :)

    ReplyDelete
  2. mmg sedap, dalam banyak roti, yang ni ler yang paling mendapat tempat kat tekak kite ...

    kite pon bloglist awak juge :) ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...