Tuesday, December 11, 2012

Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke-67 Tahun



Patik merafak sembah dan menjunjung kasih sembah tahniah kehadapan  Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan dan jajahan takluknya sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku yang ke-67 tahun pada hari ini Selasa, 11 Disember 2012 bersamaan 27 Muharram 1434 Hijrah.
 

Sekalung tahniah kepada semua penerima darjah dan pingat bersempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin  Idris Shah.  

Ini termasuklah Encik Hassan bin Hj Mohd Amin, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) antara 16 individu yang menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) membawa gelaran Datuk.

Tahniah ye Datuk Hassan.

Apesal aku mengangkat sangat Datuk Hassan ni?  Sebab inilah pakcik eden, adik omak eden.  Haaaaa ..gambar kat atas tu, yang pakai spek belah kanan tu laaa Datuk Hassan.  Hensem kan? :D

Selain dari tu, aku baru dapat tau yang kawan aku pon dapat 'sesuatu' sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor hari ni.  Rizal Ramli, yang kini masih bekerja di Majlis Fatwa Selangor ialah antara 15 orang yang mendapat Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor Yang Amat Mulia (A.M.S).  Sebenarnya aku pon tak berapa nak ingat sangat Rizal Ramli ni, bile aku tengok detail kat fb die, tengok mutual friend, semuanya terarah kepada alumni Sekolah Agama Menengah Rawang.  Kini aku semakin bangga menjadi alumni SAMERa.

Dan kepada semua penerima pingat dan darjah kebesaran, sekalung tahniah sekali lagi aku ucapkan.  :) Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...