Friday, December 14, 2012

Mee Rebus Suke Hati Lalala

Assalamualaikum, selamat datang ke dapur buruk aku ni ha.  Seperti yang dijanjikan, harini akan terbit lah entry Mee Rebus Suka Hati Lalala.  Mengapa begitu namanya?  Kerana aku suke hati je menambah dan mengurangkan bahan bahan nak buat Mee Rebus ni.  Maksudnye di sini, resepi aku ni dah tak ori ler.  Suke suke hati aku je nak ubah dari resepi asal.  Huhuhu maafin Inul ye.

Mule mule, aku nak bagitau cane nak buat kuahnye dulu ye.

Bahan bahan untuk kuah Mee Rebus:
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 1/2 sudu besar taucu, tumbuk lumat
  • 100 gram daging lembu 
  • 100 gram udang
  • air
  • 100 gram keledek
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 3 biji bawang merah kecil*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 cm halia*(*tumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara nak buatnye:
  1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut
  2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucu dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan daging (masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
  5. Tambah tomato, perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masak hingga kuah pekat. 
Kalo buat kuah terlebih pon tak pe.  Korang simpan dalam bekas, pastu frozen kan die.  Haaaa kat umah aku ni, seme main frozen je :)  Orang 'rajin', gitu ler ...

 Cara penyediaan mee die plak.
 

Bahan bahan:
  • 500 gram mee kuning (untuk 2 orang makan)
  • 50 gram taugeh, dicelur
  • sayur sawi, dicelur dan dipotong
  • 1 biji telur rebus, kupas dan belah 2
  • 1 biji limau kasturi, belah 2 
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kuah mee rebus*

Kalau korang suke kuah banjir, korang letak laaaa kuah meladong ladong.  Kalo korang suke makan kuah sikit, letak secukupnye je laaaa ..haaa itu tips untuk hari ni.  Boleh kire tips ke kalo cantu?  hihi

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...