Tuesday, December 4, 2012

Review: Mesir Sebelum dan Selepas Dr. Mursi

 Assalamualaikum.

Aku ni baru je habis bace buku Mesir Sebelum dan Selepas Dr Mursi.  Buku yang wajib dibeli oleh semua orang.  Buku ni menceritakan keseluruhan perjuangan beliau di kota penuh sejarah, sejarah berterusan yang terpanjang, iaitu Mesir.  

Antara yang menarik perhatian aku mase mule nak menghadam buku ni ialah mase bace pesanan anak Dr Mursi iaitu Abdullah Mursi kepada ayahandanya :

"Kami akan mentaatimu jika kamu mentaati Allah, kami akan menderhaka jika kamu menderhaka kepada Allah. Kami akan melakukan revolusi ke atasmu jika kamu menyalahi tujuannya. Kami akan melakukan revolusi ke atasmu jika kamu tidak memberikan kepada golongan yang terkorban dan yang cedera hak mereka."

 
 Mesir: Sebelum Dan Selepas Dr Mursi
Penulis: Riduan Mohamad Nor; M. Abd. Malik Abd. Karim
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM25.00 
Dr Muhammad Mursi ni ialah calon Presiden Mesir daripada Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditaja oleh sebuah gerakan Ikhwanul Muslimin secara rasminya telah diisytiharkan sebagai Presiden Mesir pasca Revolusi Mesir tahun lepas.  Dr Mursi tak minta untuk dipertandingkan pon, pihak IM yang memilih beliau.  

Setelah pengumuman berita kemenangan Dr Mursi sebagai presiden Mesir yang ke 5 selepas Hosni Mubarak, rata-rata rakyat mesir terus bersujud tanda syukur.  Tidak ketinggalan juga jutaan orang di medan tahrir melakukan perkara yang sama.
 
Kesyukuran ini bersebab.  Mereka semua bersujud syukur kerana melihat bibit-bibit kemenangan Islam itu semakin hampir.  Iaitu jatuhnya pemimpin zalim, bangunnya pembela kebenaran.  
Ada yang membuat perbandingan Dr Mursi dengan Nabi Yusuf, sehingga Presiden Palestin, Ismail Haniyyeh berkata "Sungguh ajaib penjara Mesir.  Masuk Nabi Yusuf ke dalamnya dan keluar menjadi Raja Mesir.  Begitu juga masuk Dr Muhammad Mursi ke dalam penjara Mesir dan keluar diangkat menjadi Presiden Mesir."  Bukan sekali tau Dr Mursi ni masuk penjara Mesir, tetapi berkali kali kerana menentang tindakan dan perilaku rejim zalim.
Tak kurang juga yang mengatakan beliau persis Dzulkarnain.  Persis Dzulkarnain yang bijak dalam menyelesaikan masaalah politik, kebijaksanaan dalam ilmu kejuruteraan, masing masing tidak mencalonkan diri sendiri untuk menjadi ketua, kedunya menolak harta bende dan bersyukur dengan nikmat Allah.
Tetapi itu cuma perbandingan.  Dr Musri tetap Dr Mursi yang sangat merendah diri.  Dr Mursi yang menjadikan Al Quran dan hadith sebagai panduan.  Dr Mursi yang meleraikan rantai tangan yang dibuat oleh tentera.  Dr Mursi yang sentiasa berjuang dan mengorbankan diri, jiwa dan harta atas jalan dakwah.   
Beliau hanya takutkan Allah.  Moga Allah memeliharanya sebagaimana permintaannya.  Masih ada pemimpin seperti ini? Subahanallah, Walhamdulillah, Wala Ilaha Illallah, Wala Haulawala Quwwata Illa Billah.

3 comments:

  1. buku yang bagus ..dan ulasan yg menarik ..

    ReplyDelete
  2. tapi now Mesir dah bergolak kembali... IM pon ada masalah dalaman kots?

    ReplyDelete
  3. mungkin ler ..tapi mane mane parti politik mesti masaalah dalaman, hatta kat europe atau US sekali pon ..rakyat Mesir kate Dr Mursi mengabaikan rakyat ..bagi kite, bagi laa Dr Mursi tu mase untuk buat perubahan ..bertahun tahun Mesir di perintah oleh rejim zalim, takkan kite nak assume Dr Mursi buat perubahan dalam sekelip mata je ..semua perundangan ade prosedur nye, mungkin makan masa bertahun tahun untuk merombak sistem perundangan sedia ada ..kan??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...