Tuesday, December 11, 2012

Review: Konfrontasi Malaysia Indonesia

Konfrontasi Malaysia-Indonesia terjadi ekoran daripada persetujuan Tunku dengan MacMillan untuk menubuhkan Malaysia yang mengandungi Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) pada 31 Ogos 1963. Indonesia menganggap penubuhan Malaysia sebagai helah kuasa barat  untuk memencil, mengepung dan memecah Indonesia. Justeru, Penubuhan Malaysia dibantah dan konfrontasi dilancarkan. Turut menentang penubuhan Malaysia ialah Filpina, rakan sekutu dalam ASA. Namun begitu, kebijaksanaan barisan pemimpin negara di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah Berjaya menyelamatkan negara daripada bencana perang dengan bangsa serumpun. Hasil rundingan cemerlang antara Tun Abdul Razak dan Tan Sri Ghazalie Shafie dengan Tun Adam Malik, Menteri Luar Indonesia dan Jeneral Ali Moertopo di Bangkok dan Jakarta, konfrontasi Malaysia-Indonesia telah tamat.

Berat isu ni kan? dah tersasar dari imej blog aku yang lebih kepada lepak dan santai.  

Since aku pon dah habis bace buku ni, jadi aku rase cam tak salah aku nak berkongsi ape yang aku bace kat all my beloved readers.
 Tajuk Buku : Konfrontasi Malaysia Indonesia
Bilangan Mukasurat:  244 mukasurat (tidak termasuk kulit)
Penulis:  Nik Anuar Nik Mahmud
Terbitan:  Penerbit UKM
Tahun:  2009
Harga:  RM40.00

Menjadi impian Tunku semenjak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 untuk membantu membebaskan wilayah wilayah British di Borneo daripada penjajahan.  Memikirkan bahawa wilayah wilayah tersebut tidak mampu untuk berdikari dan berkemungkinan akan dituntut oleh negara-negara jiran, maka Tunku mengemukakan cadangan gagasan Malaya RayaHasrat itu telah dimaklumkan oleh Tunku kepada Malcolm Mc Donald bekas Pesuruhjaya Jeneral British di Asia Tenggara, Geofroy Troy, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu; Lor Hom, Setiausaha Luar dan Lord Pearth, Menteri Negara.  

Walaupun mereka bersetuju dengan cadangan itu, pihak British lebih berminat untuk melaksanakan secara berperingkat.  Mengikut rancangan British, wilayah wilayah British di Borneo mesti bergabung terlebih dahulu sebelum memikirkan gabungan antara Tanah Melayu dan Singapura di dalam persekutuan yang lebih besar.  

Kerajaan British menggalakkan Tanah Melayu bercantum dengan Singapura terlebih dahulu, tetapi telah ditolak oleh Tunku.  Kedudukan Singapura yang strategik serta pengkalan tentera yang canggih menjadikan Singapura penting dari segi skema pertahanan British dan sekutu-sekutunya dalam SEATO di Asia Tenggara.

Perkembangan politik yang goyah di Singapura pada penghujung tahun 1950-an menunjukkan parti pemerintah Lee Kwan Yew, DAP mungkin akan kalah dalam pilihanraya yang dijadualkan pada 1964.  Barisan sosialis yang didukung oleh Lim Chin Siong yang dianggap sebagai pro-komunis dan antibarat akan menguasai koloni itu.  Sekiranya keadaan ini berlaku, Singapura pasti akan menjadi Cuba di Asia Tenggara dan kuasa-kuasa barat pasti akan kehilangan pengkalannya yang amat penting dalam konteks perang dingin ketika itu.  Untuk menyelamatkan Singapura, British cuba mempengaruhi Tunku supaya menerima Singapura.  Tunku menolak pelawaan British itu atas alasan perkauman dan politik, sebaliknya bersedia berkompromi sekiranya British membenarkan wilayah-wilayah Borneo turut menyertai cantuman itu. 

Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadangan tentang Gagasan Malaysia.  British pada prinsipnya menyokong impian Tunku itu tetapi British lebih suka melihat Tanah Melayu bercantum dengan Singapura terlebih dahulu atas alasan bahawa wilayah British di Borneo, termasuk Brunei masih lagi mundur.  Pada 23 November 1961, Perdana Menteri Harold McMillan dan Tunku Abdul Rahman mengumumkan hasrat mereka untuk membincang Gagasan Malaysia.
Indonesia dan Filipina memandang serius keputusan kerajaan British dan Tanah Melayu untuk mewujudkan Gagasan Malaysia.  Indonesia mengganggap Malaysia sebagai jelmaan British yang bertujuan untuk mengepung dan melumpuhkan Indonesia.  Justeru itu, ia menganggap Malaysia sebagai neokolonilis.  

Pemberontakan di Brunei pada awal Disember adalah kesempatan bagi Indonesia untuk membuktikan bahawa penduduk-penduduk tempatan menyerang penyertaan mereka dalam Malaysia.  Filipina pula membantah penyertaan Borneo Utara dalan Malaysia.  Filipina meminta British mengembalikan Borneo Utara kepadanya atau kekalkan wilayah itu sebagai koloni British.  Seperti juga dengan Indonesia, Filipina turut bersimpati dengan pemberontakkan di Brunei.  Bantahan dan tentangan dari negara jiran tersebut adalah cabaran baru kepada penubuhan Malaysia.

Kerajaan British cuba menyelesaikan kontrovosi itu melalui rundingan tetapi gagal.  Sebagai usaha untuk menyelesaikan kemelut berhubung dengan Gagasan Malaysia, suatu persidangan peringkat Menteri-Menteri dan Ketua-ketua Negara telah berlangsung di Manila bermula pada awal April 1963.  Persidangan ini berakhir dengan termetrinya Perjanjian Manila yang antara lain bersetuju untuk mematuhi prinsip penentuan sendiri.  

Selanjutnya, mereka juga bersetuju untuk meminta Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu mengesahkan sama ada Gagasan Malaysia adalah satu isu besar dalam pilihanraya terbaru di Sabah dan Sarawak.  Ekoran persetujuan itu, penubuhan Malaysia yang sepatutnya dibentuk pada 31 Ogos 1963, terpaksa ditangguhkan sehingga kerja peninjauan oleh kumpulan peninjau PBB selesai.

Pengumuman Tunku menubuhkan Malaysia pada 16 September 1963, tanpa menunggu pengumuman laporan Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu, U Thant telah mencetuskan kontrovesi yang berakhir dengan tindakan Indonesia dan Filipina tidak Mengiktiraf penubuhan Malaysia.
 
Menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa.  Oleh kerana konflik dalaman negara, keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi dengan Malaysia berkurangan dan peperangan telah reda.  

Pada 28 Mei 1966 sebuah rundingan dilakukan di Bangkok.  Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, termasuk Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...