Sunday, January 27, 2013

Majlis Aqiqah Adriana: Dan ke tak dan?

'Dan ke tak dan?'  Itulah ayat pilihan Majlis Aqiqah Adriana semalam. :D

Selepas sejam sesi menjamu selera semalam, aku tengok orang pon dah mula kurang di meja buffet, aku mengambil kesempatanlah untuk pergi mengambil nasi untuk Adriana.  Yelah, Adriana ni ngok ngek ngok  mulutnya, dah lapar sangat lah tu.  Ma nya makan lambat sikit pon tak pe.  Elok aku aku buka penutup nasi tu ......ERRRKKKKKKK NASI MINYAK SUDAH HABIS ..tapi lauk banyak lagi.  Aku ape lagi, lepas bagitau my FIL nasi habis, terus ke dapur bagitau my MIL lak.  Rupa rupanya, my MIL tengah dok tanak nasi putih.  Patutlah orang dah kurang kat meja buffet tu, nasi habis rupanya.

Masa di dapur jugaklah gurau senda saudara mara berseloroh, "dan tak? dan tak?"  Maksudnya nak bertanya sempat makan nasi minyak ke tak? Hahahaha Boleh jadi bahan lawak plak isu nasi habis tu.  Keluarga mertua aku pon ikut gelak sama.  Kalau dorang tak buat bahan isu nasik minyak tu aku rase mesti kitorang ni tekanan habis.  Ye lah, nak menjamu orang makan, tapi nasi tak cukup.  Kan ke haru tu?  Nasib baik lauk die sedap.  Terima kasih banyak banyak kepada Kak Ani Katering sebab sudi masak semalam.  Thumbs up.

Sebenarnya my MIL dah listkan dah senarai tetamu, ermm tapi tu lah dah rezeki Adriana nak menjamu ramai orang semalam, terima kasih lah sudi datang ke Majlis Aqiqah Adriana yang serba serbi kurang tu.

Bukan nasi minyak je yang tak cukup, Goodies Bag pon tak cukup jugak.  Ermmm mana yang tak dapat tu, aku minta maaflah ye.  Ini kali pertama kami organize Majlis Aqiqah ni, jadi we take this as a lesson lah.  Untuk majlis yang akan datang kami akan cuba buat yang lebih baik.


Terima kasih untuk semua hadirin kerana sudi memeriahkan Majlis Aqiqah Nur Adriana Sumayyah ni ye.

Oh ye, rentetan dari nasi minyak yang tak cukup tu, sehingga tuan rumah pon tak dapat nak merasa, jadi untuk makan tengahari ni, my MIL masak nasi minyak.  Jadi tak de lah anak anak dan menantu kempunan tak dapat makan nasi minyak.  Haaahahaha


Tengok dari resepi Nasi Minyak nye, ermm nampak macam resepi Nasi Mandhi lak, cume tak diarangkan je.  hikhik ..tapi layannnn~~~ :D

9 comments:

  1. Alhamdulillah..dh selesai mjlisnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ...dah selesai dah .. :D thanx izan ..

      Delete
  2. wah..nak juga tau apa yg berlaku sepanjang majlis hehehe..sebok je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh aima ..nanti singgah blog ni lagi, nanti kite up entry mengenai majlis aqiqah ni lagi .. :) tak de sebok nye ...

      Delete
  3. hahaha.. smpai kempunan x dpt makan nasi minyak.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi tu ler, nasib baik besoknye my mil buat nasi minyak untuk kami sekeluarge makan ..kalau tidak, meleleh laaaa air liur balik ke sg buloh ni :D

      Delete
  4. nie...mesti menyediakan menu2 best nie....sampai habis nasi di buatnya....apapun tak kesahlah.....janji semua selamat......

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yan, janji semua selamat ..menu biase biase je, ikut selere orang kampung, haaaa tu yang habis licin tu :D ...

      Delete
  5. alhamdulillah selesai sudah majlis adriana...

    macam tu ler bila buat kenduri nie.. hehe mmg kalau nasi atau lauk tk cukup memanga tuan rumah kelamkabut jadinya... ^_~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...