Thursday, February 28, 2013

Modal tiga kupang

Assalamualaikum.

Sekarang ni tengok banyak pulak cerita kat pawagamkan?  Ada cerita Jack and Giant Slayer, Rock oo: Rimba Bara Kembali, HKL2: Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit, Good Day To Die Hard ..Kalau laaa aku ni kaki wayang, mesti aku pergi tengok seme cerita tu.  Sayangnya aku bukan kaki wayang.  Lagi rela tunggu cerita cerita tu keluar kat TV nanti.  Kalau tak sabar sangat tengok cerita orang melayu tu, haa order ler kat Astro First.  Tengok satu famili.  Tak pon, download je dari internet, tengok kat laptop :)

Dulu dulu masa belajar selalu laaaa tengok wayang dengan kawan kawan, dengan pakwe.  Ntah cerita apa apa ntah aku tengok.  Semua tu terpengaruh ajakan kawan kawan aku ler tu.  Outing mase weekend kan?  Konon nak lepaskan stress ler pas seminggu asyik study.  Study laaa sangat :D.  Pastu tak sah kalau tak membeli caramel popcorn dengan air coke saiz besar.  Sedaaaap je membesarkan badan dalam pawagam tu.  Caramel Popcorn kat GSC memang sedapkan? Rindunya nak makan popcorn kat GSC .. :(

Dah rindu rinduan tu, aku pon membuat laaa Caramel Popcorn sendiri.  Senang je nak buat.  Modal tiga kupang je untuk kami anak beranak sekali makan.  'Mana tau modal 3 kupang?'  Sebab 1 peket kernel corn tu berharga RM2.50.  1 peket tu boleh buat 10 kali popcorn.  Campur kos gula, mentega dan minyak masak, aku anggarkan 5sen untuk sekali guna.  Jadi tu laa datang modal 3 kupang.  Wokeh, jom tengok resepi lak.  


Caramel Popcorn
Source:  Tak tau amik kat mana, dah lupe.  Mintak halal ye :D

Ingredients:
1/3 cup dried kernel corn
1 tablespoon butter
2½  tbsp cooking oil

For Caramel:
1/3 cup granulated sugar
1 tablespoon butter

Methods:
1.    Heat oil in large pan with lid, add the butter and let it melt. Put a grain of corn to test the oil heat. If corn is pop, add all corns.
2.    Stir well and cover pan with lid.  Hear a sound corn explodes.  Shake gently so that all the corn was light and fluffy. Open pan lid when there is no explosion.
3.    Pour popcorn into another container.
4.    Heat wok, add sugar and stir until melted on low heat. Put butter and stir until well blended and mixture is caramel brown.
5.    Pour the popcorn and stir over low heat and let the caramel coat with popcorn.
6.    After all popcorn coated with caramel, put the popcorn into the container and let it cool.  Separate attached popcorn and kept it for storage or consume.

Ada tips ye nak buat Caramel Popcorn ni:

-  Oleh sebab kernel corn akan mengembang sehingga 6 ke 7 kali ganda dari saiz asal, sila gunakan periuk, diulangi sekali lagi, gunakan PERIUK bersaiz 9 inci ke atas.
-  Masa nak coat caramel dekat popcorn tu, tuang sikit sikit, lagi elok kalau guna sudu untuk elak dari caramel tu terus jatuh ke dasar bekas.  


Sedap memang sedap, macam dekat GSC nya caramel popcorn.  Adriana pon layan memakan ini caramel popcorn yang bermodalkan 3 kupang ni.

Tuesday, February 26, 2013

Nasi Lemak Buah Bidara


Nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
kerana kekasih hamba turutkan.


Maaf.  I tak buang mak I hokey, sedare pon I tak buang jugak.  Ni pantun dolu dolu ni I copy paste masuk dalam entry nih.  

Assalamualaikum.

Salam pagi semua.  Dah sarapan ke? Kalau belum sarapan meh aku jamu korang tengok Nasi Lemak yang aku buat ni.  Kalau nak merasa, sila buat appointment dulu ye, amik nombor.  :D


Aku ade buat Nasi Lemak masa keluarga Fariq datang rumah aku hari tu.  Nak menjamu makan yang dorang tak pernah makan atau jarang jarang makan, aku tak confident pulak nak membuatnya.  Jadi aku buat Nasi Lemak je laaa senang.  

Alhamdulillah, habis licin.  Walaupon sambalnya termanis, timun tertue, telur rebus jadi half cooked, tapi aku boleh bagi 5 star untuk nasi aku.  Memang tip top.  Nasi tu membuatkan semua kekurangan kat side dish aku jadi tak nampak, tertutup habis.  Sampai abah Fariq cakap, 'boleh jual nasi lemak ni'.  Kembang hidung sikit ye puan puan.  (Hnsss hnsss alamak kembang sangat sampai tak bernapas lak aku.)

Rahsianya ialah aku guna Beras Moghul Faiza Basmathi.


Terima kasih Beras Moghul Faiza Basmathi, membuat aku memasak seperti pro.  Bukan main panjang lagi beras ko Faiza :D.  Harga RM8.90 1kg ye.  Selalu aku masak nasi lemak pakai beras biasa je, jadi Fariq pon pandang sebelah mata je Nasi Lemak aku tu.  Makan pon sekadar menjamah je.  Kecik hati aku huhuhu ...

Tapi hari tu, bukan main berselera makan nasi lemak tu :).  OK, sekarang aku dah tau satu  makanan kegemaran Fariq.  (erkkk tercekik mak, dah 10 tahun kenal, aku baru tau Fariq suka makan nasi lemak??? pengsan mak.)  

   

Gambar nasi lemak yang aku letak ni ialah nasi lemak yang aku buat kali kedua untuk my Mr F.

'Tak de gambar nasi lemak yang ko hidang kat pak mertue ngan mak mertue ko ke?'.  Ko giler?? Takkan masa pak mertue ngan mak mertue aku tengah makan, aku nak snap gambar nasik dalam pinggan dorang?  Hoiyoooo ...apa punya soalan daaaa ..

Ok, next soalan pleeeeease .......

Monday, February 18, 2013

Sad Story

Assalamualaikum.

Aku cuma nak lahirkan rasa kecewa aku kat sebuah syarikat insuran ni.  Aku start bayar premium bulanan RM120 sejak setahun lebih yang lepas.  Dan aku bagitau ejen insuran (merangkap kawan sekola rendah dan juga sekolah menengah aku) untuk surrender masa November 2012.   

Pastu dia cakap, 'policy shaz blum pon smp 2 thn..less than rm50 cash value...kte biarkn mati cm2..coz lau surrender nnt in future shaz xle sign up policy baru..syg nnt...'.  

Pastu dia nasihatkan aku supaya kosongkan akaun bank aku, supaya bank tak leh nak autodebit dah. 

Aku setuju je, sebab aku percaya yang kawan aku mesti dah fikirkan yang terbaik untuk aku.

Aku buat keputusan untuk surrender insurance ni sebab company Fariq dah cover insuran untuk aku.  Besides, Fariq pon ade bayar Takaful M****** untuk kami sekeluarga ni, in case kalau die berhenti kerja dan malang pulak tak berbau kan?

3 bulan dah berlalu.  Jadi aku ingat perihal surrender insuran aku dah selesai, maksudnya dah mati camtu.  Jadi aku ni buatlah pelbagai transaction dekat akaun bank aku tu.  Tup tup pagi ni, aku view account aku, erkkk ade autodebit RM120.00 pada 12.2.2013.

Bila aku message ejen insuran tu, 





Nak cakap banyak pon tak guna.  Sesal dahulu, pendapatan ..sesal kemudian, dah tak guna dah.

Aku harap suami aku tak baca entry ni.  Sebab RM120.00 tu banyak tau.  Takut je kene perli non stop sebulan ni.  hihi

Mak abah, mohon baca entry ni ye.  Huhuhu ..

Spaghetti Carbonara (Meatball)

Assalamualaikum.



Spaghetti Carbonara, lunch aku kali ni ala western gitu.  Simple tapi sedap.  Senang je nak buat Spagetthi Carbonara ni sebab aku pakai sos yang da siap.  Aku bukan pakai sos carbonara tau, tapi pakai Campbell's Condensed Soup, Cream of Mushroom.  Haaa macam kat bawah ni.



Yang pelik pelik je la kamu ni Juju, itu kan sup, Kalau nak buat Spagetthi Carbonara, beli laaa sos Carbonara Prego, buat proper sos.  Ni tak, nama resepi lain dari bahan bahannya.


Ea?? Jadi aku tukarlah nama resepi aku ni jadi Spagetthi with Cream of Mushroom lah.  OK? :D

SPAGHETTI WITH CREAM OF MUSHROOM
By:  Shazrina @http://shazrina08.blogspot.com/

Bahan-bahan: 
1/2 packet spaghetti
1 tin  Campbell's Condensed Soup, Cream of Mushroom
10 ketul Meatball

Cara Membuatnya:
1. Rebus spaghetti according to the packet instruction,  Toskan dan renjis2 kan sedikit olive oil utk mengelakkan pasta melekat.
2. Masukkan 1 tin Cream of Mushroom, 1/2 tin air paip dan meatball.

3. Kacau sehingga mendidih, tidak berketul ketul, dan pekat.
4. Masukkan spaghetti. Gaul2 kan hingga spaghetti bersalut dgn sos tadi. 
5. Siap untuk dihidang.


Tak payah letak cheese bagai, sebab cream of mushroom tu pon dan kaya dengan rasa.  Errmmm sedapnya.  :D Memang best.

Cara nak buatnya pon semudah 1 2 3.  Cubalah :)  Adriana pon layan jugak makan spaghetti ni.

Mesti cuba ya.

Friday, February 15, 2013

Selamat Hari Lahir, Shazrina

Assalamualaikum.

Harini genap 30 tahun aku bernafas kat bumi tuhan ni.  Syukur tuhan beri aku peluang untuk menempuh usia baru.  Bukan usia je yang baru, tapi juga dekad pon baru gak, datang berpekej gitu.  


Agak luar biasa sikit perasaan aku menyambut birthday kali ni, mungkin sebab aku terpaksa menerima title 30's dalam hidup aku sekarang.  Memang takkan ada apa yang berubah, kalau ada perubahan pon cuma akan bertambah kedut je la kot.  Hihihi

Macam tahun tahun lepas aku ada berazam nak jadi lebih matang.  (Errrk dah nak 30 tak matang matang lagi? pengsan mak ..)  Nampaknya level of maturity aku tak seiring dengan umur aku.  Camane aku tau tak matang lagi?  Sebab, kadang kadang tu aku rasa macam aku tak dapat kawal situasi jika berlaku sesuatu yang uncontrollable.  Actually, kalau sesuatu keadaan tu terkawal pon, kadang kadang aku 'lost' gak.

Aku nak ajar Adriana buat keputusan sendiri.  Aku nak ajar Adriana kawal keadaan.  Aku nak Adriana tau baik buruk sesuatu perkara.  Aku nak ajar Adriana itu.  Aku nak ajar Adriana ini.  Haaaa tapi camane aku nak ajar kalau aku sendiri kureng ciri ciri seperti di atas tu.  Nanti jadi macam mak ketam ajar anak die berjalan pulak.

Hah tengok.  Kalau orang matang, dia tak cerita kekurangan dia kat orang lain, lagi lagi nak up entry cani kat blog.  kan?   Sebab ..

orang yang matang akan berfikir dulu sebelum bertindak serta berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.  

Atau aku yang terlalu merendah diri.  :(

Jadi bila aku berusaha untuk jadi matang, macam janggal dan ganjil lak.  Macam dibuat buat pon ada.  Soooo annoying.  Jadi aku rasa, bab kematangan ni biarlah datang secara semulajadi.  Mungkin cabaran yang aku tempuh selama 30 tahun ni belum cukup untuk buat aku jadi matang.


Dalam adik beradik aku, aku ler pon yang paling tak matang walaupon dorang jauh lebih muda dari aku.  Tengok gambar pon dah tau mana aku yang paling tak matang tu.  huhu  tunjuk peace merupakan tindakan refleks apabila aku ternampak kamera k ..sungguh tak matang ..

Seperti aku menerima aku, suami aku menerima aku, famili aku menerima aku, korang pon terimalah aku seadanya ye? Walaupon banyak kekurangan sana sini, support lah aku.  Nanti aku support korang balik k :D.

Apapon Selamat Hari Lahir pada aku, dan semoga berkat umur aku sepanjang 30 tahun ni dan seterusnya.


Amin.

Wednesday, February 13, 2013

Tolong jangan buang. Plzzzzzz..

Assalamualaikum.

Jom regang regangkan otot tangan untuk menaip selepas beberape hari cuti hari limau ni.  Orang lain yang punya raya, kita yang beria ia cuti.  Hikhikhik.  Padehal cuti tak ke mana pon, ada je sekitar Selangorku ni.  Nak pergi makan nasi minyak free, tak de orang buat kerja kahwin laa pulak.  Jadi duduk rumah je la makan limau.  Ngap ngap ngap sambil menatap oven yang rosak tu.  Eiii sakit hati aku tengok oven tu.

Oven tu hadiah masa aku kahwin dulu, ex officemate aku yang bagi.  Memang oven tu banyak berjasa kat aku ni.  Disebabkan dapat oven tu laaa aku mula mencuba resepi resepi 'pelik' untuk aku persembahkan kat Fariq.  Nak jadi isteri solehah le kononya tu.  Nak jadi isteri solehaktuih kan kena jaga perut suami dulu, pastu kenyang perut, sukahati lala, baru laaa aman sejahtera hidup berumah tangga.  Kononnye :D

Jadi bila dah rosak oven tu, warranty pon dah habis tempoh, kalau nak merepair pulak takut harga repair lagi mahal dari harga beli baru, jadi aku ingat nak jual je kat 'cine paper lame'.  Pastu Fariq cakap, 'Eh buat apa nak jual, simpan je laa, kan orang bagi tu, hargai laaa sikit.'

Erkkkkk tercekik makcik.

Fariq ni memang penyayang.  Dia sayang nak buang barang barang dia.  Sebagai contoh, baru baru ni Fariq ada beli kasut baru sebab kasut lama dia dah barai habis (Dah barai habis baru nak tukar kasut baru?..... ) Pastu aku nak buang laa kasut dia yang lama dan lusuh tu, boleh pulak Fariq cakap ceni, 'buat apa nak buang kasut tu, simpan je laaa.'

Erkk nak buat apa pulak simpan kasut tu, buang je laaaa ....abang dah beli kasut baru pon kan? Tak faham aku dengan sikap penyayang laki aku ni.


Penyayangnye sampaikan dia beli kasut yang sama, sebijik sebijan macam kasut die yang lama tu.  Vans Old Skool kaler hitam.  Selera macam orang orang muda remaja.  Sabar je mak nak ..........

Itu baru 1 daripada 1000 cerita fariq yang penyayang terlampau terhadap barang barangan.  Ada beberapa cerita pasal baju baju yang Fariq dah tak pakai, barang barang masa dia belajar dulu yang terlonggok dalam bilik belakang,  segala CD dan VCD koleksi lagu lagu punk rock lah, heavy metal lah, rock kapak lah, pop rock, ballads, pop etnik seme ade terlonggok dalam bilik tengah pulak.  Hermm tak pe, layankan je laaa.  Adriana dah boleh tidur dalam bilik sendiri nanti, mohon clearkan semua barang ye tuan.

Sunday, February 10, 2013

Kek Oreo Kukus

Assalamualaikum.

Berkek pulak kita hari ni yop.  Punyalah payah aku cari resepi Kek Oreo Kukus ni, akhirnya jumpa juga kat  brobandits.blogspot.com ni.  Ada juga resepi lain, tapi semuanya kena guna oven.  Oven aku dahlah rosak.  Tak panas panas kalau uolls nak tau.  Letak laaa 4 jam kek ke cookies ke dalam oven tu, macam tu aku masukkan, haaa macam tu jugaklah bila aku keluarkan.  Tak masak masak.  Tensi betul aku.  Kalau ikut aku, nak aje aku jualkan oven tu kat 'cine paper lame' tu, tapi Fariq suruh simpan je.  Apesal Fariq soh simpan je? Lenkali la aku bagitau ye.  :D

Kenapa oreo pulak?  haaa sebabnya haritu kitorang ade beli satu tem besar Oreo Selection.  Macam macam jenis filling dalam tu, yang coklat, yang coklat putih, yang dwi, yang ade pudina, strawberi pon ade.  Memang tertariklah dengan Oreo Selection tu sampai terbeli pulak kami.  Tapi sayangnya, ermm hampir semuanya dah masuk angin.  Lemau.  Macam pale aku gak, lemau.  Frust memang frust, rase menyesal pulak beli oreo tu.  Nak buang sayang, jadi aku kek kan aje lah semua oreo tu :D  

Rasa dia not bad, esok aku balik Klang, nak ngantor my parent pergi KLIA,  aku tapaukan dorang kek ni.  Haaa mak abah, rasalah air tangan dekju yang rajin sangat memasak yang bukan bukan ni :D.  Dalam kapal terbang kang, jangan ade yang ceri beri sudah.  Hehe For info, esok mak dan abah aku nak ke Palestin.  Bukan berjihad ye? saje je deme gi sana jalan jalan makan angin.  Melawat Masjidil Aqsa.  Lepas pergi Palestin, pergi Jordan dengan Mekah pulak.  Best nye orang dah pencen ni, boleh berjalan jalan pergi travel.  Semoga mak dan abah selamat pergi dan selamat kembali.  :D 


Jom cekidaut resepi.

Kek Oreo Kukus
sumber:  brobandits.blogspot.com

Bahan-bahannya:

• 1 cawan tepung gandum (aku guna tepung kek)
• 1 sudu teh baking powder (tak letak, sebab tepung kek tu sendiri dah ade bp)
• 1 cawan gula kastor
• 1/2 cawan mentega
• 1 sudu teh pwarna dan perasa kopi emulco kalo xde guna essen vanilla pun blh (aku guna kopi serbuk)
• 100 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar 
• 125 ml susu cair dipanaskan sebentar (boleh gunakan bancuhan susu tepung) (aku guna susu kotak)
• 2 sudu besar susu pekat manis
• 1 sudu minyak masak
• 2 biji telurp (typo error dari tukang cipta resepi.. telur jadi telurp?? :D)

Cara membuatnya:

1.  Ayakkan tepung bersama baking powder, kemudian campurkan oreo, kisar dan gaul rata. Ketepikan.
2.  Di dalam mangkuk adunan, pukul telur, gula dan mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan. (tak perlu pukul)
3.  Masukkan susu suam, susu pekat dan minyak masak. Pukul sebentar cukup sehingga adunan bergaul rata sahaja. (Masa aku panaskan susu, aku masukkan sekali serbuk kopi, susu pekat dan minyak.  Gaul sebati.  Masa nak masukkan dalam adunan, tapis dulu)
4.  Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas minyak. Kukus selama 45 minit...ataupn bakar dalam 1jam. (aku kukus)


nota kaki:  yang tulisan warna merah tu aku edit edit sikit resepi ikut suka aku ..aku ni memanglah suka suki tukar tukar resepi orang :D maaf ye ..

Tuesday, February 5, 2013

Key Lime Pie

Assalamualaikum.

Ada siapa siapa rindu dekat aku tak??.  Haa lama pulak tak bersiaran, rindu pulak pada laptop buruk dan blog buruk ni ha.  Uolls ade yang rindu kat aku tak??.. :D.  Tak bersiaran ni bukan sebab apa, Adriana ni dah macam kurang pulak waktu tidur siangnya.  Jadi waktu bersakan sakan kat internet ni jadi terhad la sikit, sebab kene mengadap wajah kesayangan hamba ni.  Nur Adriana Sumayyah yang bacin ni  :)

Pembuka entry aku minggu ni, aku akan persembahkan sajian pencuci mulut dari Amareka,  Key Lime Pie.
    
Gambar Google
Key Lime Pie ni ialah sajian pencuci mulut popular Amareka khususnya di Florida yang dibuat daripada jus limau nipis, kuning telur dan susu pekat yang di letak di atas pie crust.  Untuk mengelak daripada pembaziran bahan mentah, kita akan menggunakan putih telur sebagai meringue topping.

Masa aku buat Key Lime Pie ni, aku substitute kan kepada limau kasturi, tapi kurangkan la ml nye, sebab limau kasturi rasanya lebih tajam dari limau nipis.  
  

Masa membuat campuran bahan, tindak balas antara susu pekat dan juga asid dari limau nipis tu akan membuatkan pai ini tidak perlu dibakar.  In fact, di awal penciptaan key lime pie ni, diorang tak bakar pon.  Diorang menggunakan tindak balas kimia ni je untuk menghasilkan pai ni atau kita panggil souring.  


Gambar Google
Tapi sekarang, di atas faktor keselamatan kerana pai ini juga menggunakan kuning telur, jadi diorang pon bakar laaa sekejap pai tu.  Lagipon, proses pembakaran juga akan membuatkan pai limau nipis ni 'naik', lebih 'naik' dari kita biarkan pai itu bertindak balas semulajadi itu sendiri.


Gambar Google
Kalau tengok semua gambar di atas ialah gambar google kan? Haaa ni aku nak tunjuk hasil kerja tangan aku pulak.  Taraaaaaa



Walaupon tak selawa dan semenawan pai pai di atas sinun, tapi inilah hasil air tangan aku. :D  Dan resepinya adalah seperti di bawah ye.
Ingredients:  (Original recipe makes 1 - 9 inch pie)

-  5 egg yolks, beaten
-  1 (14 ounce) can sweetened condensed milk
-  1/2 cup key lime juice
-  1 (9 inch) prepared graham cracker crust 

Directions:


1.  Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C).
2.  Combine the egg yolks, sweetened condensed milk and lime juice. Mix well. Pour into unbaked graham cracker shell.  Top with meringue topping.

3.  Bake in preheated oven for 15 minutes.        



How to Make a Great Meringue


To make meringue, you'll need egg whites, baker's (superfine) sugar @ castor sugar, and cream of tartar (optional). For every egg white called for in the recipe, you'll need 1/4 cup of sugar.
Find a large copper, stainless steel or glass mixing bowl, and make sure it's spotlessly clean. Plastic bowls can harbor grease, which will prevent the egg whites from forming stiff peaks.
You'll need measuring spoons and measuring cups, and a small bowl or pitcher to place the egg whites before adding them individually to the mixing bowl. Having an interim bowl saves tossing all your egg whites if some egg yolk slips through.
You could whisk your eggs by hand, but I don't recommend it. So use an electric mixer, and again, make sure the beaters are clean.

Sekian, terima kasih.  Selamat mencuba yeeeee.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...