Sunday, March 31, 2013

Edisi Geram: Blog Desperate

Assalamualaikum.

Tadi aku scroll down facebook aku, aku memang jarang2 on fb, tapi kalau dah bukak, memang habis habisan laaa ku scroll.  Tetiba aku nampak ada orang share benda yang cambest, aku pon klik laaa link dia, sekali keluar menatang ni. 

Ni aku letak bukti laa ye ..bukti yang sempat aku printscreen ..
Huk aloh, memang menyirap laaaa darah aku, sampai ke otak.  Nasib baik aku ni keras kepala, kalau tak memancut darah keluar dari pale aku ni.  (sila baca dalam angry bird expression ea? :) )

Memang laaa ni bukan pertama kali aku jumpa blogger yang desperate untuk dapat like untuk fanpage fb dia, tapi nasib kau laa labu.  Nasib kau laaa jadi modal untuk aku buktikan yang kau antara blogger yang terdesak tahap kritikal.  

Bukan aku tak pernah klik like kat fanpage ko tu, aku pernah like tau, tu pon jadi mangsa suruh like jugak.  Berapa kali aku nak like haaaa? Ha? Ha? Ha?  Dah laa tak de butang pangkah lak tu.  Geram pulak aku ni ha.  Dah dapat banyak like pon, 141,071 like, tu pon nak pakse2 orang lagi.  Hak tuihhhh.

Punya laaa terdesak, sampai suruh orang yang nak bace tu tunggu sampai 2000 saat, cer korang bahagikan dengan 60 saat (1 minit), tak ker korang kene tunggu lebih setengah jam untuk baca entry yang 'menarik' sangat yang dia tulis tu.  Agak agak laaaa sikit kawan, kalau 10 minit, gagah jugak aku nak tunggu, kalau sampai lebih setengah jam tu, maaf laaa, aku terus pangkah je.  

Tapi kalau korang nak like, like je laaa, tak yah tunggu sampai 2000 saat tu.  Tapi maaf laaaa, aku jarang support bende yang menjengkelkan ni.  Hoh!!!

Aku tekan button printscreen tadi pon sebab refleks daripada perasaan marah aku.  Haaa gitu ler ..




Kite zoom out sikit.   Haaa padan muke kau.  

Jom terokai Negeri Perak

Assalamualaikum.

Jom terokai Negeri Perak.  Hehehe tak delah.  Tak delah terokai mana pon, kami balik kampung Fariq je, kat Batu Gajah ni :)   Kitorang sampai sini tengah malam semalam, lama jugak tak balik perak ni, dekat sebulan lebih jugak laaaa. 

Bukan main suka lagi Adriana ni dapat berjalan dalam rumah opah ni.  Selalunya bangun pagi dalam kol 11 gitu, hari ni kol 9 pagi dah bangun.  Semua bende nak dibeleknya, sampai terlupa nak tidur.  Haaaa camne tu??   Seronok explore rumah opah.  Berjalan sana sini,  ke hulu ke hilir, ke depan ke dapur, pastu ke luar, masuk balik rumah.  Eksyen ler tu, mentang2 dah dapat kaki.  Hehe 

Layan je laaaa gambar Adriana ni ye :)


Tayang snow cap aunty wani bagi ..Tenkiu aunty wani ...Muuaaahh :)










Dah penat, baru ler tidur, tu pon tak lame, sejam je tidur siang.   






Friday, March 29, 2013

Ops busy

Assalamualaikum

Harini agak busy sket.  Bukan busy ape pon, tadi hantar Adriana gi cucuk MMR.  Patutnya minggu depan, tapi aku call klinik untuk awalkan appoinment since Adriana pon dah ok, tak demam dah, sebab minggu depan aku dah start kerja.  Sampai Klinik Kesihatan kol 9.45, kol 10 dah setle seme.  Sape kate Klinik kerajaan lembab haaaa????  

Masa Adriana kena cucuk tadi, dia tak nangis pon.  Betul tak nangis.  Bila dah lepas cucuk tu, risau jugak Adriana demam, Alhamdulillah sampai ke malam ni tak demam.  Kuat anak mama ni.  Goodgirl.

Pastu gi taska Adriana, nak bincang sikit dengan cikgu besar pasal fee, masa untuk hantar n amik Adriana, dan cikgu besar explain pasal terma dan syarat taska.  Kellas gitu.

Dah sampai rumah, operasi mengeluarkan semua baju2 kerja aku pon dijalankan.  Segala kemeja, seluar, baju kurung, blazer yang muat lagi tu semua aku basuh.  Gila tak basuh??  Dekat 2 tahun aku kepam semua baju tu dalam almari, mau timbul gelgata satu badan kalau aku tak basuh kang.  

Besok nak jalankan operasi keluarkan segala tudung yang match dengan baju2 tu, kendian basuh.

Kasut pon same gak.  Kasi cucilah.  (follow trademark kumpulan SABON MLM :D.....)  

Pastu study balik employment act, IR act, buku buku nota masa aku belajar dulu.  Lama sangat tinggalkan dunia kerja ni, ada karat sikitlah otak ni.  :)   Mintak2 minggu pertama kerja, tak yah mencabar sangat lah.  Kalau ade minggu orientasi untuk staff baru ni, jangan sampai tahap mendera lak ye, makcik ni dah tuo ..huk huk huk ..:) bertimbang raso lah sikit yo ..

Ermmmm ada apa2 yang aku tertinggal lagi tak?  

Haaaa barang Adriana untuk hantar taska, ermm Isnin kang laaa baru masukkan semua barang dalam beg ea?

Wednesday, March 27, 2013

Selangkah ke depan

Assalamualaikum.

Baru beberapa hari lepas aku reveal yang aku ni fulltime housewife kan?  Tup tup semalam aku dapat telephone call offer aku kerja.  Alhamdulillah sesangat.  Waktu bekerja aku sama dengan waktu bekerja Fariq, 9 to 6.  Lokasi tempat kerja aku ialah jalan yang selalu Fariq dok ulang alik gi kerja, aku kat Jalan Duta, Fariq kat Jalan Raja Laut.  Bulan yang pertama kita tompang awak ye?  Kita merempit sama sama gi kerja kang.  Saya taknak naik krete, sebab jalan jem ngan parking susah nak dapat plus parking mahal :D

Ada idea untuk public transport tak? Bulan seterusnya ingat nak naik public transport je.  Rumah aku area Sg Buloh ye. :)

Tapi dari semalam aku asyik pikiokan Adriana ni je.  Sejak dari lahir sampai sekarang aku tak pernah berenggang dengan dia, memang berkepit 24jam.  Aku kira kira, masa aku kerja nanti kang dalam 12 jam aku tak dapat tengok Adriana.  Mau meroyan aku kat ofis tu kang.  Sekarang ni pon macam rasa bersalah je aku terima tawaran tu.  Huhuhu oh my Adriana.  sob sob sob.

Ntah ntah nanti aku je yang dok meroyan kat Adriana, Adriana nanti gembira sakan kot kat nursery tu dapat main dengan ramai kawan.  Ye ke?

      

Tuesday, March 26, 2013

Warung kita

Assalamualaikum.

Semalam lepas beli barangan untuk penuhkan grocery store aku, kami anak beranak pergi ler mencari kedai yang menarik minat kami untuk ber supper.  Pilihan aku Nasi Lemak :D.  Aku tak de laaa lapar sangat, cuma orang dah nak belanja kan? aku ikut jer :), lagipon sian Fariq, sejak balik dari ofis tadi tak sempat nak makan dah kena heret gi Econsave.  Eceli, banyak berjimat beli barang kat Econsave compare to other hypermarket tau :D.

OK  Selalunya kalau  kitorang makan kat luar, kitorang akan makan kat warung warung tepi jalan je, sejak bencinta dulu pon, kalau dating, bila dah time makan tu, kitorang akan carik warung tepi jalan.  Tapi ikut keadaan jugak laaa, kalau berdating kat shopping mall, tak de lah gagah jugak nak gi carik warung, makan je laaa kat restoran dalam shopping mall tu.  

Kenapa warung? Satu, sebab harga jauh lebih murah.  Let's say makan nasi lemak lauk ayam kat warung kita bayar dengan harga RM4, tapi bila kita makan kat restoran, ada TV, kerusi meja semua cantik, kita bayar untuk menu yang sama sekali ganda.  Kita bayar lebih untuk dapat makan dalam suasana yang selesa.  Dan juga tauke kedai pon dapat rolling modal dia untuk bayar lebih bil api and sewa kedai :D

Sebab kedua kitorang prefer makan kat warung atau gerai tepi jalan ialah kerana lauk2 dia macam dekat di hati.  Mesra keluarga gitu macam makan kat rumah.  Perasa cukup, nasi lemak cukup lemak, sambal pedas, have more variety on lauk.  Kalau pergi kat restoran (bukan 3 4 5 bintang ye), restoran biasa je.  Walaupon bukak 24jam, sentiasa ada pelanggan, atau sentiasa penuh dengan pelanggan, jarang aku dapat makan nasi lemak yang betul2 kaw ..Ade je yang tak kena kat tekak aku ni, nasi keras lah, tak perasa lah, jumpa rambut dalam nasilah, sambal cairlah, kacang lemaulah ...aaaarghh rasa membazir lak keluar duit untuk dapatkan servis atau produk yang cam gitu.  Padehal nasi lemak je pon, tu pon tak leh nak buat elok elok.

Kalau mencari cari warung tu, kena laaa memilih jugak warung camne nak pergi ..Selalunya aku akan pilih warung yang BERSIH.  Bebas dari sampah (sampah bermanfaat tapfer ...ikut JJ lak :D), bebas dari taik kucing, bebas dari bau taik kucing ..huhuhuhuu.  Ada lampu limpah cam kat stadium tu, biar terang, senang nampak cicak ke, ulat ke, lipas ke.   Kalau tak de pon lampu kalimantang pon ok, asalkan terang.  Kemudian orang yang bertanggungjawab mencedok lauk, menghantar pesanan tu tangannya kena laa bersih.  Last sekali, kalau dapat, nak cari gerai yang pekerjanya tutup rambut.  Pakai topi ker, skarf ke, tudung lebih elok, haa nak nampak gempak lagi pakai topi chef, kelaaasss ko Maria.

Tips memilih warung yang paling utama ialah, pilih warung yang ramai orang.  Kalau warung tu sikit orang je yang datang, ermmm mesti something wrong somewhere tu :)

Balik balik dari supper semalam, tetiba perut aku memulas.  Eeeiii apesal ea?  Makan banyak sangat kot.  Sedapkan?  :)  Tak sempat masuk dalam rumah, kat laman tu jugak aku muntah.  Keluar balik semua yang aku makan.

Dah habis muntah tu, Fariq datang kat aku tersenyum senyum, 'Lin mengandung ke?'.  Mengandung???.. Ermmm tak kot.  Jangan laaaa sekarang. Huhuhu

Pagi ni sebelum dia gi kerja pon dia tanya lagi 'Lin mengandungkan?' ..Errmmm Fariq memang nak tambah lagi kot?   Tapi bukan sekarang laaa babe.  Sorry.

Monday, March 25, 2013

Cucuk Vaksin MMR: Senyap senyap sudah

Assalamualaikum.

Harini patutnya Adriana ada appointment kat Klinik Kesihatan, dah umur setahunkan? kena laaa dapatkan  suntikan vaksin MMR.  Vaksin MMR ni ialah 3 jenis antivirus untuk imunisasi melawan demam campak , beguk dan rubela . 

Sebelum nurse bagi vaksin tu, masa baby umur 9 bulan, nurse akan bagi penerangan tentang bagaimana untuk mengelakkan sebarang komplikasi selepas MMR diberikan pada baby.  Caranya ialah bagi baby tu makan kuning telur masa umur 10 bulan, kalau kulit badan dan mulut baby OK, tak de merah merah atau ruam, haaa maknanya baby tu bebaslah dari alahan dan boleh ler terima suntikan MMR.  

Dan aku dah test kat Adriana dah, dia memang tak de alahan kat telur, sekaligus boleh la terima suntikan MMR tu.

Aku ingat dah boleh suntik lah tadi, rupanya tak boleh jugak sebab tiba2 je Adriana demam.  Tak pasal pasal je. 

Masa sampai kat Klinik Kesihatan tu, badan Adriana ok je, tak panas pon, masa masuk je bilik rawatan nak inject tu, tetiba panas pulak badan Adriana ni.    Nurse kata 'sama macam anak saya jugak, bila dengar kata nak cucuk, dan dan terus demam'.

Aku fikir fikir balik, ermmm takde pon aku momokkan Adriana kata nak cucuk pagi ni? Cuma, masa nak kejutkan Adriana pagi tadi je aku ada cakap 'Adriana, bangun mandi jom, kita nak gi klinik pagi ni, nak cucuk'.  Cucuk?? Aaarrghh next time, aku akan senyap senyap je.  

Lepas nurse bagi makan ubat demam tadi, nurse bagi date appointment yang baru, minggu depan.  Kali ni aku akan senyap je, takkan sebut perkataan 'CUCUK' depan Adriana lagi.  Kita tengok Adriana akan demam lagi ke tak bila masuk bilik rawatan nanti. 

Tunggu dan lihat nanti ea??.......
  

Friday, March 22, 2013

Banyak sangat bercakap

Assalamualaikum.

Terkejut aku bila aku dengar Adriana cakap 'Cipon ..cipon ..' semalam.

Memang kebetulan aku tengah cari handphone aku pon.  Merata aku carik tak jumpa.  Bila aku nampak Adriana, aku tanya laaa soalan bodoh, 'Adriana ada nampak mamanye henfon?'.  

Pastu Adriana jawab 'cipon ..cipon ..' sambil hulur henfon aku yang ada kat tangan dia.  Dia buat main henfon aku la tu.

Tapi eh? Dah pandai cakap dah?  OK mungkin dah pandai bercakap, tapi Adriana tak faham apa yang dia cakap.  Dia cuma ulang perkataan yang akhir sekali die dengar.  Kan aku tanya dia 'Adriana ada nampak mamanye henfon?' ..Pastu dia dengar perkataan akhir je iaitu 'henfon'.  Dan kemudian dia ulang perkataan tu jadi cipon cipon.  

Mungkin laaa kot.

Yang Adriana hulur henfon kat aku tu? mana Adriana tau aku carik henfon? kan? Dah reti bahase ke?

Tapi haritu, masa aku ngan Fariq tengah layan Adriana cakap ape ape ntah, banyak sangat Adriana cakap, tapi satu hape kitorang tak faham.  Bahasa baby kot :).  Fariq tanye Adriana, 'Adriana cakap ape ni, tak faham laaa ..'  ..pastu kitorang macam dengar Adriana cakap 'tak faham ke?'.....ekspresi muka Adriana masa tu slumber badak je, cam tak de perasaan.

Aku ngan Fariq sama sama gelak, eh budak ni biar betul?  Dah pandai cakap ke? :D

Semalam masa mak mertua aku call nak tanye khabar Adriana plus nak wish birthday girl jugak, Adriana gi jerit 'abanggg ..abanggg ..abangggg' kat telinga aku sambil nak dicapainya henset kat telinga aku.  Ishkk mama tengah bercakap dengan opah ni kan? sibuk je, dia ingat abah dia call kot, tu ler sibuk panggil 'abangg abangg' tu.

Ishhkk yang bukan bukan laaa Adriana ni, apa abang pulak ni?  Adriana mana ada abang?  Adrianakan anak sulong.  Mesti dia asyik dengar aku panggil abah dia 'abang', pastu dia pon sibuk nak panggil laki aku tu abang jugak.  haiyoooo aku kena tukar panggil 'abahnya' ke kat Fariq mulai sekarang? Ermmmm

Nasib baik aku ni  fulltime housewife.  Dapat la aku tengok perkembangan Adriana dari hari ke hari, lagi lagi waktu sekarang ni, hari hari ada je benda baru yang kadang2 normal dan kadang2 pelik yang Adriana buat.  Kalau aku bekerja, mesti aku takkan dapat tengok perkara tu.  Kan?? :D

Wednesday, March 20, 2013

Trivia Adriana: Happy Birthday yang pertama

Assalamualaikum.

Adriana genap umur setahun hari ni.  Lahir pukul 7.19 pagi nanti.  Jadi sempena birthday girl yang pertama ni, aku nak ulas sejak dari Adriana menendang nendang perut mama sampai laa sekarang.  Boleh kira trivia jugak lah ni kan?

1)  Perut aku sentiasa mengeras sejak usia kandungan 7 bulan, kalau buat check up, staff nurse selalu ingat aku dah contraction.  Mesti kena jumpa doktor.  

2)  12 jam aku kene ngadap contraction sebelum bersalin, dari 7 malam (19.3.12) sampai kol 7 pagi besoknya.  Sakit sangat sangat.  Dah lupa berzikir dah, aku jerit je.

3)  Sebelum aku nak sakit bersalin, aku ada mintak mak mertua aku buatkan sup ayam.  Tak sempat makan, dah kena hantar pergi hospital.  Kempunan makcik.  Nasib baik Adriana dari kecik sampai umur setahun ni air liur die tak de meleleh leleh pon.  Thank god.

4)  Masa Adriana baru keluar dari perut mama, Adriana ni putih melepak, macam orang nine, tapi lama lama jadi gelap lak kulitnya, birat.  Opah sampai sapukan Adriana whitening cream nak bagi Adriana putih balik.  Haaa dah besar ni, cerah balik muka dia.  Comel dah :)

5)  Nama Nur Adriana tu Fariq yang pilih, Sumayyah lak aku yang pilih.  Pastu kitorang gabung je nama yang abah n mama pilih, jadi laa Nur Adriana Sumayyah.

6)  Masa lahir ada strawberry bite dekat dahi, tapi makin lama makin hilang pulak.

7)  Penghisap jari tegar.

8)  Pernah hisap jari kaki gak.  Tapi kejap je lar, masa tu mama dah cuak jap, kalau ikut kata orang tua dulu, baby yang hisap jari kaki, tandanya nak dapat adik lagi.  Huhuhu

9)  Tumbuh gigi yang pertama dan kedua masa umur 7 bulan.  Gigi yang ketiga hingga keenam tumbuh masa umur 11.5 bulan.

10)  Sekarang ni dah pandai mendengar arahan dan bermain permainan interaktif.

11)  Ada famili yang panggil Adriana, ada juga yang panggil Sumayyah.  Tak kisah mana mana pon, dua dua tu nama Adriana kan?

12)  Kuat makan.

13)  Sejak lahir sampai umur 4 bulan, Adriana tidur meniarap.

14)  Rambut lebat sejak lahir.  Setiap kali nak mandikan Adriana, wajib syampoo rambut dah kena cuci bersih2.  Kalau tidak nanti rambut Adriana ada bau achem :)

15)  Bercukur masa umur 20 hari oleh Cik Izan, di Batu Gajah.

16)  Lagi banyak bergambar dengan abah dari dengan mama.  Mama segan nak bergambar sebab mama tak cun :)

17)  Suka menangis, lagi lagi kalau dengan orang yang dia tak biasa.  Kalau menangis tu, suka menangis kuat kuat, menjerit jerit macam nak keluar anak tekak.  Rasa macam satu taman leh dengar suara Adriana kalau dia menangis tetengah malam tu.

18)  Adriana lebih mirip muka abah dia.  Ermmm anak abah.

19)   Masa baby, 24 jam kena bukak aircond dalam bilik.  Tak tahan panas, macam puteri lilin gitu.  Lagipon Adriana ni cepat berpeluh.  Bila bil letrek sampai rumah, haaa pengsan mak.

20)  Masa mula mula pandai meniarap dulu, Adriana pernah tawaf satu rumah mencari mama dia.  Pas habis tawaf baru Adriana menangis sebab tak jumpa mama, padehal aku dok belakang dia dari tadi.  Sian Adriana.

21)  Berjalan beberapa langkah ketika usia 10 bulan, sekarang ni dah boleh jalan laju laju dah.

22)  Tak tidur dalam buaian.  

23)  Suka tengok orang bermain bola.  Terkekek kekek Adriana gelak nanti.  Itu mendorong Fariq untuk belikan bola untuk Adriana.  Ermm bola untuk baby girl???? Kalaulah belikan biola, tak pe laaa.  Ini BOLA??.....

Apepon Adriana, awak tetap puteri di hati kami.  Semoga awak membesar dengan sihat, jadi anak yang solehah, dan bijak bestari.  

Happy Birthday dear Adriana.  We luv u so much.   


Saturday, March 16, 2013

Softbook A B C .....

Assalamualaikum.

Hai kawan kawan.  Tengoklah Adriana dah ade Softbook.  Aku beli online, RM35.   Aku nak belikan softbook huruf2 hija'iyah (alif sampai ya), bila fikir balik, ermm biarlah Adriana familiar dengan ABC dulu, dah kenal huruf ABC nanti kita belikan softbook Alif Ba Ta pulak ea.


Tetibe ada pulak suara sumbang sumbing (suara Fariq ler tu) kata 'boleh je nak beli buku biasa, ni nak juga beli softbook.  Kerja nak bergaya je'

Ek eleh bang, Adriana ni kan semua benda nak masuk mulut.  Paper, kulit pistacio, pen, earphone, dusting powder, sikat, henset, remote, tisu, HIT Mat, spek mama, semua toys termasuk kereta polis Adriana, semua nak masuk mulut dia.  Ibu jari kaki abah pon dah masuk dalam mulut Adriana ni kan?  Haa camtu nak beli buku biasa.  Memang sehari je la dah barai dibuat Adriana ni.

 
  
Bercakap pon tak pandai lagi, dah ada buku ye.  Memandai sangat mama Adriana ni. Hehe 

Aku pernah baca dekat majalah Pa & Ma lar, lebih kurang gini laa ayat dia:

'Ajar anak anda pada awal usia (bayi). Jangan tunggu sampai dah berumur 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek.'

Aku ni pon tak de lah nak mengharapkan sesuatu yang di luar kemampuan Adriana.  Tak de lah nak mengharapkan Adriana ni umur setahun dah pandai A to Z, atau dah pandai buat kek untuk mama die, atau umur setahun dah pandai bancuh susu sendiri ....erkkkkk ..Ni sekadar pendidikan awal. nak biasakan Adriana tengok abjad-abjad semua ni.    

Tergerak hati aku nak beli softbook ni pon sebab aku tengok Adriana cam excited tengok gambar comel comel ni.  Jadi aku belikan laaa kad abjad ABC.  Kad abjad ni aku tampalkan kat dinding depan TV.  Hasilnya, Adriana lebih tertarik nak tengok kad abjad dia dari nak tengok TV.  Alhamdulillah sesangat.  Tapi kalau tetiba aku tukar cerita Upin Ipin ke, Pada Zaman Dahulu ke, tumpuan Adriana akan beralih ke TV laaa pulak.



Jadi bila dah ada softbook, bolehlah awak ngusung softbook awak tu ke merata tempat.




Camane aku ajar Adriana? Haaa mula mula, aku tunjuk guna jari aku kat huruf 'A', kemudian aku sebut, 'A'.

Pastu Adriana pulak ikut, dia tunjuk huruf A, pastu dia sebut, 'Ai'.  Ai?   Boleh diterimalah, nak dekatlah dengan A tu.

Pastu Adriana tunjuk kat fish, pastu sebuat 'ai ..ai ..ai ..'.  Tunjuk kat grape pon masih sebut 'ai ..ai ..ai ..' lagi.  Tunjuk kat semua tempat pon 'ai ..ai ..ai ..'  ...Ermm dah pandai sangatlah tu.  :)

Thursday, March 14, 2013

Dah sihat dah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Adriana dah sihat sepenuhnya harini.  Tak de lagi muntah muntah.  Najis dia pon OK dah, kaler macam najis biasalah.  Aku pon dah start bagi Adriana minum susu balik.  Tak de meragam, merengek rengek tak tentu hala lagi.  Aku pon dah tak penat berganda gandalah.  Washing machine rumah aku pon tak seaktif minggu lepas.  Alhamdulillah lagi.
    
Selera makan Adriana pon dah macam biasa.  Macam biasa ke? Mungkin nafsu makan dia dah makin besar kot, makan pon macam makin banyak je, nak cover balik makan masa dia tak sihat aritu kot.  Ermmm makan nasi 4 kali sehari, minum susu 5 kali sehari, kudap kudapan sepanjang masa.  Tapi badan gitu je, tak de pulak jadi tembambom ke.  Maintain kecik je aku tengok.  


Dah abah ngan mama kecik kan? Kalau tetiba anak besar gajah afrika, pelik jugak tu kan?  :D

Kecik pon keciklah, janji awak sihat.

Wednesday, March 13, 2013

Terung punya ulat

Assalamualikum.

Semalam aku masak kari untuk Fariq.  Selalunya kalau memasak ni aku main campak campak je, barang apa yang ada dalam peti ais semua aku lebur je dalam periuk.  Semalam kebetulan ada lagi terung yang aku beli minggu lepas.  Nampak ok lagi, kedut pon tak banyak lagi.  Jadi aku pon melebur je laaa terung tu dalam kari aku.

Masa time makan, Fariq sorang je yang makan, aku tukang ngadap je, economic :D.  Pastu tetibe Fariq cakap:

'Dulu abang tak makan terung tau, sebab abang ada terjumpa ulat dalam terung tu.  Pastu lamaaaaaaaaaaaaaaa abang tak makan terung lagi, bila abang nak makan lagi jumpa lagi ulat dalam terung'

Hahaha memang nasib tak baik betul laaa Fariq.  Hehe  Dulu masa kecik, aku pon tak makan terung jugak tau, sebab kakak aku pon pernah terjumpa ulat dalam terung jugak masa tengah makan.  Panjang ulat tu, kaler putih.  Eiiii geli betul.  Terbayang bayang pulak rasanya.  Kalau aku rasa nak makan terung pon, yang biji tu aku buang, pastu baru aku makan.  Takut tertelan ulat terung.  Erkkk.

Sekarang ni, sejak dah ada dapur sendiri, kalau nak masak terung, aku cukup hati hati, perhatikan kot ada lubang masuk ulat ke.  Takut kenangan dulu berulang kembali.

Korang ada yang tak pernah tengok ulat terung ke? nak tengok ulat terung tak? Caution k, kalau ada yang penggeli tu, sila jangan tengok.  Mak Dede jangan scroll down ea.


Olololo comelnya ulat ni.  Nasib baik keluar ulat comel ni, kalau keluar gambar ulat cam kat bawah ni .....





Aaaaaaaa aku yang menaip ni pon, rasa geli geleman nak pegang keyboard ni plak ..Yakssssss..


















Monday, March 11, 2013

What political party are you.

Assalamualaikum.

Korang ada ingat tak aku ada tulis kat satu entri ni yang 'aku nak terus menjadi buta politik'.  Beberapa hari lepas tu aku terbaca kawan aku post kat  fb dia sesuatu yang buat aku rasa sentap sikit.  Katanya:


"Aku malas lah dgr hal politik".
"Politik ni sama je, parti apa pon kotor".
"Bagilah parti mana pun memerintah, xkn rasuah dpt dibendung".
"Semak r citer politik, sama je"

Sapa yg pegang teguh pada ayat ni sebenarnya dia ni sedikit bodoh. Ni hak kau.Sbb MELAYU xamek pduli, sbb tu bangsa lain mengatasi kt.Bkn nk racist. Tp melayu hancur krn sikap melayu tu sendiri yg suka mcm di ats. Xnk amek tak amek tahu"


Bukan salah kawan aku pon kalau aku nak sentap sentap bila dia update post dia macam tu.  Dia tulis secara general, tak spesifik kan nama aku pon.  Malah, dia tak tau pon aku ada tulis kat dalam entri aku yang aku nak jadi buta politik agaknya.  Aku je yang terlebih lebih sentap :)

Sebenarnya aku bukan totally zero pasal politik ni.  Aku masih lagi ambik tau info info mengenai hal2 politik Malaysia ni.  Aku baca Utusan Malaysia, kalau ada Harakah, aku baca juga Harakah tu.  Aku takde lah nak sempitkan pemikiran aku dengan boikot tak memasal benda benda yang bermanfaat dan berilmiah ni.  

Aku baca pon sekadar baca je, dengar sekadar dengar, dan lihat pon sekadar lihat je fenomena politik Malaysia ni, ianya hanya untuk pengetahuan aku sendiri.  Kalau nak kongsi kongsi pendirian aku tentang politik ni, maaflah, UNDI AKU ADALAH RAHSIA.  Even aku dengan Fariq pon tak tau masing masing pangkah parti mana.  

'Habis tu kalau kat rumah korang selalu borak pasal ape?.  Takde borak pasal isu semasa ke?'

Ada, kitorang ada borak pasal isu semasa, kitorang ada borak pasal isu kalimah Allah, isu AES, isu air Selangor, yang tengah panas ni isu pencerobohan Lahad Datu.  Kadang kadang tu, kitorang tengok rancangan Global sama sama kat TV1.  Tapi kitorang tak pernah politikkan isu isu tu semua.  Tak pernah kata 'Haaaa ni semua konspirasi UMNO', atau 'Ni semua fitnah PR'.  Kitorang cuma bincangkan camane bende tu boleh jadi, apa pro and cons terhadap pihak terlibat, dan lain lain.  

Lagipon aku takut kalau orang tau yang aku stand kat politik mana akan menjadikan itu satu halangan untuk aku berbual dengan seseorang tu.  Satu situasi masa aku kerja dulu.  Masa tu, memang dah habis office hour, aku pon nak baliklah.  Dah tutup semua suis, kunci pintu bilik, aku pon pergi kat bilik guard.  Kononnya nak tau kot ada problem ke kat guard house yang dorang nak mengadu ke, since guard ni bawah department aku.  Bila aku bukak je pintu bilik guard, pakcik pakcik guard yang tengah rancak berborak tu terus senyap.  Aku pon pelik.  Apesal pakcik pakcik ni, selalunya dengan aku bukan main meriah lagi, tapi harini lain plak.  Rupanya dorang tengah berborak pasal BN tadi, pada fikiran diorang, aku ni sokong PR, tu laaa bila aku masuk bilik guard tu, dorang terus senyap.  Bila aku up cerita pasal BN tu balik, haaa baru ler deme nak sambung borak dengan aku.  Pastu dorang ingat aku stand kat BN lak.  

Hehe, pakcik, pakcik takkan tau saya sokong parti mana, sebab suami saya pon sampai sekarang tak tau saya pangkah parti ape masa PRU13 nanti.  :D

Sunday, March 10, 2013

Jangan bagi minum susu ...

Assalamualaikum.

'Jangan bagi susu kat baby kalau baby diarrhea dan muntah muntah.'

Hampir hampir Adriana kena tahan kat wad semalam sebab diarrhea, pastu baru kakak aku ngan makcik aku bagitau yang kalau baby diarrhea jangan bagi minum susu.  Bagi laaa makan atau minum apa pon, asalkan jangan bagi minum susu.  Susu berlaktosa atau dengan kata lain susu lembulah.  

Adriana ni minum susu S26, setahu aku S26 ni soy based.  Ikut kepala degil aku ni, memang nak terus bagi je susu kat Adriana.  Yelah, kalau tak bagi minum susu, mana Adriana nak dapat tenaga kan?  Terus lembik laaa anak aku ni kang.  Semalam aku belek belek kotak susu Adriana tu, tengok ingredient dia, ermmm awal lagi dah tulis ada Laktosa (Susu Lembu).  Astaghfirullahal azim, patut laaa tak baik baik Adriana ni.  Rupanya mama dia yang ketegaq sangat nak teruskan bagi Adriana minum susu lembuuuuuu.  Patutlah bagi makan ubat pon tak baik baik.  Maafkan kite ye Adriana.

Jadi sejak semalam, aku bagi Adriana minum Ribena je.  Susu aku stopkan dulu, dah betul betul baik nanti baru bagi minum susu lembu tu balik.  Mak Dede kata kalau nak bagi susu jugak, kurangkan jumlah sukatan susu dari biasa, bancuh susu tu cair cair laaa maksudnya.  Pastu aku bagi Adriana makan ubat demam, ubat muntah dengan antibiotik.  ORS lak mula mula bancuh 1 sachet dengan 250ml air, kemudian bahagi 3 untuk Adriana minum pagi, petang ngan malam (ni kak jiji yang ajar).

Condition Adriana sekarang ni makin sihat, demam pon dah kurang, dah tak muntah muntah dah.  Jadi tak payahlah nak check up kat hospital lagi.  Semoga Adriana cepat baik ye, si bacin mama ni.

Kalau nak tau pantang larang semasa anak kecil cirit birit, muntah muntah dan sakit perut, korang boleh pergi dekat lin SINI.  :D

Ikut pantang larang tu, jangan jadi ketegaq cam aku ni k.

Friday, March 8, 2013

Masuk angin ke?

Assalamualaikum.

Semalam masa aku tengah dukung Adriana, tiba-tiba je dia muntah.  Muntah keluar roti dengan susu.  Habis lencun aku ni dengan muntah Adriana yang harum semerbak tu.  Aku apa lagi, terus je menjerit, 'Abang, tolong amikkan lin towel Adriana dalam bilik.  Adriana muntah ni.'

Wah dalam 2 saat je terus datang dengan towel.  Huh, kalau pasal anak cepat je datang, kalau pasal mamanye, terkedek kedek datang macam mak nenek.  Haaa semalam juga, buat pertama kalinya Fariq mandikan Adriana.  Memang satu perkembangan yang baik tu, bila anak sakit ni laaa baru nampak ciri ciri abah mithali.  


Bila dah bersih semua, aku pon take part pulak untuk suapkan Adriana makan nasi.  Ermmm berselera betul.  Adriana kan, bila pulak dia pernah tak berselera :).  Bila dah habis separuh pinggan, Bueeeekkkk, Adriana muntah lagi.  Ishkkk apesal ni, tak pernah pernah macam ni.  Nak kata perut masuk angin, Adriana tak pernah skip makan, dalam mulut dia sentiasa ada makanan tau.  Nak kata food poisoning, bahan buangan Adriana ok je.

Dalam kepala aku lak fikir, mesti perut Adriana masuk angin sebab tidur tak pakai selimut, tak pakai baju kadang kadang tu.  Kalau masa baby dulu, memang laaa aku akan pastikan tak de bahagian kulit yang terdedah pon waktu tidur malam.  Ni Adriana lagi beberapa hari nak umur setahun, jadi kalau aku tak particular sangat pakaian waktu tidur Adriana pon tak pe kot. :)

Bila Adriana dah dua kali muntah tu, aku dah start cuak dah.  Aku sapukan minyak Yu Yee kat perut, tapak kaki, kat betis, kat pelipat kaki, kat urat keting.  Aku urut sikit sikit kat kaki Adriana.  Sat sat lagi, Adriana muntah lagi, kali ni keluar air je.  Adusss kena bersihkan lagi muntah Adriana, aku kena tukar baju aku lagi, tukar baju Adriana lagi.  Sabar je laaa.

Dah bersih semua, aku urut balik kaki Adriana, sapu lagi minyak Yu Yee tu.  Tak lama pastu, Adriana merengek, ermm mesti lapar ni.  Ye laaaa asyik muntah je, jadi kosong ler perut tu.  Aku ni dah berbelah bagi dah.  Kalau aku tak buat susu, kesian Adriana lapar.  Kalau aku bagi Adriana minum susu, mesti muntah balik.  Aku biar je Adriana merengek.  Tapi makin lama, makin kuat lak bunyi merengek tu.  Ermm aku buat susu pekat pekat lah.  Pastu aku bagi Adriana minum.  Pas kenyang, Adriana pon tidur.  Fuhhh nasib baik tak muntah.

Dalam pukul 2 pagi, Adriana terjaga, tiba tiba je menangis.  Aku ingat dia mimpi tak best ke, aku pon angkat ler Adriana, peluk kuat kuat.  Sekali, BLUUEEEKKKKK lagi.  Allah.  Adriana muntah lagi.  Ya Allah, sabar je lah.  Aku bersihkan lagi muntah Adriana.  Mandikan Adriana lagi pagi pagi shapi'i tu.  Tukar baju aku jugak.  Pastu aku cuba tidurkan Adriana lagi, tapi bibir Adriana macam keringlah, dah merekah pon.  Aku amik air zam zam, aku sapu sikit kat bibir Adriana.  Adriana bukan main menjilat lagi bibir dia tu, ermm mesti lapar tu, aku pon bagi ler suku cawan air zam zam tu untuk Adriana minum.  Pastu Adriana pon tidur balik.

Pukul 3 pagi, Adriana terjaga lagi, haaa ni mesti nak muntah lagi laa ni.  Aku dah stand by kain batik dah.  Betul, memang dia muntah lagi.  Kali ni keluar air zam zam yang dia minum tadi.  Nasib baik keluar air je.  Aku lap mulut Adriana, aku lap tempat muntah tu, pastu aku tidurkan Adriana balik.  

Kalau kira, ntah berapa pasang baju aku dengan Adriana bertukar semalam.  Belum masuk kain kain batik aku yang aku buat lap muntah Adriana lagi.  Nasib baik aku basuh sendiri baju baju tu, kalau hantar dobi, buat kayakan tauke dobi je.  :)

Pagi tadi, awal awal lagi aku dah siapkan bubur kosong untuk Adriana.  Akuk bagi 2 camca je.  Tak mo bagi banyak banyak.  Sebab aku takut Adriana muntah lagi.  Pastu bawak Adriana pergi Klinik Ikhwan.  Doktor masukkan ubat angin kat bontot Adriana.  Doc kata, kalau bagi ubat makan nanti, takut Adriana muntahkan balik, tu ler doc bagi ubat bontot.  Selain tu Doc ada bekalkan ubat muntah, ubat demam dengan ORS.

Sekarang ni Adriana tengah tidur, baru lepas kentut besar tu, punya la busuk ya allah.  Najis besar die cair kaler coklat cair (sori laaa kalau terbayang bayang ea?)  Nak baik ke tu?  Cepat cepat laaa baik ye Adriana.  Mama kesian Adriana asyik muntah muntah je.  Lagipon mama pon penat jugak nak membersihkan muntah muntah Adriana tu.  huhu

Oh ye, sebelum dia tidur tadi, dia dah muntah dua kali kat tilam. Tilam dia ada kat luar dah, berjemur, aku basuh tadi.  Tak tau laaa sempat kering ke idak untuk buat tidur malam ni.       

Aku ada baca petua untuk anak yang muntah muntah ni.  Tapi tak tau laaa selamat diguna pakai ke idak? Korang rasa?  

Dapatkan bahan-bahannya seperti dibawah;
  1. 2 camca kecil (teh) serbuk teh cina
  2. Satu camca teh gula
  3. Secubit garam
  4. 3 camca air panas
Caranya ;
Campurkan dan kacau sehingga berwarna pekat. Setelah sederhana sejuk, berilah anak anda minum sehingga habis. Jika muntah biasa, sekali minum sudah ada tanda-tanda akan sembuh.

Thursday, March 7, 2013

Pesan untuk setiap ayah dan ibu

Assalamualaikum.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapalah yang mencorakkan anak itu sama ada menjadi seorang Yahudi , Nasrani atau Majusi.”


Kita tahu bahawa setiap anak yang dilahirkan itu adalah ibarat kain putih,  itulah yang dinamakan fitrah. Kain tu sangat  bersih dan menerima apa sahaja corak yang bakal dicoret diatasnya dan kemudian membentuk perlakuan mengikut corak yang telah dilukis tadi.

Contoh la kalau kita tersalah corak, bila dah padam pon mesti tinggalkan kesan punya walaupon dah cover dengan pewarna.  Oleh itu wahai ayah dan ibu, coraklah anak anda dengan berhati hati ye.  Kalau anak anda buat silap, tengok balik diri anda tu.  Baik buruk anak anda bukan sebab keturunan ye, tapi sebab cara didikan anda tu.  Mungkin ler kot, sebab aku pon bukan kaunselor yang belajar bende bende camni :D


Anakmu suka berdusta ; anda terlalu ketat mengongkong perbuatannya.


Anakmu tidak punya rasa percaya diri ; anda tidak memberikan dorongan kepadanya.

Anakmu lemah dalam bicara ; anda jarang mengajaknya berdialog.

Anakmu mencuri ; anda tidak membiasakannya untuk memberi dan berkorban.

Anakmu pengecut ; anda terlalu memberikan pembelaan kepadanya.

Anakmu tidak menghormati orang lain ; anda tidak bicara dengan kelembutan kepadanya. 

Anakmu selalu marah-marah ; anda tidak memberikan pujian kepadanya.

Anakmu kedekut ; anda tidak menyertakannya dalam berbuat.

Anakmu suka jahat kepada orang lain ; anda kasar kepadanya.

Anakmu lemah ; anda menggunakan ancaman dalam mendidiknya.

Anakmu cemburu ; anda mengabaikannya.

Anakmu mengganggumu ; anda tidak mencium atau mendekapnya.

Anakmu tidak mau patuh kepadamu ; anda terlalu banyak permintaan.

Anakmu bermasam muka ; anda sibuk terus.

Anakmu adalah amanah yang harus dirawat dan dididik dengan baik.

(DR. Thariq al Habib)


Banyaknya pesanan, boleh jadi engkar ni.  Kita buat yang termampu je lah ea.  Yang kita tak mampu buat tu kita serah kat abah je lah, ea???? ...

Meh sini Adriana, kita nak sayang sikit.  Mmmuah.

Wednesday, March 6, 2013

Mom Dad, welcome home ....

Assalamualaikum.

Semalam mak ngan abah selamat sampai, selamat menjejakkan kaki ke bumi Malaysia ni.  Ecewah, macam pergi berperang pulak.  Mak ngan abah aku baru balik dari honeymoon kat Asia Barat.  Diorang pergi jalan jalan buat umrah, pergi Jordan dan melawat bumi anbia' Palestin.


Gambar kat atas ni ialah gambar mak ngan abah aku masa kat depan Masjidil Aqsa, Palestin.  Katanya, sekitar Masjidil Aqsa ni penuh dengan tentera Yahudi.  Korang pon tau apa yang tentera Yahudi buat kat Masjidil Aqsa tu kan?  Tak yah cerita kat sini pon tak pe kan? :)


Yang kat atas ni pulak gambar mak abah, pakcik dan makcik makcik aku, dan juga sepupu sepupu lelaki aku.  Upsss mak abah aku bukan pergi honeymoon berdua je, tapi ada bawak geng.  :)

 

Akhir sekali sampai jugak diorang ke tanah haram Makkah.  Lalu jalan darat dari Jordan  katanya.  Rasanya dah boleh bayangkan dah betapa mencabarnya perjalanan diorang tu.  Dengar je pon dah mencabar mental fizikal ni :)

Jeles pon ada gak, aku tak pernah ke mana mana pon, paling jauh aku pergi pon setakat Medan je, Tu pon masa aku kecik kecik dolu.  Tak ingat apa dah.  Nasib baik ada gambar aku kat Medan, kalau tak aku langsung tak tau aku pernah pergi Medan.  :D .......Kecik je tulisan aku ni ....

Haaa bila dah balik dari Mekah tu, memang tak sah laaa tak bawak balik air zam zam kan.  Jadi aku ambik laaa 3 botol kecik air zam zam dari rumah mak aku.  Untuk aku sefamili minum.  Air dari syurgakan? Katanya kalau kita minum dengan niat, insyaallah, dengan izin allah, allah tunaikan apa yang kita hajat.  Aku minum sikit dengan beberapa niat.  Adriana pon aku bagi minum sikit letak dalam susu dia, pon dengan beberapa niat jugak.  :D

Lagi buah tangan dari Mekah, mak aku belikan kitorang adik beradik jubah.  Jubah kaler hitam.  Ermmm mak kata, 'hujung minggu ni mak nak buat makan makan sikit.  Semua yang dapat jubah ni kene pakai jubah.  '

Hahaha ehem ehem, tapi kan, Fariq pon ade dapat jubah jugak tau.  Hahahaha wahai Mohamad Fariq, anda kena pakai jubah weekend ni k.  Lupakan sejenak syle awak tu.  Sebab pakai jubah pon stylo whutttt.  Machus. :D  Lawa, kaler jubah dia, kaler hitam matelik, ermmm eh kelabu kot, kelabu matelik ..ishk tak tau laaa kaler apa.  Nanti aku upload gambar ea.



Selain tu, mak aku ada beli kekacang sikit.  Sedap walaweiii kacang dari Jordan.  Ada perisa pedas pahit pahit sikit.  Mungkin ada letak bawang putih dan beberapa herba tempatan kot.  Rasa dia memang lain dari yang kita beli dekat Mekah.  Memang sedap.  Mak aku beli assorted kekacang, dalam plastik tu macam macam jenis kacang ler ada.  Mak aku pilih kacang pistacio, almond dan gajus.  Ermm best.  Malam sikit aku upload gambar kekacang tu ye :).   Ada jugak buah tin dan tamar.  Tak sempat nak ambik bawak balik rumah.  Minggu depan laaa dekju amik k.


Haaaa lagi satu, ada benda yang aku pesan suruh mak aku beli masa mula mula mak aku bagitau yang dia nak pergi bercuti tu.  Benda tu ialah Olive Oil.  Sebab yang aku tahu, olive oil kat palestine yang paling baik sekali.  Aku ingat mak aku akan beli olive oil yang biasa tu je, sekali masa mak aku bagi tu, eh ni virgin olive oil tu.  Best best.  Masa aku rasa sikit semalam, memang sangat fruity dan ada rasa pedas sikit.  Makasey mak.  Order guna air liur je pon, dapat gak.  hihihi.

Hari Terakhir ...cepatan ...


NASIHAT DARI PDRM

NASIHAT DARI PDRM - PLEASE SHARE!

tolong pesan dgn orang ramai..Tolong jgn update dekat facebook kalau ternampak ATM tgh buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana..percuma Penceroboh dapat info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa2 simpan dalam hati..mereka sedang memerhati!!



Kepada Rakyat Sabah.. Tolong jangan sebarkan maklumat di fb atau dimana2 sekalipun apa yg anda nampak Polis dan ATM lakukan di Sabah... Apa yg anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara... Tolong jangan merasa bangga dgn maklumat yg anda sebarkan... Anda hanya akan
mengeruhkan lg keadaan... Secara tak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada pengkhianat negara... Sekarang anda juga memegang amanah negara dgn tidak menyebarkan
maklumat... Pegang amanah itu erat2...

TOLONG SEBARKAN!!!

aku amik kat SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...