Friday, March 8, 2013

Masuk angin ke?

Assalamualaikum.

Semalam masa aku tengah dukung Adriana, tiba-tiba je dia muntah.  Muntah keluar roti dengan susu.  Habis lencun aku ni dengan muntah Adriana yang harum semerbak tu.  Aku apa lagi, terus je menjerit, 'Abang, tolong amikkan lin towel Adriana dalam bilik.  Adriana muntah ni.'

Wah dalam 2 saat je terus datang dengan towel.  Huh, kalau pasal anak cepat je datang, kalau pasal mamanye, terkedek kedek datang macam mak nenek.  Haaa semalam juga, buat pertama kalinya Fariq mandikan Adriana.  Memang satu perkembangan yang baik tu, bila anak sakit ni laaa baru nampak ciri ciri abah mithali.  


Bila dah bersih semua, aku pon take part pulak untuk suapkan Adriana makan nasi.  Ermmm berselera betul.  Adriana kan, bila pulak dia pernah tak berselera :).  Bila dah habis separuh pinggan, Bueeeekkkk, Adriana muntah lagi.  Ishkkk apesal ni, tak pernah pernah macam ni.  Nak kata perut masuk angin, Adriana tak pernah skip makan, dalam mulut dia sentiasa ada makanan tau.  Nak kata food poisoning, bahan buangan Adriana ok je.

Dalam kepala aku lak fikir, mesti perut Adriana masuk angin sebab tidur tak pakai selimut, tak pakai baju kadang kadang tu.  Kalau masa baby dulu, memang laaa aku akan pastikan tak de bahagian kulit yang terdedah pon waktu tidur malam.  Ni Adriana lagi beberapa hari nak umur setahun, jadi kalau aku tak particular sangat pakaian waktu tidur Adriana pon tak pe kot. :)

Bila Adriana dah dua kali muntah tu, aku dah start cuak dah.  Aku sapukan minyak Yu Yee kat perut, tapak kaki, kat betis, kat pelipat kaki, kat urat keting.  Aku urut sikit sikit kat kaki Adriana.  Sat sat lagi, Adriana muntah lagi, kali ni keluar air je.  Adusss kena bersihkan lagi muntah Adriana, aku kena tukar baju aku lagi, tukar baju Adriana lagi.  Sabar je laaa.

Dah bersih semua, aku urut balik kaki Adriana, sapu lagi minyak Yu Yee tu.  Tak lama pastu, Adriana merengek, ermm mesti lapar ni.  Ye laaaa asyik muntah je, jadi kosong ler perut tu.  Aku ni dah berbelah bagi dah.  Kalau aku tak buat susu, kesian Adriana lapar.  Kalau aku bagi Adriana minum susu, mesti muntah balik.  Aku biar je Adriana merengek.  Tapi makin lama, makin kuat lak bunyi merengek tu.  Ermm aku buat susu pekat pekat lah.  Pastu aku bagi Adriana minum.  Pas kenyang, Adriana pon tidur.  Fuhhh nasib baik tak muntah.

Dalam pukul 2 pagi, Adriana terjaga, tiba tiba je menangis.  Aku ingat dia mimpi tak best ke, aku pon angkat ler Adriana, peluk kuat kuat.  Sekali, BLUUEEEKKKKK lagi.  Allah.  Adriana muntah lagi.  Ya Allah, sabar je lah.  Aku bersihkan lagi muntah Adriana.  Mandikan Adriana lagi pagi pagi shapi'i tu.  Tukar baju aku jugak.  Pastu aku cuba tidurkan Adriana lagi, tapi bibir Adriana macam keringlah, dah merekah pon.  Aku amik air zam zam, aku sapu sikit kat bibir Adriana.  Adriana bukan main menjilat lagi bibir dia tu, ermm mesti lapar tu, aku pon bagi ler suku cawan air zam zam tu untuk Adriana minum.  Pastu Adriana pon tidur balik.

Pukul 3 pagi, Adriana terjaga lagi, haaa ni mesti nak muntah lagi laa ni.  Aku dah stand by kain batik dah.  Betul, memang dia muntah lagi.  Kali ni keluar air zam zam yang dia minum tadi.  Nasib baik keluar air je.  Aku lap mulut Adriana, aku lap tempat muntah tu, pastu aku tidurkan Adriana balik.  

Kalau kira, ntah berapa pasang baju aku dengan Adriana bertukar semalam.  Belum masuk kain kain batik aku yang aku buat lap muntah Adriana lagi.  Nasib baik aku basuh sendiri baju baju tu, kalau hantar dobi, buat kayakan tauke dobi je.  :)

Pagi tadi, awal awal lagi aku dah siapkan bubur kosong untuk Adriana.  Akuk bagi 2 camca je.  Tak mo bagi banyak banyak.  Sebab aku takut Adriana muntah lagi.  Pastu bawak Adriana pergi Klinik Ikhwan.  Doktor masukkan ubat angin kat bontot Adriana.  Doc kata, kalau bagi ubat makan nanti, takut Adriana muntahkan balik, tu ler doc bagi ubat bontot.  Selain tu Doc ada bekalkan ubat muntah, ubat demam dengan ORS.

Sekarang ni Adriana tengah tidur, baru lepas kentut besar tu, punya la busuk ya allah.  Najis besar die cair kaler coklat cair (sori laaa kalau terbayang bayang ea?)  Nak baik ke tu?  Cepat cepat laaa baik ye Adriana.  Mama kesian Adriana asyik muntah muntah je.  Lagipon mama pon penat jugak nak membersihkan muntah muntah Adriana tu.  huhu

Oh ye, sebelum dia tidur tadi, dia dah muntah dua kali kat tilam. Tilam dia ada kat luar dah, berjemur, aku basuh tadi.  Tak tau laaa sempat kering ke idak untuk buat tidur malam ni.       

Aku ada baca petua untuk anak yang muntah muntah ni.  Tapi tak tau laaa selamat diguna pakai ke idak? Korang rasa?  

Dapatkan bahan-bahannya seperti dibawah;
  1. 2 camca kecil (teh) serbuk teh cina
  2. Satu camca teh gula
  3. Secubit garam
  4. 3 camca air panas
Caranya ;
Campurkan dan kacau sehingga berwarna pekat. Setelah sederhana sejuk, berilah anak anda minum sehingga habis. Jika muntah biasa, sekali minum sudah ada tanda-tanda akan sembuh.

6 comments:

  1. Ala siannyer, mesti dia pun penat asyik muntah jer. Get well soon Adriana dear.
    JJ pun pernah muntah sekali tu, 3 hari berturut2 jugak la, kelam kabut kami sebab tak pernah dia muntah sebelum ni, tapi dah boleh expect pun sebab dia lepas inject cocktail yg paling strong, doctor pun dah warning awal2. memang penat kan, kain berlambak2 bau muntah siap habis baju nak pakai hahhaa.
    Keep calm dear, and really hope ur baby get well soonest.

    ReplyDelete
  2. Ala...ksiannya...semoga cpt sembuh ya...

    ReplyDelete
  3. Kesiannya adriana. Kita yg dewasa klo muntah pon sakit inikan budak. Memang letih klo anak asyik muntah. Mak pon jadi letih sbb nak membasuh. Smoga adriana cepat sembuh.

    Petua tu bley ker bagi kat budak kecik ni.

    ReplyDelete
  4. siannye adriana muntah2... sian jgak kat ibu dia.. Hehe.. smoga cepat sembuh adriana :D

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah petua tu.
    Bila ank2 sakit, mak msti risau kepalang kannnnnnnn

    ReplyDelete
  6. pehhh..tersiksa rasanya baca citer ni..kesian pulak kat budak tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...