Thursday, March 7, 2013

Pesan untuk setiap ayah dan ibu

Assalamualaikum.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapalah yang mencorakkan anak itu sama ada menjadi seorang Yahudi , Nasrani atau Majusi.”


Kita tahu bahawa setiap anak yang dilahirkan itu adalah ibarat kain putih,  itulah yang dinamakan fitrah. Kain tu sangat  bersih dan menerima apa sahaja corak yang bakal dicoret diatasnya dan kemudian membentuk perlakuan mengikut corak yang telah dilukis tadi.

Contoh la kalau kita tersalah corak, bila dah padam pon mesti tinggalkan kesan punya walaupon dah cover dengan pewarna.  Oleh itu wahai ayah dan ibu, coraklah anak anda dengan berhati hati ye.  Kalau anak anda buat silap, tengok balik diri anda tu.  Baik buruk anak anda bukan sebab keturunan ye, tapi sebab cara didikan anda tu.  Mungkin ler kot, sebab aku pon bukan kaunselor yang belajar bende bende camni :D


Anakmu suka berdusta ; anda terlalu ketat mengongkong perbuatannya.


Anakmu tidak punya rasa percaya diri ; anda tidak memberikan dorongan kepadanya.

Anakmu lemah dalam bicara ; anda jarang mengajaknya berdialog.

Anakmu mencuri ; anda tidak membiasakannya untuk memberi dan berkorban.

Anakmu pengecut ; anda terlalu memberikan pembelaan kepadanya.

Anakmu tidak menghormati orang lain ; anda tidak bicara dengan kelembutan kepadanya. 

Anakmu selalu marah-marah ; anda tidak memberikan pujian kepadanya.

Anakmu kedekut ; anda tidak menyertakannya dalam berbuat.

Anakmu suka jahat kepada orang lain ; anda kasar kepadanya.

Anakmu lemah ; anda menggunakan ancaman dalam mendidiknya.

Anakmu cemburu ; anda mengabaikannya.

Anakmu mengganggumu ; anda tidak mencium atau mendekapnya.

Anakmu tidak mau patuh kepadamu ; anda terlalu banyak permintaan.

Anakmu bermasam muka ; anda sibuk terus.

Anakmu adalah amanah yang harus dirawat dan dididik dengan baik.

(DR. Thariq al Habib)


Banyaknya pesanan, boleh jadi engkar ni.  Kita buat yang termampu je lah ea.  Yang kita tak mampu buat tu kita serah kat abah je lah, ea???? ...

Meh sini Adriana, kita nak sayang sikit.  Mmmuah.

10 comments:

  1. tq....pesanan yang baik dan bermanfaat untuk semua para ibu bapa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome ..dalam dunie ni kan seme ade cause and effect ..bile kite buat sesuatu perkare tu, kalau bukan jangkamasa pendek, mesti dalam jangkamasa panjang ade effect die ..mungkin baik atau mungkin tak baik kan? sekadar guideline kepada ibubapa utk mendidik anak anak je .. :)

      Delete
  2. Comel Adriana...
    Kita hanya mampu berusaha utk jadi Ibu & Bapa terbaik buat anak2 kita di samping berdoa semoga anak2 kita menjadi insan soleh & kamil...amin! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ..tq atie ..bile dah ade anak ni, sesedap rase kite je nak didik camane, mane yg rase tak berkenan tu, kite terus kate jangan ..padehal tak tau jangkamase panjang tu nanti anak tu jadi pengecut ke, jadi pemalu ke, jadi pemarah ke ..kan?

      Delete
    2. betul tu... sy ni baru anak sorang.. cuma masih terasa banyak kekurangan dlm diri utk menjadi Ibu bapa terbaik.. erm! sentiasa belajar dr masa ke semasa...:)

      Delete
  3. tq.... blh jdkan panduan dan peringatan... sebagai ibu bapa cuba berusaha menjadi yg terbaik kepada ank2 dan berdoa semoga mereka menjadi anak2 yg soleh & solehah..

    ReplyDelete
  4. walaupun yaya blum lagi kwen,tp InsyaAllah akn ingt..=)
    selalu dgr ceramah@motivasi yg anak ni adlh pntulan diri kita,kalau baik ank tu,mknenye baikla kita tp kalau sebaliknya..ehm..phm2la..bmakna diri kita sdri msh bnyk perlu dperbaiki.. =)

    thanks cik ju ^_^

    ReplyDelete
  5. Semoga jadi ibu bapa yang terbaik tuk anak.. ^^

    ReplyDelete
  6. sama2 lah kita berusaha utk menjadi ibu bapa yg terbaik buat anak2 kita..

    adriana sangat comel tu..

    ReplyDelete
  7. kadang2 kita terlepas pandang benda2 macam ni tak nampak efek dia kemudian hari. sama2 la kita serahkan kat abah dia opss.
    Adriana comel, lagi la payah nak strict2 ni kan huhuhu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...