Monday, March 25, 2013

Cucuk Vaksin MMR: Senyap senyap sudah

Assalamualaikum.

Harini patutnya Adriana ada appointment kat Klinik Kesihatan, dah umur setahunkan? kena laaa dapatkan  suntikan vaksin MMR.  Vaksin MMR ni ialah 3 jenis antivirus untuk imunisasi melawan demam campak , beguk dan rubela . 

Sebelum nurse bagi vaksin tu, masa baby umur 9 bulan, nurse akan bagi penerangan tentang bagaimana untuk mengelakkan sebarang komplikasi selepas MMR diberikan pada baby.  Caranya ialah bagi baby tu makan kuning telur masa umur 10 bulan, kalau kulit badan dan mulut baby OK, tak de merah merah atau ruam, haaa maknanya baby tu bebaslah dari alahan dan boleh ler terima suntikan MMR.  

Dan aku dah test kat Adriana dah, dia memang tak de alahan kat telur, sekaligus boleh la terima suntikan MMR tu.

Aku ingat dah boleh suntik lah tadi, rupanya tak boleh jugak sebab tiba2 je Adriana demam.  Tak pasal pasal je. 

Masa sampai kat Klinik Kesihatan tu, badan Adriana ok je, tak panas pon, masa masuk je bilik rawatan nak inject tu, tetiba panas pulak badan Adriana ni.    Nurse kata 'sama macam anak saya jugak, bila dengar kata nak cucuk, dan dan terus demam'.

Aku fikir fikir balik, ermmm takde pon aku momokkan Adriana kata nak cucuk pagi ni? Cuma, masa nak kejutkan Adriana pagi tadi je aku ada cakap 'Adriana, bangun mandi jom, kita nak gi klinik pagi ni, nak cucuk'.  Cucuk?? Aaarrghh next time, aku akan senyap senyap je.  

Lepas nurse bagi makan ubat demam tadi, nurse bagi date appointment yang baru, minggu depan.  Kali ni aku akan senyap je, takkan sebut perkataan 'CUCUK' depan Adriana lagi.  Kita tengok Adriana akan demam lagi ke tak bila masuk bilik rawatan nanti. 

Tunggu dan lihat nanti ea??.......
  

13 comments:

  1. dia pun tau makna cucuk tu... :)
    ksian adriana, moga cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah ler ...die seriau dengar baby ramai yang menangis kot ..tu ler terus demam tu ..mintak2 minggu depan adriana lebih kuat k ...

      Delete
  2. Heheh.. takut kot kena cucuk.. -__- yg besar ni pn ad yg takut kena cucuk, ini kan pla yg kecik.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau inject tak takut sangat, tapi kalau doc cucuk kat hujung jari ni nak amik darah, aduuuuuh seriau betul, terpejam pejam mate cik akak ni ..huhuhu

      Delete
  3. Hahaha tergelak I baca, bijak budak2 skang ni, mak depa mmg kena diam2 sudey.
    Vaksin untuk campak ni I rasa paling kuat dalam banyak2 vaksin, even JJ yg tak pernah sakit demam sebelum tu, boleh muntah2 demam lepas inject. Tapi doctor dah warning awal2, ok la tabah kan diri.
    Tapi u guys dah awal2 lagi prepare cek for alahan semua tu, much better. I think Adriana will be fine, she is tough girl. Cepat sembuh dan cepat cucuk yer hehehe (hope Adriana tak baca ni :p)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah die, cerdik die lain macam pulak budak2 zaman sekarang ...dah tak relevan guna istilah sharing is caring dah :D berahsia lebih baik hahahaha

      vaksin ni lebih kuat ye ..kena well prepare ler ni, ermm yeaaahh Adriana will be fine ..Anak mama kuatkan :D

      Delete
  4. agaknya diatkut & bdebar.. tu smpai demam tu...
    mudahan minggu dpn dia ok ya

    ReplyDelete
  5. ooo dia faham dah tuh makna nak kena cucuk tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau laaa dia faham ke tak ..hehehe utk tau die faham ke tak kite cube tak sebut pasal cucuk ni minggu depan ..hehehe

      Delete
  6. jgn bgtau.. wat dek je.. tp mmg kesian kan kalau anak ni kena cucuk..

    ReplyDelete
  7. lenkali sebut 'suntik'..adriana xtau suntik tu apa..hahaha

    ReplyDelete
  8. budak2 gitu le mmg kalau dgr je nk g klinik cucuk mula le.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...