Saturday, March 16, 2013

Softbook A B C .....

Assalamualaikum.

Hai kawan kawan.  Tengoklah Adriana dah ade Softbook.  Aku beli online, RM35.   Aku nak belikan softbook huruf2 hija'iyah (alif sampai ya), bila fikir balik, ermm biarlah Adriana familiar dengan ABC dulu, dah kenal huruf ABC nanti kita belikan softbook Alif Ba Ta pulak ea.


Tetibe ada pulak suara sumbang sumbing (suara Fariq ler tu) kata 'boleh je nak beli buku biasa, ni nak juga beli softbook.  Kerja nak bergaya je'

Ek eleh bang, Adriana ni kan semua benda nak masuk mulut.  Paper, kulit pistacio, pen, earphone, dusting powder, sikat, henset, remote, tisu, HIT Mat, spek mama, semua toys termasuk kereta polis Adriana, semua nak masuk mulut dia.  Ibu jari kaki abah pon dah masuk dalam mulut Adriana ni kan?  Haa camtu nak beli buku biasa.  Memang sehari je la dah barai dibuat Adriana ni.

 
  
Bercakap pon tak pandai lagi, dah ada buku ye.  Memandai sangat mama Adriana ni. Hehe 

Aku pernah baca dekat majalah Pa & Ma lar, lebih kurang gini laa ayat dia:

'Ajar anak anda pada awal usia (bayi). Jangan tunggu sampai dah berumur 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek.'

Aku ni pon tak de lah nak mengharapkan sesuatu yang di luar kemampuan Adriana.  Tak de lah nak mengharapkan Adriana ni umur setahun dah pandai A to Z, atau dah pandai buat kek untuk mama die, atau umur setahun dah pandai bancuh susu sendiri ....erkkkkk ..Ni sekadar pendidikan awal. nak biasakan Adriana tengok abjad-abjad semua ni.    

Tergerak hati aku nak beli softbook ni pon sebab aku tengok Adriana cam excited tengok gambar comel comel ni.  Jadi aku belikan laaa kad abjad ABC.  Kad abjad ni aku tampalkan kat dinding depan TV.  Hasilnya, Adriana lebih tertarik nak tengok kad abjad dia dari nak tengok TV.  Alhamdulillah sesangat.  Tapi kalau tetiba aku tukar cerita Upin Ipin ke, Pada Zaman Dahulu ke, tumpuan Adriana akan beralih ke TV laaa pulak.



Jadi bila dah ada softbook, bolehlah awak ngusung softbook awak tu ke merata tempat.




Camane aku ajar Adriana? Haaa mula mula, aku tunjuk guna jari aku kat huruf 'A', kemudian aku sebut, 'A'.

Pastu Adriana pulak ikut, dia tunjuk huruf A, pastu dia sebut, 'Ai'.  Ai?   Boleh diterimalah, nak dekatlah dengan A tu.

Pastu Adriana tunjuk kat fish, pastu sebuat 'ai ..ai ..ai ..'.  Tunjuk kat grape pon masih sebut 'ai ..ai ..ai ..' lagi.  Tunjuk kat semua tempat pon 'ai ..ai ..ai ..'  ...Ermm dah pandai sangatlah tu.  :)

24 comments:

  1. Takpe, soft book ni tahan lama, tak koyak. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa sempat laaa bertahan sampai Adriana dah master abc ..yeaaayy

      Delete
  2. Hhhaaha dah terlebih pandai ni Adriana, semua pun "Ai".

    Agree, at least biar dia biasakan diri, tak expect terus dapat baca kan. Much better than ngadap tv manjang. Softbook better pun, jangna jadi cam JJ, semua buku2 dia macam kena gigit tikus dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nak mintak susu pon kadang2 dia ulang ulang 'ai ai ai' .. :)

      Softbook ni material dia dari kain polyester kot. Pastu dijahit jadi buku. Tu ler buat buku tu jadi tahan lasak :) ..JJ nak geget geget buku tu pon takpe, sebab softbook tak koyak :D

      Delete
  3. soft book ni baby suka. sedap derang nk gigit2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah, budak besar Adriana ni dah lar jumpe seme bende, seme nak digigitnye ..elok sgt laaaa :)

      Delete
  4. Takpe... Lama2 nanti mesti adriana boleh kuasai A sampai Z.

    ReplyDelete
  5. nyam nyam nyam..semua nak masuk mulut ye...hehhehehe
    blogwalking n follow~

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak budak selera tengah naik kot ..gitu ler, seme bende nak masuk mulut ..hihihihi

      makasey ye follow kite hunny kitty :D

      Delete
  6. Comell ny Adriana.. moga jadi anak yg pintar ye cyg..
    kecik2 dulu Pa'e pun suka soft book ni..bnayk juga belikan dia.. skrg ni beli buku yg hardcover plak.. tapi byk yg dikoyak kan..hehe..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ..msin mulut atie, pintar laaa adriana ni :) ..haa tu ler tak mo di belikan buku biase dan hardcover ni, mmg sah masuk mulut, kalau tak masuk mulut, dikoyak2kan buku tu ..huhuhu

      Delete
  7. hihi.. comel.. same dengan ufairah.. semue nak masuk mulut.. tetambah bende2 kecik.. adriana sangat cerdik~

    salam kenal dari fifi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal fifi ..nanti datang lagi ye :)

      Delete
  8. comelnye dia... kadang2 budak2 ni tgk bende cantik2 dia lagi suke.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Haha.. kira oke lah kn bleh sebut ai ai ai.. comel jee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa itu ler, lain diajar, lain disebut :) ..ai ai ai ...

      Delete
  10. salam ziarah.. comeynya adriana.. :)

    ReplyDelete
  11. Ai..Ai..Ai..

    Ai Ai Sir!! hahaha

    ReplyDelete
  12. Salam. Sya ada jual softbook pelbagai tajuk. Terdapat dlm dua versi BM dan BI dgn hrga RM30.
    Berminat boleh wassap saya ke no.tel 0145086063

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...