Monday, March 11, 2013

What political party are you.

Assalamualaikum.

Korang ada ingat tak aku ada tulis kat satu entri ni yang 'aku nak terus menjadi buta politik'.  Beberapa hari lepas tu aku terbaca kawan aku post kat  fb dia sesuatu yang buat aku rasa sentap sikit.  Katanya:


"Aku malas lah dgr hal politik".
"Politik ni sama je, parti apa pon kotor".
"Bagilah parti mana pun memerintah, xkn rasuah dpt dibendung".
"Semak r citer politik, sama je"

Sapa yg pegang teguh pada ayat ni sebenarnya dia ni sedikit bodoh. Ni hak kau.Sbb MELAYU xamek pduli, sbb tu bangsa lain mengatasi kt.Bkn nk racist. Tp melayu hancur krn sikap melayu tu sendiri yg suka mcm di ats. Xnk amek tak amek tahu"


Bukan salah kawan aku pon kalau aku nak sentap sentap bila dia update post dia macam tu.  Dia tulis secara general, tak spesifik kan nama aku pon.  Malah, dia tak tau pon aku ada tulis kat dalam entri aku yang aku nak jadi buta politik agaknya.  Aku je yang terlebih lebih sentap :)

Sebenarnya aku bukan totally zero pasal politik ni.  Aku masih lagi ambik tau info info mengenai hal2 politik Malaysia ni.  Aku baca Utusan Malaysia, kalau ada Harakah, aku baca juga Harakah tu.  Aku takde lah nak sempitkan pemikiran aku dengan boikot tak memasal benda benda yang bermanfaat dan berilmiah ni.  

Aku baca pon sekadar baca je, dengar sekadar dengar, dan lihat pon sekadar lihat je fenomena politik Malaysia ni, ianya hanya untuk pengetahuan aku sendiri.  Kalau nak kongsi kongsi pendirian aku tentang politik ni, maaflah, UNDI AKU ADALAH RAHSIA.  Even aku dengan Fariq pon tak tau masing masing pangkah parti mana.  

'Habis tu kalau kat rumah korang selalu borak pasal ape?.  Takde borak pasal isu semasa ke?'

Ada, kitorang ada borak pasal isu semasa, kitorang ada borak pasal isu kalimah Allah, isu AES, isu air Selangor, yang tengah panas ni isu pencerobohan Lahad Datu.  Kadang kadang tu, kitorang tengok rancangan Global sama sama kat TV1.  Tapi kitorang tak pernah politikkan isu isu tu semua.  Tak pernah kata 'Haaaa ni semua konspirasi UMNO', atau 'Ni semua fitnah PR'.  Kitorang cuma bincangkan camane bende tu boleh jadi, apa pro and cons terhadap pihak terlibat, dan lain lain.  

Lagipon aku takut kalau orang tau yang aku stand kat politik mana akan menjadikan itu satu halangan untuk aku berbual dengan seseorang tu.  Satu situasi masa aku kerja dulu.  Masa tu, memang dah habis office hour, aku pon nak baliklah.  Dah tutup semua suis, kunci pintu bilik, aku pon pergi kat bilik guard.  Kononnya nak tau kot ada problem ke kat guard house yang dorang nak mengadu ke, since guard ni bawah department aku.  Bila aku bukak je pintu bilik guard, pakcik pakcik guard yang tengah rancak berborak tu terus senyap.  Aku pon pelik.  Apesal pakcik pakcik ni, selalunya dengan aku bukan main meriah lagi, tapi harini lain plak.  Rupanya dorang tengah berborak pasal BN tadi, pada fikiran diorang, aku ni sokong PR, tu laaa bila aku masuk bilik guard tu, dorang terus senyap.  Bila aku up cerita pasal BN tu balik, haaa baru ler deme nak sambung borak dengan aku.  Pastu dorang ingat aku stand kat BN lak.  

Hehe, pakcik, pakcik takkan tau saya sokong parti mana, sebab suami saya pon sampai sekarang tak tau saya pangkah parti ape masa PRU13 nanti.  :D

14 comments:

  1. aku tau!! kau mesti pangkah apa yang kau tak suka kan? ala2 macam pangkah rumah kassim baba..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha pangkah apa yang aku tak suka, pastu right kat apa yang aku suka ..terus jadi undi rosak ..hehehehe

      Delete
    2. konon2 macam exam la..tgh jawab mana betul mana salah..kahkahkah

      Delete
  2. Selalu yg pong pang borak politik kedai kopi tu, depa pun setakat borak kosong apa pun tarak. Bila kita cakap kita tak sokong mana2, terus kena label tak ambik peduli,
    I am with u, cukup la sekadar nampak, dengar, tahu dan buat. Nak cakap lebih2 pun tak guna, undi itu kan rahsia hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlalu obses dengan politik, semua perkare nak di politikkan, tu pon antara sebab malas nak join org yg cakap pong pang pasal politik ni ..bila dah pong pang sangat, perasaan org keliling pon dah tak amik peduli dah ..kalau ade button like kat sini, aku like comment ko nas :D ..tq

      Delete
    2. Hahaha aku "like" sekali.

      Delete
  3. betul tu.. kita kena ambik tau jgk hal2 semasa. wp kita x pro mana2 parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar info kite kan ..tak de laaa rase macam katak bawah tempurung je nanti taktau hal hal malaysia atau hal hal dunie :)

      Delete
  4. makcik pun kurang minat hal politik yg agak keterlaluan...walau kena ambik tahu juga hal ehwal negara ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kan makcikkantin ..ni pong pang sane sini cam tin kosong, kadang kadang tu ade yg cube nak tegakkan benang yg basah lagi ...ermm mmg tak boleh blah laaa kalau jumpe org gini ..hehe

      Delete
  5. akak tak penah amik tau sgt isu2 semasa ni,biasanya abg akak je yg bercerita,kdg2 faham kdg2 tak,tp tak minat sgt dgn org yg suka post pasal politik yg berlebihan kat fb

    ReplyDelete
  6. mmg kena ambik tahu jugak sal politik tapi tak ada la nak citer kat org apa yg kita pangkah kan.hehe
    citer sal politik ni boleh buat gaduh dan hilang kwn so sebaiknya tak yah ckp lebih2.nak sokong mana2 hak masing2.hehe

    ReplyDelete
  7. liya pun x pernah nak ambik tahu bab2 politik nie.. malas nk campur.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...