Friday, April 26, 2013

Aku Sejuk


Assalamualikum.

Sejuk betul kat ofis aku ni, macam duduk kat dalam peti ais belah atas nun.  Kalau air hidung meleleh, dan dan tu jugak leh beku.  Brrrrrr…… Memang sejuk.  Aku tak faham betul apesal technician bangunan ni centralize temperature building ni sesejuk gini.  Teringin nak pergi Antartika kot.

 Bila dah cuaca sejuk beku gini, kalau aku ada kat rumah, memang aku selubung bawah selimut dengan Adriana, pastu dok lepak depan TV sambil makan cikedis.  Hehehe

Selalunya kat opis, officemate aku balut badan dorang dengan pashmina.  Memang nampak stylo seyh selubung badan dengan kain pashmina ni.  Macam buat fashion show kat New York lak, fesyen musim luruh gitu :D

Tapi aku cannot go lah.  Dah pernah cuba dah.  Hangat memang hangat, tapi aku rasa cam rimas.  Rasa macam duduk dalam kepompong.  Kalau keluar dari pembalut tu jadi ratu cantik OK gak, ini jadi aku gak.  Hahahaha Lagipon aku tak jalan ler setakat kain sehelai macam ni, memang tak dapat nak panaskan badan aku ni lame2 :D.  Mesti nak blazer gak.  Memang nampak poyo, tapi aku lagi selesa pakai blazer tu.  Nak menaip senang, nak cari fail senang, tak de tersangkut sangkut pashmina aku kat meja atau almari fail tu.

Fariq ni lak, pernah gak tanya soalan bembangang kat aku, ditanyanya ‘apesal orang perempuan kalau sejuk mesti pakai selendang ea?  Nak bla bla bla bla bla bla ……….’ (x leh cerita detail, ni perbualan suami isteri :D)  ’

Ntahlaaaa, aku tak dapat jawab soalan kamoo Incik Suami, sebab saya tak suka pakai pashmina masa dalam ofis.  Saya selubung badan saya guna pashmina masa saya pregnant 7 bulan je hari tu, tu pon sebab saya nak tutup badan saya yang dah macam tong drum J.  Maluuuu orang tengok.  Hiiihihihi

aku yang tengah berselubung
  


Upsss kantoi lak ada orang pakai baju bersih 2.0.  :D

Friday, April 5, 2013

Minah Rempit Kertu

Assalamualaikum.

Beberapa hari ni dan seterusnya aku akan terus menjadi 'Minah Rempit Kertu'.   Sg Buloh - KL - Sg Buloh. Patah pinggang makcik oooiii.  Betul ni sakit pinggang masa naik motor.  Masa pergi kerja tak rasa sakit pinggang pon.  Tapi time perjalanan nak balik, rasa berdenyut denyut tulang belakang ni ha.  Sakitnya dari start naik motor sampai ler ke rumah.  Dah sampai rumah, tetengah sakit pinggang tu, kena memasak pulak.  Bila dah dapat rehat tu, alahai sedapnya.  Besok bangun pagi, ermmm kena naik motor lagi.

Untuk mengurangkan sakit belakang masa kat atas motor tu, aku selalu duduk melentik sikit.  Ala ala minah rempit gitu.  Kalau korang korang ada nampak 'wanita itu' dalam perjalanan balik ke Sg Buloh dari KL sedang melentik kat atas motor kapcai, sila jangan salah anggap ye.  Sebenarnya ketika itu wanita itu tengah menahan sakit pinggang ye akibat terlalu lama di atas motor kapcai.  :)  Huhuhu

Aduuiii ..ada suggestion cara  nak kurangkan sakit pinggang tak?


Gambar di atas ni tak de kaitan ye dengan cerita aku.   :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...