Friday, April 26, 2013

Aku Sejuk


Assalamualikum.

Sejuk betul kat ofis aku ni, macam duduk kat dalam peti ais belah atas nun.  Kalau air hidung meleleh, dan dan tu jugak leh beku.  Brrrrrr…… Memang sejuk.  Aku tak faham betul apesal technician bangunan ni centralize temperature building ni sesejuk gini.  Teringin nak pergi Antartika kot.

 Bila dah cuaca sejuk beku gini, kalau aku ada kat rumah, memang aku selubung bawah selimut dengan Adriana, pastu dok lepak depan TV sambil makan cikedis.  Hehehe

Selalunya kat opis, officemate aku balut badan dorang dengan pashmina.  Memang nampak stylo seyh selubung badan dengan kain pashmina ni.  Macam buat fashion show kat New York lak, fesyen musim luruh gitu :D

Tapi aku cannot go lah.  Dah pernah cuba dah.  Hangat memang hangat, tapi aku rasa cam rimas.  Rasa macam duduk dalam kepompong.  Kalau keluar dari pembalut tu jadi ratu cantik OK gak, ini jadi aku gak.  Hahahaha Lagipon aku tak jalan ler setakat kain sehelai macam ni, memang tak dapat nak panaskan badan aku ni lame2 :D.  Mesti nak blazer gak.  Memang nampak poyo, tapi aku lagi selesa pakai blazer tu.  Nak menaip senang, nak cari fail senang, tak de tersangkut sangkut pashmina aku kat meja atau almari fail tu.

Fariq ni lak, pernah gak tanya soalan bembangang kat aku, ditanyanya ‘apesal orang perempuan kalau sejuk mesti pakai selendang ea?  Nak bla bla bla bla bla bla ……….’ (x leh cerita detail, ni perbualan suami isteri :D)  ’

Ntahlaaaa, aku tak dapat jawab soalan kamoo Incik Suami, sebab saya tak suka pakai pashmina masa dalam ofis.  Saya selubung badan saya guna pashmina masa saya pregnant 7 bulan je hari tu, tu pon sebab saya nak tutup badan saya yang dah macam tong drum J.  Maluuuu orang tengok.  Hiiihihihi

aku yang tengah berselubung
  


Upsss kantoi lak ada orang pakai baju bersih 2.0.  :D

12 comments:

  1. Kt ops nie pun sejuk gak... tu yg kejap2 g toilet jerk.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaa sejuk betul, lagi2 sekang ni asyik hujan je waktu petang, lagi laaa ..menggigil brrrrr .... :D

      Delete
  2. Offices dan malls kat malaysia mmg suka disejukkan tahap beku. Tapi I heard dah ada law tetapkan certain tempterature untuk offices ni kan, hmmmm dulu kami pun selalu ber jacket pashmina dalam office, mmg buat sangkut2 selebet, kalau boleh rasa nak bawak comforter ker office dulu hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaahaha masing2 tingin nak tinggal tpt sejuk beku :D, tu ler bukan main rendah lagi suhu dalam opis ni ..haaa betul dalam osha ade state temperature between 20 - 26 degree ..

      Delete
  3. saya pun tak suka pakai pashmina, rimas berbalut dekat badan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ..ade geng ..suke pki sesuatu yg selese dan buat saye senang bergerak sane sini ..hiihi

      Delete
  4. sama la kat opis akak ni..tp akak lebih suka pakai baju tebal tu dr pashmina,sbb mcm tu gak la,suka sangkut2,kdg2 pakai jugak la

    ReplyDelete
  5. bukan stakat kat ofis, kat kelas pn mak aiii.. punya sejuk! menggigil ohh belajar.. hahahaha..

    ReplyDelete
  6. Tgh menahan kesejukan kat office nih.

    ReplyDelete
  7. sama la.. kt ofis ira pn sejuk jgk. tp skg ni da ok sket..
    blh demam dibuatnya kalau sejuk sgt..
    dlm ofis sejuk bkn main, lps tu keluar g lunch kene panas terik..
    mmg sedap rasa dpt matahari, tp lps tu msk ofis blk, siap la hidung berair.
    ira x pakai pashmina, pakai baju sejuk jek.. hehe..

    ReplyDelete
  8. salam
    lama xsinggh sini..huuuu
    eh samala dgn yaya..ofc sejuk giler..dorng ni kulit apa xtau la..pdhal semua tubuh terdedah lau nak dbnding dgn yaya yg tutup 1 bdn ni..yela..yaya sorng je malay..hehe
    sabo je laa

    ReplyDelete
  9. NI SY PN TGH TAHAN SEJUK KT OPIS NIH HIHIHI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...