Friday, April 5, 2013

Minah Rempit Kertu

Assalamualaikum.

Beberapa hari ni dan seterusnya aku akan terus menjadi 'Minah Rempit Kertu'.   Sg Buloh - KL - Sg Buloh. Patah pinggang makcik oooiii.  Betul ni sakit pinggang masa naik motor.  Masa pergi kerja tak rasa sakit pinggang pon.  Tapi time perjalanan nak balik, rasa berdenyut denyut tulang belakang ni ha.  Sakitnya dari start naik motor sampai ler ke rumah.  Dah sampai rumah, tetengah sakit pinggang tu, kena memasak pulak.  Bila dah dapat rehat tu, alahai sedapnya.  Besok bangun pagi, ermmm kena naik motor lagi.

Untuk mengurangkan sakit belakang masa kat atas motor tu, aku selalu duduk melentik sikit.  Ala ala minah rempit gitu.  Kalau korang korang ada nampak 'wanita itu' dalam perjalanan balik ke Sg Buloh dari KL sedang melentik kat atas motor kapcai, sila jangan salah anggap ye.  Sebenarnya ketika itu wanita itu tengah menahan sakit pinggang ye akibat terlalu lama di atas motor kapcai.  :)  Huhuhu

Aduuiii ..ada suggestion cara  nak kurangkan sakit pinggang tak?


Gambar di atas ni tak de kaitan ye dengan cerita aku.   :D

9 comments:

  1. lol ... haha.. kelakar gambar tu ... maybe bleh urut x bagi reda sket sakit pinggang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. klaka kan? leh kurangkan stress dekat2 nak cuti ni ..hehe

      Delete
  2. berani tu naik motor,kalu akak dekat2 pun takut nak naik motor..
    gambar tu..mmg sgt kelakar..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem ehem ..sebenarnya saye membonceng je ..hehe walopon membonceng je, sakit jugak pinggang ni ..hehehe

      Delete
  3. hahaah mmg klakar le gambar tue,..
    motor tu tak ada box ke? kalau ada box boleh sandar.. kurangkan sikit sakit pinggang .. :)

    ReplyDelete
  4. Aku nak buat lawak bodoh tapi memandangkan kau isteri orang takpelah abaikan. :D

    ReplyDelete
  5. jauh jugak tu Sg Buloh -KL, hati2 menunggang ya... Jgn rempit2 tau biar lambat asal selamat. Xdelah pulak petua hlg sakit pinggang..cuma bykkan minum susu ya.. hihihi

    ReplyDelete
  6. Ala.. kalau dengan melentik boleh mengurangkan sakit pinggang tu, go ahead, good for posture aper. Betul nak tips ni? try buat gaya superman lak esok, tak pun tinggian handel gaya harley. Hoho maap gurau, I tau sakit pinggang sangat tak best rasa cam nak lempang orang jer kan.

    Cuba urut or letak minyak panas, I rasa awal2 ni jer kot lenguh2 tu, nnt dah biasa seminggu dua ok la hopefully kan.

    ReplyDelete
  7. waah.. sakit tuu.. tapi nt mst dh biasa dh kan.. hehe.. sy xda tips sbab sy xpndai bwk moto.. cumanya, g urut je lah.. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...