Friday, September 19, 2014

Date Scones

Assalamualaikum wbt

Bila dah tak da benda nak dikudap dalam rumah ni, mulut plak rasa nak mengunyah lak.  Nak sesuatu yang aku dan Mayah leh makan.  Maksudnya benda yang tak gatal2.  Mayah Chicken Pox kan.  Nak beli Biskuat Tiger, tak rajin lak nak kuar rumah.   Jadi bersconelah kite yong.  

Bahan semua memang sedia ada kat rumah, dah mudah nak buat.  Lagi mudah dari nak buat cekodok kate koo ..    



Agak pelbagai saiz sikit sebab aku tak terap pakai acuan, aku main potong je pakai pisau.  Hehe orang rajinkan?????

Bahan-bahan : 

  • 2 cawan self rising flour - pakai tepung gandum pon ok
  • 1 sk baking powder
  • 50 g mentega unsalted sejuk (dipotong kecil2) - pakai yg salted pon x pe
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1-2 sb gula 
  • 1/4 cawan kurma yg sudah dicincang
  • 1 sk garam
  • 80 ml susu segar (agak2 je)
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara :
  1. Masukkan mentega dalam campuran tepung, mentega dan garam
  2. Gaul dan ramas dgn hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.
  3. Masukkan pula buah kurma tadi. Gaulkan rata2.
  4. Sementara itu, satukan susu segar, telur, esen vanilla dan gula di dlm satu bekas dan kacau hingga sebati. 
  5. Tuangkan  ke dlm tepung tetapi pastikan ditinggalkan sedikit bakinya utk dibuat sapuan. gaul je doh tu hingga tidak melekat di jari. (jangan diuli, jadi lain kang)
  6. Canaikan doh dan potong sebanyak 6 bahagian.
  7. Susunkan skon di dlm dulang pembakar. Sapukan bahagian atasnya dgn baki susu tadi. 
  8. Bakar pd suhu 180C selama 20 minit  atau sehingga keemasan. (macam aku, sampai kecoklatan aku biarkan dalam oven tu.  Huhu)
  9. Hidangkan panas2.
Mayah makan gitu je scone tu, tak letak jem berbagai.  Skon tu pon da manis, makan gitu je pon da sedap.  :)




Makan sambil tayang body, sexy you.  Tak menahan betul.  Kali ni je mama bagi can tak pakai baju.  Hoh

Thursday, September 18, 2014

Lepas 12 Purnama Daku Menyepi

Assalamualaikum wbt

Setahun empat belas hari aku tak update ape ape kat blog aku.  Dah berhabuk, bersawang, berkulat pon.  Tetiba lak cerita pasal anak aku, Mayah kena Chicken Pox.  Mayah?  Nama anak kau Adriana kan? hehe Ha'a ye, nama anak aku Adriana, Nur Adriana Sumayyah.  Dulu aku panggil Adriana.  Tapi kawan2 dia kat nursery panggil dia Mayah, sebab dah ade 2 3 orang budak kat situ nama Adriana.  Tak nak bagi dia confuse, kami pon panggil dia Mayah jugak.  lagipon tak de lah terbelit2 lidah aki and wan nak menyebut nama Adriana tu.  Hehe

Dah banyak bercakap dah, tapi bila dengan orang yang dia tak biasa atau tak kenal, tetiba jadi pendiam pulak.  Lidah Kelu Seribu Bahasa.  Pemalu kot cam mama dia.     



Anak yang dikesan kewujudannya dan diwar2kan kat post aku pada September 4, 2013 pon dah hampir 7 bulan keluar dari perut aku.  Nama dia Nur Izz Zara Safiya.  Sangat sweet dan nakal.  Dah pandai meniti kat sofa.  Bila penat, tak reti nak duduk balik, menangis plak dia.  Hohoho.  Hobi, menyakat kakak Mayah.


Haaa ni gambar masa Izara baru lahir.  Kembang betul aku time nih.

Aku plak sekarang masih lagi kerja makan gaji di sebuah sekolah penerbangan di Bukit Damansara.  Bukan ajar budak bawak aircraft ye, kerja kuli je.  Baru saja meletak jawatan dengan 3 bulan notis setelah 1 tahun 5 bulan bekerja, dan sedang mencari kerja yang lebih 'baik'.  Kalau ada jawatan kosong sebagai HR Exec., please ler rekemen aku k :D

Suami aku lak alhamdulillah, dah dapat kerja yang 'baik' pon.  Sebelum ni kerja ngan Bank, Kerja sekarang ni lebih menjamin masa depan.  Keje dengan goverment.  


Itu laaa antara serba sedikit perkembangan tentang famili aku setelah setahun menyepikan diri.  Macam hari raya lak, setahun sekali baru timbul.  Pastu tenggelam balik.  Hahaha Tak konsisten betol. 

Uollz, janganlah dilupakan plak saya k.  Terus teruskanlah berkunjung ke laman hamba yang tak konsisten ni :D


Wednesday, September 17, 2014

Mayah kena Chicken Pox

Assalamualaikum wbt

Ini ialah cuti yang paling lama aku pernah apply selepas cuti bersalin.  Cuti raya pon tak sepanjang cuti kali ni.  Cuti panjang ni bukan sebab bercuti ke Pulau Bali ke ape, cuti sebab nak jaga Mayah, my 1st daughter kena Chicken Pox.

Mula dikesan sejak Khamis lepas, 11 September 2014.  Masa ni aku memang apply cuti sebab nak ikut Encik Suami pergi training kat Melaka.  Fariq training 3 hari, dan aku memang bercadang nak lepak kat rumah kakak aku je kat Melaka tu, sebab aku tau mesti boring dok kat Hotel nanti.  Sekurang-kurangnya kat rumah kakak aku tu, anak-anak aku ade kawan nak bermain.

Lepas training tu baru berhasrat nak jalan-jalan sekitar Melaka (Walaupon mase aku belajar dulu dah puas berjalan satu melaka).  Tapi tak jalan ke mana pon, dengan Mayah yang chicken pox, aku sekeluarga naik Menara Tamingsari je, menyebarkan virus di sana.  Hahahaha ketawa jahat.   

Pada hari Khamis malam tu, tengah-tengah tidur tiba2 Mayah bangun pastu menangis tak memasal.  Bila dah diam, tu tiba tiba dia muntah pulak.  Habis comforter spongebob kakak aku dimuntahkan oleh dak Mayah ni.  Masa nak bersihkan badan Mayah tu la aku perasan yang Mayah demam dan ada tumbuh biji2 berair kat kaki dan muka dia.

Masa diawal Chicken Pox dia dikesan, banyak kali gak laa Mayah muntah, sampai adik dia, Izara pon pernah di'sauna'kan oleh Mayah.  Satu badan Izara, dari hujung rambut ke hujung kaki kene muntah Mayah.  Yang Izara kena muntah senyap je, lagi senyum senyum ada laaa, ingat kakak dia main baling baling air bunga dengan dia kot.  Hehe

 Pergi Poliklinik Alia (itu je yang bukak ketika tu), Dr sahkan itu Chicken Pox dan bagi ubat demam (3.5ml x 3), ubat chicken pox kaler kuning (3.5ml x 3), Cetirizine - tahan gatal (3.5ml x 3) dan ubat sapu - Zevin Cream.  Semuanya RM110 ye.  Ermm kena bayar cash, dah tak de panel2 dah, sebab Fariq dah masuk keje gomen.  Company aku plak cover untuk aku je, untuk anak2 tak de.  Huhu sedih mak jemah.

Ekceli ekceli, kat nursery aku hantar Mayah ada budak yang kena Chicken Pox 2 minggu lepas.  Nama dia Ainul.  Kawan baik Mayah tu.  1st day kena, Ainul dah tak dihantar ke nursery dah.  Memang ni penyakit berjangkit, tapi setiap orang akan kena sekali atau dua kali je kan?  Kalau Mayah tak kena sekarang, lambat laun mesti Mayah akan kena jugak chicken pox ni.  kan kan kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...