Friday, September 19, 2014

Date Scones

Assalamualaikum wbt

Bila dah tak da benda nak dikudap dalam rumah ni, mulut plak rasa nak mengunyah lak.  Nak sesuatu yang aku dan Mayah leh makan.  Maksudnya benda yang tak gatal2.  Mayah Chicken Pox kan.  Nak beli Biskuat Tiger, tak rajin lak nak kuar rumah.   Jadi bersconelah kite yong.  

Bahan semua memang sedia ada kat rumah, dah mudah nak buat.  Lagi mudah dari nak buat cekodok kate koo ..    



Agak pelbagai saiz sikit sebab aku tak terap pakai acuan, aku main potong je pakai pisau.  Hehe orang rajinkan?????

Bahan-bahan : 

  • 2 cawan self rising flour - pakai tepung gandum pon ok
  • 1 sk baking powder
  • 50 g mentega unsalted sejuk (dipotong kecil2) - pakai yg salted pon x pe
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1-2 sb gula 
  • 1/4 cawan kurma yg sudah dicincang
  • 1 sk garam
  • 80 ml susu segar (agak2 je)
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara :
  1. Masukkan mentega dalam campuran tepung, mentega dan garam
  2. Gaul dan ramas dgn hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.
  3. Masukkan pula buah kurma tadi. Gaulkan rata2.
  4. Sementara itu, satukan susu segar, telur, esen vanilla dan gula di dlm satu bekas dan kacau hingga sebati. 
  5. Tuangkan  ke dlm tepung tetapi pastikan ditinggalkan sedikit bakinya utk dibuat sapuan. gaul je doh tu hingga tidak melekat di jari. (jangan diuli, jadi lain kang)
  6. Canaikan doh dan potong sebanyak 6 bahagian.
  7. Susunkan skon di dlm dulang pembakar. Sapukan bahagian atasnya dgn baki susu tadi. 
  8. Bakar pd suhu 180C selama 20 minit  atau sehingga keemasan. (macam aku, sampai kecoklatan aku biarkan dalam oven tu.  Huhu)
  9. Hidangkan panas2.
Mayah makan gitu je scone tu, tak letak jem berbagai.  Skon tu pon da manis, makan gitu je pon da sedap.  :)




Makan sambil tayang body, sexy you.  Tak menahan betul.  Kali ni je mama bagi can tak pakai baju.  Hoh

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...