Wednesday, September 17, 2014

Mayah kena Chicken Pox

Assalamualaikum wbt

Ini ialah cuti yang paling lama aku pernah apply selepas cuti bersalin.  Cuti raya pon tak sepanjang cuti kali ni.  Cuti panjang ni bukan sebab bercuti ke Pulau Bali ke ape, cuti sebab nak jaga Mayah, my 1st daughter kena Chicken Pox.

Mula dikesan sejak Khamis lepas, 11 September 2014.  Masa ni aku memang apply cuti sebab nak ikut Encik Suami pergi training kat Melaka.  Fariq training 3 hari, dan aku memang bercadang nak lepak kat rumah kakak aku je kat Melaka tu, sebab aku tau mesti boring dok kat Hotel nanti.  Sekurang-kurangnya kat rumah kakak aku tu, anak-anak aku ade kawan nak bermain.

Lepas training tu baru berhasrat nak jalan-jalan sekitar Melaka (Walaupon mase aku belajar dulu dah puas berjalan satu melaka).  Tapi tak jalan ke mana pon, dengan Mayah yang chicken pox, aku sekeluarga naik Menara Tamingsari je, menyebarkan virus di sana.  Hahahaha ketawa jahat.   

Pada hari Khamis malam tu, tengah-tengah tidur tiba2 Mayah bangun pastu menangis tak memasal.  Bila dah diam, tu tiba tiba dia muntah pulak.  Habis comforter spongebob kakak aku dimuntahkan oleh dak Mayah ni.  Masa nak bersihkan badan Mayah tu la aku perasan yang Mayah demam dan ada tumbuh biji2 berair kat kaki dan muka dia.

Masa diawal Chicken Pox dia dikesan, banyak kali gak laa Mayah muntah, sampai adik dia, Izara pon pernah di'sauna'kan oleh Mayah.  Satu badan Izara, dari hujung rambut ke hujung kaki kene muntah Mayah.  Yang Izara kena muntah senyap je, lagi senyum senyum ada laaa, ingat kakak dia main baling baling air bunga dengan dia kot.  Hehe

 Pergi Poliklinik Alia (itu je yang bukak ketika tu), Dr sahkan itu Chicken Pox dan bagi ubat demam (3.5ml x 3), ubat chicken pox kaler kuning (3.5ml x 3), Cetirizine - tahan gatal (3.5ml x 3) dan ubat sapu - Zevin Cream.  Semuanya RM110 ye.  Ermm kena bayar cash, dah tak de panel2 dah, sebab Fariq dah masuk keje gomen.  Company aku plak cover untuk aku je, untuk anak2 tak de.  Huhu sedih mak jemah.

Ekceli ekceli, kat nursery aku hantar Mayah ada budak yang kena Chicken Pox 2 minggu lepas.  Nama dia Ainul.  Kawan baik Mayah tu.  1st day kena, Ainul dah tak dihantar ke nursery dah.  Memang ni penyakit berjangkit, tapi setiap orang akan kena sekali atau dua kali je kan?  Kalau Mayah tak kena sekarang, lambat laun mesti Mayah akan kena jugak chicken pox ni.  kan kan kan?

4 comments:

  1. ala ciannta...moga cepat sembuh yerrrr

    ReplyDelete
  2. hoiiiiiii sayang hoiiii mana pergi lama betul menghialgnkan diri, and tadi dah datang tapi blog tutup pulak. Moga cepat sembuh la yer, tu la orang kata chicken pox ni wajib kena sekali seumur hidup, better la masa kecik ni kena since budak2 cepat sembuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha MamaJ ..tu lah macam bz nau je, sampai setahun tak menghapdet n menjenguk2 org kat sinun ..

      amin, semoga cepat sembuh k :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...