Thursday, July 9, 2015

LAILATULQADAR

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dah masuk 22 Ramadhan dah, dan skarang ni kat Group Whatsapp dah aktif dengan ucapan ucapan menunggu lalilatulqadar.  Banyakkan berjaga malam, banyakkan bertadarrus, hari-hari mintak hajat pada allah yang maha kaya sebab salah satu tanda malam lailatulqadar ialah doa dimakbulkan.

Ada ustaz kat TV bagi tips, kalau nak minta hajat kepada Allah SWT, minta biar spesifik.  Contoh minta hajat untuk pergi ke tanah suci, dimurahkan rezeki, semoga jadi anak yang soleh dan solehah, dll.

Lagi satu, antara sebab umat islam ni nak sangat bertemu dengan Lailatulqadar ialah siapa yang mengerjakan sembahyang dan melakukan ibadah lain, nescaya akan terampun dosanya yang terdahulu.

Huhuhu siapa tak nakkan?

So, Shazrina jom berusaha untuk dapatkan malam lailatulqadar.  Jangan asyik nak layan sangat penat tu.


Wednesday, July 8, 2015

Me and Ramadhan (21 Ramadhan 1436H)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dah Ramadhan ke 21 dah ..

Dalam bulan Ramadhan ni, company aku tukar waktu bekerja.  Sama macam yang dipraktikkan oleh kebanyakan syarikat swasta lain.  Especially kalau syarikat 100% bumiputra, dia tukar habis waktu bekerja.  

Macam syarikat aku bekerja ni lah.  Waktu bekerja biasa jam 9.00 pagi sampai 6.00 petang.  Masa Ramadhan ni tukaq masuk jam 8.00 pagi sampai kol 4.00 petang.  Jenuh nak tunggu suami aku balik kerja kol 5.30petang tu.  Nak tunggu dia sampai pick up aku dah kol 5.45 atau 6 petang.  Sampai rumah dalam kol 6.45 atau kol 7.00 malam.

Waktu bekerja kat nursery pon bertukar gak.  Selalu lepas kol 7.00 petang baru charge overtime.  Ni waktu bulan puase kol 6.00 petang dah charge overtime.  Untuk preparation cikgu2 nak buka puasa katanya ..Aduhaiiii ..layankan aje, dah deme yang jaga anak kita huhuhu

Lepas ambil anak, dalam kol 7.15 la sampai rumah.  7.30 malam da azan maghrib.  

Selalunye kami iftar dengan tamar dan air soya je sebelum makan berat disediakan.  Jadilah untuk alas perut.  Kemudian barulah aku masak nasi dan lauk.

Skang ni, masih tunggu Fariq tak sampai2 untuk pick up aku kat ofis ni.  

Ni mengeluh ke ape ni?  x baik mengeluhkan?  Jomlah kite berselawat.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...